Saya tak tahu nak cakap apa lah bab ni , benda tak terjadi pada kita kan. Ramai ibu-ibu muda di luar sana yang masih tak faham kalau menyusukan bayi haruslah duduk atau jangan tidur , bayi memang boleh mengawal hisapan dia , kalau dia tak hisap susu tak keluar. Itu teori Doktor dan pakar perubatan yang biasa kita dengar , kalau pergi jumpa Doktor mana-mana pun sama je.
Tapi ada kes yang susu ibunya memang mengalir dengan banyak sekali,bayi tak hisap pun susu tetap akan mengalir , lapik dengan span untuk halang susu ibu tu mengalir pun masih akan mengalir , saya tahu sebab itu pengalaman saya. Bayi tak boleh minum terus dari badan saya kerana susu terlalu laju keluar , saya perlu perah dulu baru susukan bayi , untuk orang yang macam saya , jangan lah sesekali beri susu kepada bayi sambil baring atau pun tidur , memang bahaya.
Kadang-kadang bila dah jadi ibu kita kena banyak berkorban , mengantuk macam mana pun .. semasa bayi nak susu berkorban , bangun dan susukan dia , sekejap je pun.. lepas bayi dah habis menyusu sambung lah tidur balik. Jangan leka , nanti akibatnya kita kena tanggung .. menyesal tak sudah lah jawabnya ..Mengandungkan bayi tu 9 bulan bukan senang .. hanya selepas kita lahirkan anak , besarkan dia didepan mata baru terbalas segala kesakitan semasa mengandung dan melahirkan anak tu.
Semoga dapat jadi panduan untuk ibu-ibu yang pertama kali melahirkan bayi , biasa orang yang anak dah 2 – 3 mesti dah faham segala teknik-teknik nak jadi ibu ni. Anak saya semua menyusu badan , bila dah besar baru sambung dengan botol. Allhamdulillah .. rezeki anak-anak melimpah ruah. Susu tak pernah berhenti mengalir.
Kebanyakkan tanya saya , macam mana susu saya boleh begitu banyak . Saya cuma amalkan susu , kurma dan air kosong dengan banyak , walaupun semasa berpantang. Ikut cara orang tua-tua berpantang .. jangan minum air banyak-banyak kan ? tapi bagi saya kalau tak minum air banyak macam mana badan kita nak beroperasi dengan baik ? nak hasilkan susu ? nak melawaskan apa yang kita makan semasa berpantang ? dan macam-macam lagi.
Saya tengok paper hari ni “anak tersedak susu ibu” alahai .. kang ibu-ibu muda takut nak menyusukan anak pulak. Ubah sikit tajuk tu .. tajuk sesuatu berita memainkan peranan.
Teknik Penyusuan Ibu Yang Betul :
- Pastikan anda selesa (duduk/baring).
- Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut).
- Sentuh puting anda pada mulut bayi. Tunggu sehingga ia membuka mulut dengan luas seperti menguap, masukkan tompok hitam (aerola) ke mulut bayi.
- Dagu bayi menyentuh payudara.
- Kedengaran bunyi bayi menelan. (dengar cara bayi menelan , jangan tidur )
Kenapa Bayi Tersedak Susu – Oleh Pensyarah Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Noor Eliza Hashim,Penulis : RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
DR. Noor Eliza Hashim, menjelaskan, masalah ini berpunca daripada proses menelan makanan oleh bayi.“Penyusuan bayi adalah satu proses yang memastikan makanan yang ditelan memasuki saluran makanan iaitu esofagus. Ia bersambung dengan perut dan kemudiannya ke usus kecil dan besar manakala saluran pernafasan (trakea) bersambung dengan paru-paru,” katanya.
Beliau menjelaskan, jika trakea ini tersumbat, udara tidak akan dapat masuk ke dalam paru-paru lalu menyebabkan organ-organ di dalam badan tidak mendapat bekalan oksigen.
Menurut Dr. Noor Eliza, organ seperti jantung dan otak jika tidak mendapat bekalan oksigen, tidak dapat berfungsi dan ini boleh menyebabkan kematian.
Dalam keadaan yang normal, makanan yang turun dari mulut tidak akan masuk ke dalam trakea.
“Ini kerana apabila kita menelan, struktur yang dinamakan epiglotis yang terdapat di bahagian pangkal salur trakea akan menutup salur trakea dan makanan itu hanya akan melalui saluran esofagus. Proses inilah yang dilalui bayi yang sedang minum susu,” katanya.
Selain itu, di dalam larinks juga terdapat kotak suara (vocal cord). Semasa bayi menangis, kotak suara ini bergetar dan larinks tidak ditutup oleh epiglotis.
Oleh itu, apabila bayi diberi minum susu ketika dia sedang menangis dengan kuat, risiko untuk susu termasuk ke dalam saluran pernafasan adalah lebih tinggi.
Posisi bayi “Faktor-faktor lain yang menyebabkan bayi tersedak susu adalah posisi bayi ketika menyusu. Susu lebih senang memasuki salur pernafasan jika bayi baring terlentang,” jelas beliau.
Dr. Noor Eliza menjelaskan, cara kedua yang boleh menyebabkan gejala tersedak susu adalah gastroesofagial reflux.
Dalam keadaan ini, susu di dalam perut akan keluar semula ke atas melalui esofagus dan kemudian memasuki saluran trakea.
Ini disebabkan oleh otot sfinkter antara esofagus dan perut yang masih lemah pada bayi.
“Reflux ini lebih mudah berlaku jika bayi menyusu dalam keadaan terlentang. Jenis susu yang lebih pekat boleh digunakan untuk mengurangkan masalah reflux ini. Kebiasaannya masalah reflux akan pulih dengan sendirinya apabila bayi semakin membesar,” tambahnya.
Terdapat juga kes-kes bayi lemas ketika menyusu disebabkan penyakit kongenital atau saraf yang boleh menjejaskan fungsi saluran makanan dan pernafasan.
“Contoh penyakit kongenital seperti trakeo-esofagial fistula iaitu terdapat komunikasi di antara trakea dan esofagus. Walaupun jarang terjadi, faktor penyakit ini meninggikan risiko seseorang bayi itu untuk mengalami masalah tersedak ini,” ujarnya.
Jika berhadapan dengan situasi mencemaskan ini, Dr. Noor Eliza menasihatkan berhenti menyusukan dengan segera dan tegakkan posisi bayi.
Sekiranya bayi kelihatan sukar bernafas segeralah ke hospital yang berdekatan.
Saya dah bold kan dan gariskan apa yang penting dalam petikan ulasan DR.Noor Eliza tu , baca betul-betul , lagi senang jika kita ikut cara menyusu yang bertul di atas , elok untuk diri sendiri dan juga bayi , jika boleh elakkan , kita elakkan , jika dah elak tapi jadi juga , kita kena terima Qada’ dan Qadar nya.
DR. Noor Eliza Hashim, menjelaskan, masalah ini berpunca daripada proses menelan makanan oleh bayi.“Penyusuan bayi adalah satu proses yang memastikan makanan yang ditelan memasuki saluran makanan iaitu esofagus. Ia bersambung dengan perut dan kemudiannya ke usus kecil dan besar manakala saluran pernafasan (trakea) bersambung dengan paru-paru,” katanya.Beliau menjelaskan, jika trakea ini tersumbat, udara tidak akan dapat masuk ke dalam paru-paru lalu menyebabkan organ-organ di dalam badan tidak mendapat bekalan oksigen.Menurut Dr. Noor Eliza, organ seperti jantung dan otak jika tidak mendapat bekalan oksigen, tidak dapat berfungsi dan ini boleh menyebabkan kematian.Dalam keadaan yang normal, makanan yang turun dari mulut tidak akan masuk ke dalam trakea.“Ini kerana apabila kita menelan, struktur yang dinamakan epiglotis yang terdapat di bahagian pangkal salur trakea akan menutup salur trakea dan makanan itu hanya akan melalui saluran esofagus. Proses inilah yang dilalui bayi yang sedang minum susu,” katanya.Selain itu, di dalam larinks juga terdapat kotak suara (vocal cord). Semasa bayi menangis, kotak suara ini bergetar dan larinks tidak ditutup oleh epiglotis.Oleh itu, apabila bayi diberi minum susu ketika dia sedang menangis dengan kuat, risiko untuk susu termasuk ke dalam saluran pernafasan adalah lebih tinggi.Posisi bayi “Faktor-faktor lain yang menyebabkan bayi tersedak susu adalah posisi bayi ketika menyusu. Susu lebih senang memasuki salur pernafasan jika bayi baring terlentang,” jelas beliau.Dr. Noor Eliza menjelaskan, cara kedua yang boleh menyebabkan gejala tersedak susu adalah gastroesofagial reflux.Dalam keadaan ini, susu di dalam perut akan keluar semula ke atas melalui esofagus dan kemudian memasuki saluran trakea.Ini disebabkan oleh otot sfinkter antara esofagus dan perut yang masih lemah pada bayi.“Reflux ini lebih mudah berlaku jika bayi menyusu dalam keadaan terlentang. Jenis susu yang lebih pekat boleh digunakan untuk mengurangkan masalah reflux ini. Kebiasaannya masalah reflux akan pulih dengan sendirinya apabila bayi semakin membesar,” tambahnya.Terdapat juga kes-kes bayi lemas ketika menyusu disebabkan penyakit kongenital atau saraf yang boleh menjejaskan fungsi saluran makanan dan pernafasan.“Contoh penyakit kongenital seperti trakeo-esofagial fistula iaitu terdapat komunikasi di antara trakea dan esofagus. Walaupun jarang terjadi, faktor penyakit ini meninggikan risiko seseorang bayi itu untuk mengalami masalah tersedak ini,” ujarnya.Jika berhadapan dengan situasi mencemaskan ini, Dr. Noor Eliza menasihatkan berhenti menyusukan dengan segera dan tegakkan posisi bayi.Sekiranya bayi kelihatan sukar bernafas segeralah ke hospital yang berdekatan.
Saya dah bold kan dan gariskan apa yang penting dalam petikan ulasan DR.Noor Eliza tu , baca betul-betul , lagi senang jika kita ikut cara menyusu yang bertul di atas , elok untuk diri sendiri dan juga bayi , jika boleh elakkan , kita elakkan , jika dah elak tapi jadi juga , kita kena terima Qada’ dan Qadar nya.
No comments:
Post a Comment