Monday 14 October 2013

KONTROVERSI VITAMIN C : Macam mana nak pilih?

Tablet/ Pil vitamin C direkomen oleh 'Pakar Kulit'

Saya sedikit keliru bila tengok lambakan vitamin c (kapsul) yang dijual secara online di laman sosial. Itu belum cerita tentang suntikan vitamin c yang dikatakan sangat berkesan untuk tegang-tegang dan gebu-gebukan kulit. Yang anehnya, walaupun vitamin c ini didakwa disyorkan oleh pakar kecantikan dan pakar kulit, vitamin asli 100%, mempunyai pengesahan HALAL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .... bila saya tanya jenama apa, penjual tak nak beritahu. Macamana jika saya nak sahkan status Halal atau kelulusan KKM atau bagaimana jika saya nak tengok jurnal online berkenaan Clinical Test yang menunjukkan vitamin C ni memang terbukti berkesan seperti didakwa 'pakar kulit' tersebut. Setahu saya, pembeli ada hak nak tahu maklumat barang yang dibeli sebelum buat keputusan untuk beli. dah tentu tiada orang yang nak bahayakan diri dengan produk yang tidak diketahui latar belakangnya, semata-mata kerana nak gebu dan anjal sana sini. Tapi kesan jangka masa panjang mungkin membahayakan kesihatan.  


Suntikan vitamin C
@@@@@@@@@@

Sekarang ni ada juga yang lebih berminat dengan suntikan vitamin c. Bab ni lagi saya lemah. nak cucuk-cucuk macam tak berapa minat. Survey punya survey, harga memang boleh tahan. Ada yang murah RM100 hingga yang mahal RM1000 sekali suntik. Kemudian bagi sesetengah rawatan tu perlu disuntik setiap minggu selama dua bulan, ada yang kena suntik 2-3 hari sekali. Kesannya dikatakan cepat bagi hilangkan garis-garis halus di muka. Kulit lembap, tegang dan gebu dalam beberapa minggu sahaja. Tapi sayang, kebanyakannya belum lagi diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Dan lebih menyedihkan, ada suntikan vitamin C digabung dengan porcine (lemak khinzir) untuk lebih berkesan. Status HALAL memang agak sukar disahkan.



Pilihan saya

Saya memilih vitamin C yang diambil melalui oral (makan).  Ringkas, mudah dan lebih selesa bagi saya. Berikut adalah panduan memilih suplemen vitamin c di pasaran oleh Dr. Bruce Miller :
  1. Amaun vitamin C adalah mencukupi dan tidak berlebihan - USFDA mencadangkan pengambilah harian vitamin C adalah 90 mg sehari dan tidak lebih dari 2,000 mg sehari.
  2. Bersifat pelepasan masa (sustainable release) - lebih mudah digunakan tubuh
  3. Membekalkan bioflavanoid - membantu keberkesanan vitamin c
  4. Semulajadi - tanpa penggunaan pewarna/ perasa tiruan, bahan pengawet, diekstrak dari tumbuhan, bukan sintetik
  5. Telah diuji secara klinikal - dibuktikan keberkesanannya secara klinikal

Keistimewaan Vitamin C SHAKLEE?

  • Diproses dengan pemanasan minimum, tanpa bahan kimia bagi kekalkan keaslian
  • Sustained Release - dilepaskan 100mg setiap jam dalam tempoh 5 jam, berkuasa selama 24 jam
  • Mengandungi Bioflavonoid - co factor vitamin C bagi membantu tindakbalas secara semulajadi. 
  • Clinically tested - boleh dapat maklumat di sini
  • Tiada pewarna/ perasa tiruan, pengawet atau bahan kimia
  • HALAL dari Islamic Services of America (ISA) dah diiktiraf JAKIM - semakdi sini
  • Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia
  • khasiat bersamaan 7 biji oren 


Jom borong vita-C Shaklee... contact me for details...


Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

No comments:

Post a Comment