Monday, 30 September 2013

Kepentingan Minum Air Putih




TAHUKAH ANDA?
1. Pengambilan vitamin tak beri kesan kepada individu yang kuat minum kopi. Ini kerana kandungan kafein akan merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan kita.
(kalau nak minum kopi juga, jarakkan pengambilan kopi dengan vitamin sekurang-kurangnya antara 5-6 jam)
2. Pengambilan vitamin juga tak beri kesan kepada mereka yang tak suka minum air. Air sangat perlu dalam penyerapan semua nutrien.
3. Jika minum susu, jarakkan pengambilan vitamin C dengan waktu minum susu, kerana kalsium dalam susu akan mengurangkan penyerapan Vitamin C
4. Vitamin tidak boleh makan serentak dengan ubat doktor. Ubat doktor akan membuatkan badan kita imun dan ini menghalang penyerapan vitamin dengan baik.

ANDA HENDAKLAH MEMINUM AIR SECUKUPNYA bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat yg dinamakan healing crisis.


Oleh itu kita perlu banyak minum air.
JIKA KURANG MINUM AIR, vitamin yang tidak diperlukan oleh badan TIDAK DAPAT dikeluarkan melalui urin kerana kekurangan air. Maka bahan kumuh akan keluar melalui liang roma... kesannya muka & belakang badan ditumbuhi jerawat.

SET RESDUNG SHAKLEE

BERITA BAIK BAGI PESAKIT :

RESDUNG
ALAHAN
EKZEMA
ASMA

Bagi yang mempunyai masalah jerawat, alahan dan resdung yang kronik dan telah mencuba pelbagai produk untuk mengatasi masalah ini namun tidak berkesan..
Apa kata Anda menggunakan Set Resdung dari Shaklee
jom baca apa keistimewaan Set Resdung Shaklee nie...



Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

TANDA-TANDA RESDUNG

- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG

1 . ALAHAN 

- Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.


- Apabila kawan-kawan mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak.. Kawan-kawan yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.


- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.

- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..


PETUA MENCEGAH RESDUNG

1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Kalau kawan-kawan nak mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga amalkan sup panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka kawan-kawan
7) Kalau kawan-kawan ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut, elakkan makan ok)


Jika Anda ingin lebih mudah...cubalah Set Vitamin Shaklee yang terdiri daripada

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.

berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci.
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Sunday, 29 September 2013

ESP Untuk Tambah Berat Badan Serta Tips Untuk Menambah Berat Badan


Dah kalau ada bace tajuk ni kang jd takut plak nak minum ESP kan, padahal ESP ni dah jd bualan ramai da skrg, hot selling tau, masa habis bulan puasa tu jenuh meraban org tunggu, tup2 bila ade ade yg dah kekurangan bajet plak dah hihi, xpe2 saya sentiasa ada stok skrg ni utk my customer yg tercinta

Selain dari SET TAMBAH BERAT BADAN yg saya pernah post sblm ini yg mengalami masalah nak naikkan berat badan ini juga boleh ambil ESP tetapi dgn cara yg berbeza dr yg lain, hah nak tau kenala beli dari distributor yg ada pengetahuan k, sapa tu ehem ehem sayala kihkih

Haritu pun ada kawan saya pm pasal ESP ni tp die xbeli dari saya, dia kate yg ESP ni buat dia jadi selera kemain tp dia sukala sbb susu badan dia jd banyak tup tup bila dicek rupenya dia amek mcm mmg utk yg nak tambah berat punya, nasib berjaya diselamatkan

Sebenarnya, ada dua faktor kenapa kita tidak berjaya menambah berat badan. Yang pertamanya adalah, makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia. 

Yang keduanya, adalah pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja. 


TESTIMONI YG DAH BERJAYA HANYA DGN MINUM ESP


TIPS UNTUK MENAMBAH BERAT BADAN

  1. Makan 5 kali sehari dan meningkatkan pengambilan kalori. Pilih makanan yg berkalori tinggi tetapi sihat contohnya makanan yg bersusu dan berkeju
  2. Makan dengan lebih kerap, sediakan snek yg ringan tetapi bukan semata junk food ye, contoh roti dan biskut
  3. Perbanyakkan pengambilan protein dalam diet sehari, Protein membantu menjaga otot serta menghindari lemak dari terkumpul apabila berat badan bertambah
  4. Makan buah yg mempunya kalori yg tinggi contohnya avocado
  5. Jangan minum sebelum makan, hah tips ni utk yg ak diet boleh to bukan utk yg menambah berat ye
  6. Tidur yg cukup sbb semasa tidur, organ pencernaan kita bekerja dua kali lebih cepat. Makanan yang ada di rongga pencernaan akan segera digerus dan diserap. Oleh sbb itu, bila kita memperbanyak tidur, maka semakin banyak nutrisi yang diserap tubuh. Itulah alasan mengapa saat bangun tidur perut kita terasa kosong, bahkan lapar.
  7. Makan sebelum tidur. Dengan makan sebelum tidur akan meningkatkan serapan nutrien dalam badan tanpa ditukar kepada bentuk tenaga dan dicernakan
  8. Konsisten dalam diet, jika nak tambah berat badan juga perlu konsisten dalam pemakanan dan pengambilan supplemen
  9. Buat senaman beban yg dapat meningkatkan dan menjaga otot, kita nak tambah berat utk nk nmpk chubby tp nak nampak fit, kalau rasa xleh pun angkat je botol mineral kat rumah
  10. Hindari Stress

BERMINAT NAK MENAMBAH BERAT BADAN SECARA SIHAT



berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci.
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Saturday, 28 September 2013

Punca Eczema Dan Cara Rawatan Dgn Shaklee

Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi.Terutamanya, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."

"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

GEJALA2 ECZEMA
Acute Eczema
  • "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
  • "Papules", pembentukan tompok-tompok merah.
 Eczema Kronik
  • Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

PUNCA ECZEMA


Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).
KITAR ECZEMA
  

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah
 
Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
  • Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
  • Mengubati keradangan.
Langkah-langkah Pengawalan Harian
  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.
Dalam Shaklee ada beberapa produk yg sesuai utk mereka yg mempunyai mempunya masalah eczema ni

RAWATAN DALAMAN 
ESP dan MEALSHAKE yg baik utk pemulihan luka2 dan proses penggantian sel2 lama dgn baru

Omega guard ini mempunyai Omega 3 yg bersifat anti iflamasi yg dapat merawat keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit di samping dpt meningkatkan imuniti terhadap jangkitan

Mereka yg mempunyai masalah eczema ni juga berkaitan imuniti mereka yg terlalu rendah untuk meawan sebarang jangkitan dan sistem imun mereka ini menunjukkan reaksi yg abnorma. Nutriferon sgt2 digalakkan bg mereka yg mempunyai masalah imuniti seperti ini

 RAWATAN LUARAN
Boleh disapu pada tempat2 yg kering dan kasar tetapi tidak begitu sesuai utk mereka yg mempunya eczema jenis berair


Boleh digunakan untuk mencuci tempat2 yg terkena radang dan gatal2 tersebut namun tidak sesuai jika eczema jenis kering dan berkedut kerana dikhuatiri akan bertambah kering dan bersisik
Boleh disapu untuk memudarkan parut dgn cepat dan menghilangkan luka2 eczema yg berair

JOM KITA TGK TESTIMONI INI




ANAK ATAU ANDA MEMPUNYAI MASALAH ECZEMA


berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci.
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Friday, 27 September 2013

Penawar Anak Demam Dgn BASIC H

Harini nak certa ttg kegunaan BASIC H ni jika anak2 demam. Mgu lepas anak2 saya dijangkiti demam viral, mula2 yg no 2 then no 1, masa yg no 2 tu kena saya belum ada BASIC H di rumah (even dah jd SID kan) tp dah taula kebaikan BASIC H ni utk anak demam, bila anak demam baru terasa nak beli sbb dia kena demam viral agak susah nak baik dan panasnya akan naik bila malam
Jadi saya terus ke hq beli BASIC H dan NUTRIFERON
Blk je dr hq badan dia masih panas, jd saya terus buatkan air mandian utk dia, cuma titikkan beberapa titik dalam baldi dan bg dia mandi dgn air tu, saya tak terus lap dan biarkan kering dgn sendiri air di badannya supaya panas badan dpt keluar dgn cepat, lepas mkn ubat then demam dia reda


Bila malam menjelma biasa demam kanak2 jika belum baik sepenuhnya suhu akan naik jd utk kawal suhunya supaya tidak terlalu tinggi saya cuma titikkan BASIC H dalam bekas kecil dan bashkan kain utk dilap pada badannya, alhamdulillah malam hingga ke pagi panasnya dapat dikawal. Kanak2 ni walaupun demam tp suhunya perlu dikawal ye supaya tak cecah hingga 40 C sbb akan jd demam tarik, jika kita bawa ke hospital pun biasa doktor akan sejukkan dan bg ubat jd jika boleh dikawal dr rumah kita boleh buat dr rumah dulu

Namun BASIC H ni bukan ubat ye, jika anak2 dah diberikan ubat dr dan demam tidak reda dalam 3-4 hari berturut maka pemeriksaan lanjut perlu diberi ye utk kenalpasti samada ada jangkitan kuman atau darah yg berlaku, kebiasaanya jika saya jumpa doktor mereka akan advice jika kanak2 tu demam dan masih aktif maknanya tiada apa yg serius namun jika kita tgk dia makin lemah then kena further check up


Bagaimana BASIC H ni bertindak dgn suhu anak2 saya yg panas

Sbb BASIC H ni mempunyai keupayaan utk menyerap haba 3 kali ganda lebih dr air biasa, jd jika sblm ni kita guna air biasa mmg akan turun cuma dgn BASIC H ni lebih cepat dr pemerhatian saya dan sejurus lepas mandi diorg nmpk mcm dah sihat cuma kena keep bg ubat dan track suhu badannya sahaja


Credit to: Pakar Cantik

BERMINAT NAK DAPATKAN BASIC H 
BG SAYA BASIC H WAJIB ADA DI RUMAH SBG SALAH SATU FIRST AID KIT KITA



berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci.
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Thursday, 26 September 2013

Basic H Shaklee

Harini nak cerita plak mengenai pencuci ajaib yg mmg glemer di kalangan golongan mak2 ni, nama glemer pencuci ajaib, pencuci ajaib tp nama sebenar adalah BASIC H


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain. 

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?

Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan. Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan 

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin 
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee  

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci.
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Wednesday, 25 September 2013

Nutriferon Dan Eczema

 Kebanyakan dr kita mesti xberapa ambil tau kan pasal eczema n ada yg tak tahu lgsg pun, mcm saya pernah dgr gitu2 je mcm dr anak kwn2, anak2 saya alhamdulillah tiada masalah kulit sgt tp bila dgr tu mcm kesian sgt lg2 yg masih bayi kan, saya ni anak ruam sikit pun dah risau semacam


Eczema ialah sejenis penyakit atau masalah kulit yang biasa ditemui, di mana kulit menjadi tersangat gatal dan meruam. Dikatakan eczema dan kulit alergik adalah penyakit kulit warisan, dan sesetengah eczema disertai dengan masalah asthma
Perkataan eczema nampaknya tidak asing lagi kerana banyak orang yang menghadapi masalah ini. Eczema biasanya terdapat di muka, tangan, lengan, lutut, peha, betis dan kaki serta di beberapa bahagian tubuh yang lain.





Pada bayi, eczema selalu terdapat di muka dan bahagian badan yang lain dalam bentuk tompok-tompok merah. Kawasan yang terkena eczema kelihatan sangat kering, menebal atau bersisik. Bagi mereka yang berkulit cerah atau putih, kawasan eczema ini pada mulanya kelihatan kemerah-merahan dan kemudiannya bertukar warna menjadi coklat terutamanya apabila ia selalu digaru dan terdedah kepada infeksi kuman. Oleh itu, cuba elakkan daripada menggaru dengan kuat sehingga luka atau berdara


Penyebab sebenar eczema tidak diketahui tetapi ia dikaitkan dengan tindakan overaktif (terlampau) sistem imuniti badan kepada sebarang benda/keadaan yang menyebabkan eczema atau kulit gatal, seperti bersentuh dengan kain yang kasar yang menyebabkan kulit gatal, persekitaran yang terlalu panas atau terlalu sejuk, terdedah kepada beberapa produk kegunaan di rumah (i.e. sesetengah sabun membasuh kain atau pembersih rumah lain yang mengandungi bahan kimia yang kuat).

Walaupun masalah eczema ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi ia boleh dikawal dengan rawatan dan ubat, rawatan herba, elakkan daripada kulit menjadi terlalu kering dengan memakai krim pelembab kulit serta jauhkan daripada bahan-bahan yang boleh menyebabkan kulit gatal.



Nutriferon  adalah dalam bentuk serbuk, gabungan 4 ekstrak tumbuhan yg menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan. 

Interferon? Ia adalah protein yg membantu sistem pertahanan badan terhadap virus, bakteria, parasit atau sel-sel tumor. Nutriferon penting untuk sistem tubuh badan anda kerana ia boleh menguatkan sistem imun. Cara Nutriferon meningkatkan sistem imun ialah dengan menggalakkan setiap sel menghasilkan interferonnya sendiri. 

Bagi yang concern terhadap ujian klinikal, ia telah melepasi banyak ujian-ujian klinikal. Nutriferon juga dah dipaten unik dan eksklusif untuk Shaklee dan setakat masih tiada lagi produk imun yg berada di pasaran seperti NUTRIFERON


Oleh kerana masalah ECZEMA ini berkaitan dgn imuniti kulit seseorang contohnya org biasa boleh tahan dalam persekitan yg agak berdebu tp org yg ada masalah eczema ni kurang jd sbb tulah terjadinya masalah kegatalan dan ruam yg teruk


Dgn adanya NUTRIFERON akan menggalakan sistem imunisasi kita menghasilkan interferonnya sendiri supaya tidak mudah terkena alahan dan kegatalan. Nutriferon ni umpama first aid kat rumah kene standby.letak kat rumah atau bwk travel ke mana2 dan tidak perlu dimakan hari2


TESTIMONI


Beeha (Consume ESP + Nutriferon)
since saya ade eczema, resdung n asthma.. so kak Cery MamaFaiz suggest ESP dan nutriferon memandangkan asthma yg teruk..tu pon pas baca blog kak cery satu hari tah berapa kali utk get the confident tuu..ehehe... so consume nutriferon everyday and esp 2kali sehari.. x smpai 2mggu, alhamdulillah, xsedar lgsg masalah eczema, allergy kulit dah ilang! magic kan.. dah xperlu laa nak sapu2 cream farmasi macam2..hanya org yg ade masalah eczema n kulit aje yg tau betapa susahnye kalau datang tang gatal2 tu.. blom lg kulit jd xcantik, berkudis lg.. tp alhamdulillah sgt.. satu masalah ilang.. kulit muka rs makin better.. 



berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci.
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Tuesday, 24 September 2013

Penggalak Sistem Imun Dgn Nutriferon Shaklee


Skrg ni musim demam ke apa agaknya ye, mgkn kot sbb skrg ni kekadang tgh hari sgt2 panas then bila masuk ptg hujan lebat sgt. Harini sampai hujan lebat di kl ceritanya huhu nauzubillah, tmpt saya cuma hujan2 biasa je cukupla nak rasa sejuk seketika. tak kirala dewasa ke kanak2 semua pakat demam, yela bila kita parents tak cukup tido jaga anak2 kita pun mudah dijangkiti penyakit. Kalau anak2 demam ni mmg risau sgt kan lagi2 bila mlm dia susah tido dan suhu tetiba naik


So harini nak cerita mengenai produk yg berkaitan dgn SISTEM IMUNISASI BADAN. Sistem Imun ni bergantung kepada seseorg ada yg mempunya imuniti yg tinggi dan ada yg agak rendah sbb tu ada yg senang dijangkit penyakit, bila ada org selsema je confirm besok dia kena selsema n sometimes lg teruk org yg dia terjangkit tu

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.



Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun – Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan

Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.
Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.




Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?

  1. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
  2. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
  3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
  4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
  5. Mereka yang sering stress.
  6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
  7. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.
Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!
Pemakanan tambahan NutriFeron  yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama, untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan *:
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.
5 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  1. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  1. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  1. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  1. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
berminat tapi masih ragu-ragu?? jom hubungi saya untuk saya bg penerangan lebih terpeinci.
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya