Tuesday, 13 May 2014

Anakku kekurangan Zat ~Pemakanan Kanak-Kanak yang kurang Berat Badan

Assalamualaikum & selamAt petang...hari ni cuti am kan, 13 Mei 2014..cuti wesak kan?huhu...tak tau tarikh n hari sejak jadi WAHM...hihi..
Alhamdulillah anakku Rasyad dah sihat setelah 24 jam demam ;0 
sempat bawa Rasyad jumpa doctor malam tadi,alhamdulillah pagi ni ok..nak tau apa yg doc review tentang kesihatan Rasyad?RAsyad now 1 tahun 2 bulan,masa lahir 3.0kg,suppose kalau budak umo 1 tahun berat dia sepatutnya 3x ganda dari berat masa dia lahir...So,doc cakap kt aku anak awak ni 'tak cukup zat',mungkin disebabkan oleh pemakanan ibu.Berat Rasyad masa timbang malam tadi kt klinik 8.4kg,so its underweight lak bak kata doktor tu.
Antara Pebualan saya & doc:
Doc: Puan,anak puan ni underweight dan mungkin kekurangan zat dalam makanan dia.Umur dia dah 1 tahun++,so dah boleh kasi makanan pejal,not only milk.Anak you minum susu apa?

Me: Anak saya minum susu saya.hehehehe...Anak saya fully breastfeed doktor.Saya pon dah kasi dia makan makanan pejal like nasi.Kadang saya buatkan dia bubur nasi letak sayur+ikan/ayam dan buah-buah.Cumanya sekarang dia banyak main,then bila nak kasi makan ,mesti dia refuse :P biasla budak baru leh kaki (baru boleh berjalan).

Doc:owh,saya rasa tak da masalah pon kan sebab kalau ikutkan awak kasi mknn berkhasiat dah.haa,mungkin susu badan awak tidak berkualiti..awak perlu mkn makanan yg berzat ye,semua tu untuk anak awak gak.Apa yang awak makan tu mempengaruhi kesihatan anak awak jugak ye.Boleh saya tahu awak ada ambil sebarang supplement tak?
Me: YES doc,saya ambil Shaklee..Full breasyfeeding set.Saya ambil supplement ni pun sebab mungkin nutrisi dalam badan saya tak cukup & juga untuk memastikan anak saya mendapat susu yang berkualiti dan juga lengkap dengan segala vitamin.Selain tu,saya amalkan madu sebelum & right after bangun tido..(tak basuh muka tau dah minum madu..hahahah) dan habbatussauda'..tu je doc,yang lain-lain as a normal people la.Tak da apa yang nak pantang because saya dalam proses untuk turunkan berat badan..hihihi
Doc: GOOD!!!!u makan produk shaklee ye?its sounds good..shaklee mmg sangat bagus.Saya pon ambil shaklee gak dan saya suggestkan pada patient & famili ambil shaklee gak.. 
(perbualan panjang lagi......tp lenguh naik taip)

Inilah budak yang dikatakan kekurangan zat

balik umah terus ku cari segala jenis maklumat tentang kanak-kanak yang kekurangan zat..huuhu...so,terjumpalah satu blog ni yang menerangkan pasal kanak-kanak sebegini dan cadangan pemakanannya..
tapi,baru teringat kan kanak-kanak umur 1 tahun ke atas dah boleh kasi 'mealshakes' untuk boostkan lagi selera makan dan ms tu multivitamin.Mungkin boleh membantu Rasyad ni..sebabnya sebelum ni Biha kasi pada abangnya je yang Rayyan tu sebab kerap sangat sembelit & sangat2 picky eater tp sekarang Alhamdulillah semua tu macam di ambil buang ke laut..Alhamdulillah..
kalau korang nak tau lebih lanjut pasal mealshakes boleh tgk SINI ye.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Pengenalan
Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi, bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak pula, secara semula jadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.
Bagaimana untuk mengetahui jika anak saya mengalami kekurangan berat badan?
  • Pertumbuhan adalah petunjuk yang baik bagi status pemakanan seseorang kanak-kanak. Pertumbuhan kanak-kanak dinilai oleh anggota kesihatan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mengikuti corak pertumbuhannya.
  • Pertumbuhan kanak-kanak boleh diawasi dengan menimbang berat badan dan mengukur ketinggiannya serta membuat perbandingan dengan rujukan standard. Ini boleh dilakukan dengan memplot nilai berat badan dan ketinggian kanak-kanak pada carta berat badan dan ketinggian mengikut jantina.
  • Anggota kesihatan akan menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang kanak-kanak untuk menentukan sama ada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan kanak-kanak juga akan diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran mereka tidak boleh dijangka.
Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira bagi kanak-kanak yang mengalami kekurangan berat badan?
  • Seorang anak yang kekurangan zat makanan lebih cenderung untuk mendapat jangkitan. Dia mungkin berasa lemah dan letih serta menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.
  • Anak tersebut mungkin mengalami pertumbuhan terbantut atau permulaan akil baligh yang agak lewat.
  • Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. Ini termasuk:
  • Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
  • Penyakit seperti jangkitan cacing.
  • Tekanan.
  • Senaman yang berlebihan
  • Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
  • Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu anak yang mengalami kekurangan berat badan? Jika doktor menyarankan pertambahan berat badan, objektif utama adalah untuk:
  • Menggalakkan anak mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.
  • Adalah penting bagi anak anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan.
  • Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
  • Elakkan memberi anak makan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi kandungan lemak dari kedai makanan segera.
  • Hadkan pengambilan snek sebelum waktu makan kerana amalan ini akan mengurangkan selera makan.
  • Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.
  • Pilih makanan yang digemari oleh anak anda.
Apakah yang patut anak saya makan?
Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.
Contoh penyediaan makanan berkalori tinggi:
Nasi / buburDitambah ayam / daging / minyak / marjerin
RotiDitambah marjerin / mentega kacang / keju
Biskut krakerDitambah marjerin / mentega kacang / keju
SusuDitambah serbuk coklat / aiskrim
TelurDitambah susu / minyak / marjerin / keju
Kentang – dilenyek / dibakarDitambah susu /minyak / marjerin
Berapa banyakkah harus anak saya makan?
  • Galakkan anak makan dengan kerap. Enam hidangan kecil mungkin lebih mudah dimakan berbanding tiga hidangan utama. Anak anda harus makan sebanyak yang boleh tanpa merasa tidak selesa. Jangan paksa dia makan.
  • Berikan pelbagai jenis makanan dan snek kepada anak anda sepanjang hari.
  • Jika anak ke sekolah, bekalkan dia makanan snek sihat seperti biskut kraker, buah-buahan kering (seperti kismis), lobak merah dan kacang.
  • Pada mulanya, anak anda mungkin tidak biasa makan banyak. Berikan galakkan walaupun terdapat sedikit perubahan. Anda perlu faham bahawa perubahan perlu mengambil masa. Banyakkan bersabar.
Bagaimana saya boleh bantu anak saya rasa positif tentang imej dirinya?
  • Perlu diingat bahawa setiap anak adalah unik dan begitu juga bentuk badannya. Kanak-kanak berbeza dari segi saiz, bentuk dan ketinggian. Mereka juga membesar pada kadar berbeza. Walau bagaimanapun, yang penting, anak anda sihat.
  • Jangan timbang anak anda terlalu kerap. Rumah sepatutnya tempat yang selesa dan tidak rasa terasing oleh kanak-kanak. Doktor mungkin mengesyorkan lawatan ke klinik yang kerap untuk memantau perkembangan anak anda. Gunakan kesempatan ini untuk memperoleh maklumat mengenai berat badan anak anda. Selain itu, tumpukan perbincangan mengenai berat badan.
  • Berat badan sihat adalah berat yang boleh dikekalkan secara sihat dengan memastikan kanak-kanak cukup zat, aktif dan mempunyai perasaan yang positif terhadap tubuh badan dan saiz mereka.
Contoh menu
Hidangan Nasi Tomato (Hidangan 4 orang)
Bahan-bahan
  • 90g (1/2 cawan) beras
  • 1 sudu makan marjerin
  • 30ml (2 sudu makan) puri tomato
  • 125ml (1/2 cawan) jus tomato
  • 125ml (1/2 cawan) air
  • 5g (1/2 sudu makan) minyak sayuran
  • 10g (2 ulas) bawang putih, ditumbuk
  • 10g (2 cm) halia, dihancurkan
  • 60g (1 biji) bawang besar, dihiris
  • 100g (2 biji) tomato, dipotong dadu
  • 125g (1/2 cawan) daging yang empuk ( contoh: striploin), dihiris nipis
  • Garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
Cara memasak
  • Di dalam periuk nasi elektrik, tanak beras bersama puri tomato, ¼ jus tomato dan air. Tambah 1 sudu makan marjerin.
  • Sementara itu, tumis bawang putih, halia dan bawang besar dalam kuali berasingan. Masukkan tomato yang dipotong dadu serta baki jus tomato. Tambah hirisan daging dan masak hingga empuk. Tambah lebih air, jika perlu. (Untuk kanak-kanak kecil, gunakan daging cincang atau ayam)
  • Tutup api dan letakkan berasingan.
  • Sendukkan nasi ke dalam acuan jeli berbentuk bulat. Buat satu lekuk di tengah-tengah nasi dan letakkan daging yang telah ditumis ke dalam lekuk tersebut.
  • Telungkupkan nasi tomato berserta daging ke atas pinggan dan hidangkan.
Kandungan nutrisi setiap hidangan
Kalori (kkal):173.0
Protein (g):10.0
Zat Besi (mg):3.5
Lemak (g):2.0
Kalsium (mg):25.01 - 3 Tahun

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 1 - 3 Tahun
Sarapan
1 gelas susu (penuh krim)
1 keping roti bakar
2 sudu kecil marjerin
Minum Pagi 
½ potong betik
2 keping biskut
1 gelas minuman bersusu
Makan Tengah hari 
1 cawan nasi (tambah 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
1 ekor ikan kembung
1 cawan sayur bayam
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Makan Malam 
1 cawan mi goreng (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
½ cawan sayur
1 gelas air kosong
½ potong betik
Makan Lewat Malam 
1 gelas susu (penuh krim)

Contoh Menu Makanan Berkalori Tinggi Bagi Kanak-kanak Berusia 4 – 6 Tahun
Sarapan 
1 gelas susu (penuh krim)
½ cawan nasi goreng (tambahkan
1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ cawan sayur 1 telur goreng
Minum Pagi 
2 keping biskut kraker
1 sudu makan marjerin
1 gelas minuman bersusu
Makan Tengahari 
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
½ ekor ikan bersaiz sederhana
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji pisang
Minum Petang 
1 ketul karipap
1 keping roti
1 gelas minuman bersusu
Makan Malam
1 cawan nasi (tambahkan 1 ½ sudu makan minyak masak / marjerin)
2 ketul ayam (saiz kotak mancis)
1 cawan sayur
1 gelas air kosong
1 biji epal

Credit to: MyHealth.gov.my

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

No comments:

Post a Comment