Friday, 27 June 2014

10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu

Dalam usaha anda untuk memahami tentang kesuburan wanita atau lelaki. Anda perlu bijak untuk memisahkan yang mana satu mitos dan yang makna pula fakta sebenarnya. Lazimnya, ramai yang tidak tahu tentang 10 Mitos Tentang Kesuburan ini. Informasi yang tepat tentang kesuburan akan membantu mempertingkat peluang bagi pasangan suami isteri yang berusaha untuk menimang cahayamata. Justeru, coretan kali ini memaparkan 10 perkara yang perlu lelaki dan wanita tahu tentang kesuburan.

Adakah ianya mitos atau fakta?
TripletsBlog 5 10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu
1. Mitos: Jika lelaki berejakulasi itu petanda mereka subur.
Kebenaran: Lelaki mungkin mempunyai jumlah kuantiti sperma yang rendah, kadar motilitas (pergerakan) sperma yang rendah atau sperma yang berkualiti rendah TETAPI masih boleh berejakulasi . Dalam beberapa kes, air mani mungkin tidak mengandungi sperma sama sekali! Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang terkandung di dalam air mani lelaki adalah melalui analisis makmal.

2. Mitos: Isu tentang kesuburan lebih cenderung kepada wanita berbanding lelaki.
Fakta Kebenaran: Masalah kesuburan sebenarnya berlaku tidak kira jantina sama lelaki atau wanita. Statistik jelas menunjukkan, faktor lelaki dan perempuan menyumbang kepada masalah kesuburan adalah sama iaitu kira-kira satu pertiga. Baki satu pertiga lagi adalah sama ada gabungan kedua-duanya atau atas sebab-seban yang tidak dapat dijelaskan.

3. Mitos: Pasangan mempunyai masa untuk terus mencuba sehingga usia mencecah 40 tahun.
Fakta Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kadar kejayaan rawatan kemandulan serta kebolehan semulajadi anda untuk hamil. Kesuburan merosot secara drastik apabila usia anda melepasi 35 tahun. Pada usia 40 tahun, wanita yang sihat mempunyai peluang kira-kira 5 peratus untuk hamil dalam bulan berlakunya hubungan intim tersebut. Namun adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat perubatan sekiranya selepas 12 bulan mencuba masih belum menampakkan hasil. Manakala bagi wanita yang berumur 35 tahun ke atas disyorkan berjumpa doktor selepas 6 bulan jika masih belum hamil.

4. Mitos: Kami tidak mempunyai sebarang masalah kerana kami kedua-dua muda dan sihat.
Kebenaran: Umur memberi kesan kepada kesuburan tetapi ia bukanlah satu jaminan bahawa anda dan pasangan tidak mempunyai masalah kesuburan. Hanya kerana anda masih muda dan sihat tidak bermakna anda adalah sangat subur. Jika anda di bawah umur 35 dan telah cuba untuk hamil selama setahun tanpa masih gagal, eloklah anda mengatur temujanji berjumpa pakar.
fact or myth 300x246 10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu
5. Mitos: Wanita akan melalui rawatan kesuburan berakhir dengan kembar atau kembar tiga.
Kebenaran: Majoriti wanita yang berjaya dengan rawatan kesuburan akan mempunyai seorang anak tunggal. Rawatan untuk ketidaksuburan akan meningkatkan risiko kehamilan berganda lebih tinggi daripada biasa namun ianya dapat dikurangkan. Statistik terkini menunjukkan, rata-rata 21 peratus daripada kehamilan melalui kaedah IVF dan ICSI adalah kembar dan hanya 1 peratus adalah triplets.Ini adalah disebabkan oleh amalan ini akan memindahkan beberapa embrio ke dalam rahim untuk meningkatkan peluang untuk berjaya. Berbincang dengan doktor anda untuk cara-cara mengurangkan risiko kehamilan berganda.

6. Mitos: Mudah hamil bagi bayi pertama, justeru tidak mungkin bermasalah dengan yang kedua.
Kebenaran : Anda ada sebab untuk optimis . Namun mungkin juga banyak perkara yang telah berubah sejak dari kehamilan terakhir itu . Sesetengah pasangan didiagnosis dengan kemandulan sekunder (secondary infertility) , yang boleh berlaku walaupun berjaya hamil dan melahirkan anak sebelum ini.

7. Mitos: Rawatan kesuburan rawatan adalah bertentangan dengan lumrah alam.
Kebenaran: Perkara yang paling sempurna bagi seorang wanita adalah untuk hamil dan menimang cahayamata. Ini adalah perkara semulajadi dalam proses semulajadi kehidupan untuk manusia. Rawatan kesuburan adalah satu usaha untuk mengatasi segala halangan yang menyebabkan berlakunya masalah untuk hamil. Kemudiannya dapat hamil secara semulajadi seperti wanita lain mengikut lumrah semulajadi,

8. Mitos : Pasangan yang sering hamil apabila mereka mengambil anak angkat Kebenaran: Tidak ada bukti bahawa kehamilan dan pengambilan anak angkat mempunyai salingkaitan. Jarang kita mendengar tentang mereka pasangan yang mengambil anak angkat akan mudah untuk hamil.

9. Mitos: Kedua-dua pasangan lelaki dan wanita perlu orgasme untuk hamil.
Kebenaran : Sudah tentu untuk berejakulasi, lelaki mesti mencapai kemuncak syahwat. Tetapi, wanita tidak semestinya perlu mengalami kemuncak orgasme untuk hamil. Beberapa kajian menunjukkan orgasme wanita boleh membantu sperma di sepanjang saluran pembiakan. Namun, kaum wanita tidak semestinya perlu orgasme untuk hamil.
couple with pregnancy test 10 Mitos Tentang Kesuburan Yang Perlu Anda Tahu
10. Mitos: Kekerapan berhubungan seks akan mencerahkan peluang untuk hamil.
Kebenaran: Hubungan seks yang kerap (setiap 1 hingga 2 hari ) menghasilkan kadar kehamilan paling tinggi, tetapi keputusan yang dicapai dengan hubungan kurang kerap ( 2-3 kali seminggu) juga sebenarnya hampir sama. Sebenarnya, pasangan perlu mengetahui bila masa yang terbaik untuk hamil dengan memastikan tempoh “tetingkap subur” iaitu, dalam sela masa 6 hari yang berakhir pada hari ovulasi.Gunakan kalkulator ovulasi untuk membantu menentukan puncak kesuburan anda.

Kesimpulannya, anda perlu bijak membezakan yang mana satu mitos dan fakta untuk mempertingkatkan peluang bagi menimang cahayamata. Usahakanlah tanpa rasa jemu kerana setiap yang berusaha pasti akan menemui kejayaan. Anda juga boleh menghubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma.
Bacaan menarik untuk anda:
  • Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.
  • Merancang Masa Yang Terbaik Dan Tepat Untuk Hamil.
  • Set Kesuburan Shaklee Untuk Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri.
  • Testimonial Set Kesuburan Shaklee
Hubungi saya untuk mendapat konsultasi secara percuma dan juga untuk sebarang pertanyaan tentang Set Kesuburan Shaklee sekarang!




 JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE

SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Thursday, 26 June 2014

Pilihan Tun Dr. Mahathir: 5 rahsia kekal sihat

Sejauh manakah kebenaran yang mengatakan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad,  juga mengamalkan MultiVitamin Shaklee sebagai salah satu cara mengekalkan gaya hidup sihat?

Jom kita baca artikel di bawah ini yang saya petik dari  Susu Sejat!

Umum sedia maklum Tun Dr. Mahathir merupakan negarawan yang disegani. Selain memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah mencecah 86 tahun.
Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu?
mahathir Pilihan Tun Dr. Mahathir: 5 rahsia kekal sihat.

5 cara mengekalkan kesihatan sehingga ke usia emas cara Tun Dr. Mahathir

1 – Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Namun bagi aku, info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

2 – Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud aku menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.


3 – Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.


4 – Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.

vitalea Pilihan Tun Dr. Mahathir: 5 rahsia kekal sihat.

5 - Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).


“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itu tips daripada Tun Dr. Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 tahun yang lalu (1997). Video untuk temuramah ini boleh ditonton di sini.




JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Wednesday, 25 June 2014

Pengambilan Vitamin: Mengapa Perlu Konsisten Dalam Tempoh 3 hingga 4 bulan (90-120 hari)?

Mengapa pengambilan supplement perlu istiqamah/ konsisten sekurang-kurangnya 90-120 hari?

Sel hidup antara 90-120 hari, maka dalam tempoh itu disarankan apa jua suplemen yang diambil, ambil dengan istiqamah untuk mendapatkan kesan yang diingini (dlm tempoh penggantian sel). Anda boleh mulakan dengan program detox bagi proses pembersihan organ dalaman tubuh terutamanya usus bg mengoptimumkan kadar penyerapan zat suplemen ; diikuti dengan pengambilan protein bagi menghasilkan sel2 tubuh yg sihat (di samping membaiki sel2 lama) ; dan seterusnya, pengambilan vitamin2 dan mineral2 secara konsisten.

Jadi anda harus sabar jika belum mendapatkan hasil serta merta. Berikan masa kepada sel anda untuk menyerap zat-zat vitamin iaitu dalam tempoh 90-120 hari.

Sel 300x225 Pengambilan Vitamin: Mengapa Perlu Konsisten Dalam Tempoh 90 120 hari?

Sebelum memulakan pengambilan sebarang vitamin dan mineral, anda disarankan untuk mengambil:

1. Agen detoks: Herb-lax
Herb lax 150x150 Pengambilan Vitamin: Mengapa Perlu Konsisten Dalam Tempoh 90 120 hari?








2. Sumber Protein: Energizing Soy Protein (ESP)
ESP 150x150 Pengambilan Vitamin: Mengapa Perlu Konsisten Dalam Tempoh 90 120 hari?








JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'


Tuesday, 24 June 2014

Vitamin Shaklee Menggemukkan? Betul ke?

Sejauh mana kebenaran tanggapan ini? Mari fahami dan kenali vitamin semulajadi Shaklee anda!


Saya menerima beberapa aduan tentang masalah ini iaitu makin berselera sejak mengambil vitamin Shaklee, dan berat badan makin naik. Keadaan ini tentunya merisaukan sesiapa saja.. terutama oara wanita yang mengambil berat hal kecantikan tubuh badan. Namun, kebanyakan yang tidak tahu perkara sebenar membuat kesimpulan mudah,
SHAKLEE MENGGEMUKKAN!!!???

s 2009 Vitamin Shaklee Menggemukkan? Betul ke?

Hakikatnya, vitamin tidak menggemukkan! Ini kerana vitamin tidak mengandungi kalori, (kalori adalah penyebab kegemukan. Tetapi mungkin anda hairan bagaimana ramai yang makin gemuk selepas mengambil Shaklee.

Di sini sebenarnya ada 2 perkara berbeza:-
(1) Corak pemakanan dan aktiviti berubah tanpa disedari
(2) Kerana kesan langsung pengambilan vitamin

OK kita lihat perkara no (1) dulu. Yang nombor satu ni sama lah seperti berkata“Semalam saya kena hujan, lepas tu saya ambil Shaklee, hari ni demam. Ni sebab Shaklee la agaknya ni sampai demam saya dibuatnya”. Kan? Dah nyata terang dia main hujan, tapi nak juga kaitkan dengan Shaklee.

Mungkin juga kebetulan orang yang mengambil Shaklee ni, tiba2 dia banyak makan coklat, junk food, air manis… Tapi ini tidak disedarinya kerana selera makan kita satu benda yang tidak boleh diukur. Jadi dia ‘terpaksa’ cari kambing hitam untuk cover masalah mentekedarah beliau.Ataupun, selama ni tiap2 minggu bersukan, tapi sejak akhir2 ni lebih suka tidur.Jika anda terbabit dengan kegiatan seumpama ini, sila ubah cara hidup anda.

Untuk perkara ke- (2), jangan risau.. Kerana ia bukan side effect. sebaliknya memang normal.OK begini konsepnya. Bila kita mengambil vitamin, ia tidak sama macam makan makanan biasa. Vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, lalu badan kita perlu mencairkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan.

OLEH SEBAB ITULAH KITA PERLU BANYAK MINUM AIR BILA AMBIL VITAMIN

Jadi, bila kita tak cukup minum, sel2 tubuh kita akan ‘dahaga’ lalu ia menghantar isyarat ke otak. Akan tetapi, isyarat dari sel yang kehausan itu diterima oleh otak sebagai lapar. Maka otak menghantar pesanan kepada sistem kita untuk cari makanan, lapar ni..

Sedangkan kita tak perlu makan pun, cuma sel tubuh kita yang haus.
Lalu kita pun cari makanan dan makan sampai kenyang. Masa inilah tubuh kita menerima protein, karbohidrat dan lemak berlebihan.

Maka jika anda berada dalam situasi no (2), anda mungkin asyik rasa lapar, nak selalu makan dan mungkin boleh gemuk.

Justeru, bila anda mengambil vitamin:-
(1) Minum air sekurang2nya 3 liter sehari
(2) Kawal pemakanan, jangan ikut sangat nafsu
(3) Tukarkan karbohidrat kepada sumber low GI
Mengambil vitamin perlu pengetahuan tentangnya. Kami menawarkan khidmat itu ^____^



JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'


Monday, 23 June 2014

Persediaan Awal Berpuasa Untuk Ibu Hamil & Ibu Menyusu

Anda seorang Ibu yg sedang HAMIL? Anda seorang Ibu yg sedang MENYUSUKAN? Apakah persediaan awal anda untuk menempuhi bulan puasa Ramadhan? Mari kita baca persoalan-persoalan yang sering timbul di kalangan ibu hamil dan ibu menyusu mengenai puasa. Semoga ianya bermanfaat buat anda ibu-ibu di luar sana. InshaAllah.

Ibu menyusu & Ibu Hamil


Q: Adakah Ibu Hamil boleh berpuasa?
A: Kehamilan merupakan satu perubahan fisiologi yg normal. Oleh itu, ibu yg hamil bukanlah seorang pesakit dan seharusnya menjalani kehidupan spt biasa. Jadi, ibu hamil BOLEH BERPUASA (kecuali utk kes2 spt ibu hamil yg mengalami alahan yg teruk, yg berpenyakit kronik spt diabetes, darah tinggi, penyakit buah pinggang, pesakit jantung dsb, yg mempunyai masalah anemia/kurg darah dan mengalami pendarahan semasa hamil).

Apabila ibu hamil berpuasa, bayi di dalam kandungan tidak turut sama berpuasa. Bayi dalam kandungan akan mengambil terus makanan yg diperlukan melalui uri. Oleh itu, ibu hamil yg tak mengamalkan pemakanan yg seimbang boleh menyebabkan kesihatannya terjejas. Namun, ini tak bermakna si ibu perlu makan dua kali ganda kerana pemakanan yg berlebihan juga boleh memudaratkan kesihatan.


Q: Adakah Ibu boleh meneruskan Penyusuan di bulan Ramadhan atau semasa berpuasa?
A: Ibu menyusu BOLEH BERPUASA walaupun menyusukan bayi mereka tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti susu yang dihasilkan. Isipadu susu yg dihasilkan tidak bergantung sepenuhnya kpd berapa banyak air yg ibu minum di siang hari tetapi bergantung kpd berapa kerap payudara dikosongkan sama ada dengan cara hisapan bayi atau mengepam.



Q: Bagaimanakah utk memastikan ibu hamil kekal cergas semasa berpuasa dan susu ibu mencukupi walaupun si ibu berpuasa?
A:

Pertama: Ibu hendaklah YAKIN bahawa penghasilan susu tidak akan terjejas walaupun berpuasa. Dalam penyusuan, keyakinan ibu AMAT PENTING kerana ia mempengaruhi emosi dan minda si ibu. Emosi dan minda yg positif akan merangsang hormon oksitosin dan seterusnya memastikan penghasilan susu yg berterusan..InshaAllah
Kedua:  Ibu hendaklah memastikan kandungan nutrien yang SEIMBANG dijaga sepanjang bulan Ramadhan. Jgn lupa pengambilan air yg mencukupi juga merupakan sebahagian drpd nutrien yg seimbang. Tubuh manusia mengandungi 70% air, maka ibu hendaklah minum air sekurang-kurangnya 3 Liter air sehari. Di bulan Ramadhan, ibu boleh mengambil air sedikit demi sedikit sepanjang waktu berbuka sehinggalah waktu bersahur.
Ketiga: Pemakanan yg SIHAT dan SEIMBANG hendaklah diambil semasa berbuka dan bersahur. Mulakan berbuka puasa dgn air dan kurma. Kemudian tunaikan solat dan berehat seketika sebelum makan makanan yg berat. Makanlah dgn perlahan dan jgn terlalu kenyang utk mengelakkan ketidakhadaman makanan.


Q: Apakah makanan tambahan yang SESUAI semasa berpuasa, SELAMAT & TERBUKTI SECARA KLINIKAL?
A: Anda boleh mencuba Set Mighty 3 Gem. Ianya terdiri drpd 3 jenis produk iaitu Energizing Soy Protein, Meal Shake & Performance Drink.

Mighty 3 Gem Persediaan Awal Berpuasa Untuk Ibu Hamil & Ibu Menyusu
ESP (perisa natural vanilla) : 
– Membekalkan tenaga & memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Menyediakan tenaga yg berkekalan dan membantu menahan rasa lapar menerusi bekalan sumber tenaga yg konsisten.

MEALSHAKE (perisa french vanilla) :
 ‘Easy-On-the-Go Meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian. Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh. Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.

PERFORMANCE DRINK (perisa natural orange): 
– Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah. Membantu mengelakkan rasa dehydrate akibat kurang minum air ketika sedang berpuasa. Terbukti secara klinikal mampu menyokong tahap hidrasi berbanding air.


Set Mighty 3 Gem juga SESUAI UTK SESIAPA SAHAJA yg ingin mengekalkan tahap kecergasan semasa sedang berpuasa.

Menurut Mazhab Syafie, ibu yg sedang hamil dan menyusui bayi diberikan kelonggaran utk tidak berpuasa jika mereka khuatir dgn kesihatan diri mahupun bayi mereka. Namun adalah sebaiknya kita mula berlatih berpuasa sebelum Ramadhan dgn melaksanakan puasa-puasa sunat serta berusaha mencukupkan nutrisi dalam pemakanan seharian semasa bersahur dan berbuka..InshaAllah.
Puasa1 Persediaan Awal Berpuasa Untuk Ibu Hamil & Ibu Menyusu


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'