Assalamualaikum...Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoret di blog ni.Entry kali ni just nak share pengalaman sewaktu melahirkan hero pertamaku pada 27/12/2010 yang lepas...Means anakku sekarang dah berumur 3 tahun 6 bulan..Alhamdulillah Alhamdulillah...nikmat dan rezeki dari Allah kepada Hambanya..
Bila cakap bab bersalin ni,tak sah kalau orang tak tanya
"OK ke ko bersalin?"
"..bersalin mudah ek?"
"berapa lama ko sakit sebelum baby keluar??"
"Luka banyak tak??"
"Luka banyak tak??"
dan bermacam-macam lagi..tapi Alhamdulillah pengalaman pertama bersalin,mengalami contraction lebih kurang jam 5.45 pagi,time tu memang ulang-alik p tandas,sat nk kencing sat nk buang air besar, buangnya tak...sehinggalah lebih kurang jam 6.30 pagi ketuban pecah waktu ulang-alik ke tandas..rasanya solat subuh pon tak sempat,sebabnya hubby terpaksa solat kt hospital :) sampai kt hospital terus masuk labor room,check jalan dah 10cm..apa lagi,tak dapat nak tahan dah...huhuhu...tepat jam 8.59am, lahirlah putera pertamaku yg di beri nama Muhammad Rayyan Muhammad.
Muhammad Rayyan Muhammad (27/12/2010)
haa..bila dah bersalin ni, ofkos la benda yang paling ditakuti luka jahitan kan??
Majoriti bersalin anak pertama akan ada luka..haisshhh seram lak ingatkan lukaku yang banyak.mana taknya,baby nk cepat keluar..daku pon tak tahan contraction yg kuat..x sempat tunggu tunggu dah..tu yg luka mmg banyak..mmg ingat je pesanan orang-orang tua dan orang-orang berpengalaman ,masa nak bersalin jangan angkat punggung..tp time nk deliver tu,aku mempunyai kuasa luar biasa hebat,gagah perkasa..angkat jugak punggung walau dah 2 org pegang..hihi..
ok,dah dah..seram citer pasal luka bersalin ni..Maila kita check it out pasal luka bersalin..Biha bersalin dikiran non-epi..
"Lepas deliver...biasalah.sesi berpantang. part yang paling tak best jika beranak normal adalah kena gunting dan jahit kat tutt. sakit dan perit jika mahu buang air kecil. nak buang air besar apatah lagiii. berjam-jam dan berpeluh-peluh dalam toilet nak membuang:P huhu. ini adalah pengalaman sendiri okehh. salah aku jugak,masa pregnant bukannya nak study /baca kat internet cara nak jaga luka jahitan episiotomi. google kat internet just sampai proses nak bersalin. pasal lepas bersalin tak study/baca sangat pon. so pengajaran kat situ, proses berpantang pon kena amik tahu.terutamanya penjagaan luka jahitan episiotomi. melainkan ko beranak tak kena jahit walaupon anak sulung. perghh.heaven.boleh beranak tetiap tahun camtu:P
LUKA BERSALIN????
EPISIOTOMI, merupakan nightmare ever! Bagi yang tak berapa tahu, episiotomi ni adalah guntingan yang akan dibuat pada faraj, bagi mengelakkan terkoyak semasa bersalin. Elak terkoyak tapi kita la yang menderita. Aku pun tak tahu mana satu yang baiknya, epi or non-epi. Tapi bergantung la kot, lain orang lain cara deliver. Epi/Non-Epi sama je cara penjagaan lukanya,cumanya kalau luka epi tu cantik sebab ditolong guntingkan oleh nurse/doctor,yang non-epi koyaknya tak cantik dan bila nurse/doctor nak jahit macam susah sikit,kot non-epi yang berbunga-bunga ke...hihihi
so ni aku ada himpunkan pelbagai tips penjagaan luka episiotomi supaya luka kat situ cepat baikk.so takde lah korang jalan macam siput/robot sampai 44hari:P haha
1. Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.
2. Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.
Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.
3. Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
4.Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.
5.Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.
6.Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
7.Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.
8.Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.
9.Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.
10.Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
11.Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
1. Jagaan perineum (kemaluan):
- Vulva swabbing akan dilakukan secara teknik asepsis selepas 6 jam kelahiran untuk memerhatikan luka insisi.
- Cuci dan keringkan bahagian episiotomy dan tukar pad dengan kerap atau setiap kali ke tandas atau apabila pad dipenuhi dengan lokia untuk elak infeksi (jangkitan kuman) pada luka episiotomi
- Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas untuk penyerapan peluh, dengan ini kelembapan dapat dielakkan
- Cuci perineum (kemaluan) dengan air biasa dari arah hadapan ke belakang (dari vulva ke anus) untuk elak asending infection
- Jangan sekali-kali menyapu ubat atau krim di bahagian luka episiotomy tanpa arahan doktor
2. Pemakanan:
- Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.
- Dinasihatkan supaya mengambil makanan tiggi fiber dan minum air berlebihan (1.5liter - 2 liter sehari) untuk mengelakkan sembelit. Kejadian sembelit boleh menyebabkan ketegangan dan tekanan pada luka episiotomi dan kesakitan apabila meneran.
3. Senaman dan Aktiviti:
- Digalakkan melakukan senaman otot lantai pelvis secara berperingkat untuk menguatkan otot dan menggalakkan edaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan pada luka episiotomi.
- Digalakkan melakukan ambulasi awal seperti berjalan-jalan untuk menggalakkan aliran darah dan mempercepatkan penyembuhan pada luka episiotomi
- Elakkan dari duduk mencangkung yang boleh menyebabkan jahitan terbuka dan melambatkan proses penyembuhan luka
- Elakkan hubungan seks sehingga luka benar-benar sembuh
4. Kesan awal tanda-tanda infeksi untuk rawatan lanjutan:
- Dinasihatkan supaya menggunakan cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri terutama pada waktu pagi atau minta bantuan suami untuk melakukan pemerhatian
- Ibu dinasihatkan supaya mengenalpasti tanda-tanda infeksi seperti:
- - Pendarahan : Bengkak atau kesan lebam
- - Cantuman luka : elok atau terbuka
- - Tanda-tanda jangkitan kuman : merah, gatal, discaj berbau, bengkak dan jahitan terbuka
- - Ibu mengalami Demam
* Jika luka episiotomy mempunyai tanda-tanda jangkitan kuman, sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital untuk tindakan lanjut.
kredits: kakengkubidanbersalin
ok, dua artikel di atas ni pon dah cukup membantu kot. amacam?ngilu kan baca? camni lah jadi perempuann:P banyak pengorbanan.tapi takpe..pahala pon banyak:) pengalaman aku sendiri? oohhh.sangatlah memeritkan. sebab jahitan ku tertetas. tetas yang bukan salah aku tapi dari mak bidan yang urut aku masa dalam pantang. aku memang hangin satu badan, marah,kecewa,sedih dan cam nak meroyan pon ada.dah la suami jauhh. :( so, aku memang baik lambat. sebab aku tetas masa hari ke7 selepas bersalin dan aku taknak dijahit semula. gila ko.nanti die toreh balik daging tu pastu jahit balik. sakitttttttt. so aku nak baik secara semulajadi. tapi kena makan ubat ikut waktu, sentiasa sapu krim luka kat situ, alhamdulillah,baik dalam tempoh 3 bulan gak la.huhu. so,anak ke2 nanti, aku dah serik ngn mak bidan tu. dan aku taknak lagi pantang jauh2 ngan hubby:P hehe."
Aku punya experience lebih kurang la dengan Ain ni. Masa warded dulu, nurse ada sapukan intrasite gel. Memang cepat baik dan kering la bila gunakan gel tu. Kalau desperate lagi kali ni nak cari la gel ni. So far tak pernah lagi survey kat farmasi. Tapi bentuknya lebih kurang macam ni.
Intrasite Gel |
Berdoa sangat2 agar pengalaman selepas ini lebih baik dari sebelumnya.
JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION
Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment