Friday, 8 August 2014

TEKNIK TIDUR SEMASA TRIMESTER KETIGA

Perihal tidur? Perlu ke nak diskus perihal tidur ni?Ini bukan tidur biasa,ini tidur luar biasa,tidur bersama bayi yang bakal dilahirkan..

TIDUR.Walaupun susah,semua ibu hamil inginkan tidur yang lena kan?Kita pun macam tu jugak..hihi...Tapi kan,bila dah masuk trimester ketiga,badan kita akan mengalami perubahan fizikal yang sangat ketara seperti bayi di dalam kandungan berada di pundi kencing.Terasa berat kan??Lagi-lagi bila masuk tandas untuk membuang air kecil..Ia sangatlah berbeza ketika berada di trimester kedua.Masa trimester kedua masih boleh tidur lena lagi selama 8 jam kan??Bila janin dah besar memasuki trimester ketiga,tidur pon tak lena..pusing situ,guling sana guling sini..itulah pengorbanan seorang ibu.

Terdapat beberapa teknik yang boleh guna untuk tidur dengan lebih selesa dan lama.Nanti cubalah ye,bila baby dah keluar pastinya tak cukup tidur malam..hihihi..


Jom Say SELAMAT TINGGAL TEKANAN!!!!
Kehamilan merupakan satu waktu yang amat memenatkan dan menekankan.Pastikan kita tahu bagaimana cara untuk menangani tekanan dan mendapat tidur yang cukup,walaupun ianya agak sukar :)

Pertama sekali,cuba MEDITASI.Ini tidak bermakna anda perlu duduk dengan kaki bersilang (hihi..bila dah trimester ketiga,agak mustahil untuk duduk dengan kaki bersilang), tapi korang cubalah duduk di tempat yang anda rasakan selesa seperti di atas sofa ataupun atas katil.Susun bantal dibelakang anda,untuk memberi kelesesaan lagi kepada tulang belakang anda.Kemudian,tarik nafas dan hembus dengan perlahan.Dengarkanlah pernafasan diri sendiri.Kosongkan minda dan tolaklah fikiran negetif yang menyelubungi diri kita.(Jangan sesekali memeikirkan tentang proses kelahiran yang bakal kita lalui).Fokuskan pada satu perkataan atau frasa dan bernafas seperti "RELAKS", walaupun bermeditasi dalam waktu yang singkat,sebenarnya itula ketengan yang akan kita kecapi :)

Kedua,untuk mendapatkan tidur dengan selesa semasa trimester ketiga,korang mandilah dalam tab mandian yang berisikan air suam sebabnya air suam boleh menenangkan badan sebelum waktu tidur. Pada waktu tu, deria kita akan 'lari'.so,pastikan anda berhati-hati ye sebelum dan selepas memasuki tab mandian.Pegang bahagian tepi tab jika terasa sukar untuk bangun berdiri atau minta pertolongan suami.Pasang muzik yang menenangkan ,nyalakan lampu malap-malap ,pejam mata dan tidur lenalah ..hihihi.Elakkan menonton TV sebelum waktu tidur.Kajian menunjukkan bahawa menonton TV sebelum waktu tidur akan menyukarkan diri untuk tidur malam.

Apabila berada di atas katil,gunakan sleep props yang selesa.Letakkan banyak bantal atas katil untuk memudahkan anda memeluknya.Kalau tidur mengiring,perlu letak bantal di antara lutut .

Sumber: Majalah Mami Baby


No comments:

Post a Comment