Tidak, saiz payudara bukan faktor utama dalam kejayaan penyusuan. Ya, seringkali kita dimomokkan dengan ayat berikut "Oh, tetek kau kecil, sebab itu tak banyak susu!" atau dengan ayat ini "Patutla susu kau banyak, tetek kau besar!". Secara fisiologi, saiz payudara yang besar disebabkan oleh lemak yang banyak yang mengelilingi duktus dan kilang susu. Payudara yang kecil ialah disebabkan lemak yang sedikit.
Jadi, apakah faktor yang kejayaan penyusuan?
1. Keinginan dan kesungguhan
Tanpa ada rasa ingin, ia pasti tidak akan berlaku. Tanpa ada rasa sungguh, pastinya kecundung di tengah jalan. Sekalipun kita sudah nekad mahu menyusukan si kecil selama 2 tahun, namun pelbagai rintangan dan cabaran akan dihadapi. Sekiranya si ibu tidak sabar, maka impian itu akan terkubur.
2. Belajar teknik penyusuan yang betul
Ada yang kata, menyusukan si kecil ini senang. Ya, senang apabila kita sudah mengetahui tekniknya. Disebabkan tidak mahu tahu bagaimana cara menyusu yang betul, ramai ibu mengalami kesakitan semasa menyusukan.
3. Sentiasa POSITIF
Ya, si ibu perlu sentiasa positif. Buat-buat positif pun takpe. Yang penting tiada getaran negatif dalam diri si ibu.
4. Support dari sekeliling
Si ibu tadi perlu mendapatkan bantuan dari orang sekeliling. Terutamanya suami. Kalau dapat bantuan dari jiran tetangga pun lebih baik. Jangan segan untuk mendapatkan bantuan sekiranya anda mengalami masalah.
5. Sentiasa berdoa
Mohon dari Pencipta supaya dipermudahkan proses penyusuan ini. Supaya dapat si ibu menyusukan si kecil selama mana yang si ibu dan bayi mahukan.
Setiap kali pergi melakukan home visit, saya selalu berkata kepada si ibu, hanya satu perkara yang saya susah nak pastikan ada atau tidak, banyak atau sedikit, iaitu Kilang susu! Ya la kan... Mana ada alat nak X-ray dan-dan kat payudara kan.. So, kalau saya picit, ada terbit susu, maka adalah susunya itu. Kemudian kita akan terangkan konsep 'demand & suppley' kepada ibu tadi.
No comments:
Post a Comment