Ramai yang mempunyai masalah ini tetapi tidak tahu apa nak dibuat untuk menghilangkannya. Kebanyakkannya merasa malu untuk bertanya dengan doktor gigi. Ada juga yang terasa rendah diri kerana mempunyai masalah ini. Ada juga yang merasa tersinggung apabila ditegur kerana mempunyai masalah ini oleh orang yang rapat dengan mereka. Ada juga merasa rendah diri dan malu untuk bercakap dengan orang. Apa penyebab mulut anda mengeluarkan bau yang kurang enak? |
Bakteria
|
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi. Kemudian bakteria ini merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds-VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.
Kebanyakkan bakteria ini bersifat anaerob (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi , di karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan pada lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen. Apabila anda mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus anda akan menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil anda dan melekat disitu (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.
Jika anda mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut anda berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi anda menurun dan mengakibatkan poket gusi anda dalam dan susah dibersihkan tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak. | |
Mulut Kering Kerana Kekurangan Air Liur
|
Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia membilas mulut anda sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi. Semasa tidur, perembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur. Selain itu, kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat , susah untuk membilas mulut , menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut. Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa.
|
Punca Kekurangan Air Liur
|
|
- Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather) : angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut
- Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual etc): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur
- Berpuasa : mengurangkan perembesan air liur
- Pengambilan ubat untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan etc : kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tersebut
- Pengambilan minuman alkohol : mengeringkan mulut
- Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol : mengeringkan mulut
- Kekurangan air dalam badan (dehydration) : mengurangkan pengaliran air liur
- Stress : mengurangkan pengaliran air liur
|
Bagaimana Nak Tahu Yang Anda Mempunyai Masalah Mulut Berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi ( halimeter) untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.
|
Rawatan Masalah Mulut Berbau
- Herblax - Untuk pembersihan usus
- Chewable Vitamin C - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus
- Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria
- Alfalfa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau
- Peppermint Ginger Plus - Berkesan membunuh bakteria penyebab bau mulut
Untuk konsultasi, pertanyaan dan pesanan produk, hubungi :
|
Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos.
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya
|
No comments:
Post a Comment