Jika diikutkan petua orang tua-tua dahulu, pelbagai cara boleh dibuat untuk menambahkan susu badan. Ini khas untuk ibu menyusu ye. Bila susu badan mula merudum, siapa yang tidak risau kan? Hanya ibu-ibu yang mengalaminya sahaja akan memahami.
Ok kita selidiki apa yang orang-orang tua dulu amalkan. Kita tengok tips-tips yang mungkin boleh diikuti:
Ok kita selidiki apa yang orang-orang tua dulu amalkan. Kita tengok tips-tips yang mungkin boleh diikuti:
Kacang Tanah
Kacang tanah ini kaya dengan protein dan lebih lagi dari daging dan telur. Kebiasaannya dimakan bersama dengan susu kambing untuk menambahkan susu badan. Ada juga bayi yang alah pada kekacang, jadi ibu-ibu kena berhati-hati memilih ye.
Longan
Longan ini agak popular juga semasa saya dalam pantang anak kedua. Sebelum ini saya memang tidak kenal langsung "milkbooster" apa yang boleh diambil. Biasanya longan ini boleh didapati dari kedai ubat cina atau singseh kata orang. Ianya dalam bentuk kering dan bolehlah direbus dengan gula batu sedikit untuk memberikan rasa manis. Tapi longan ini tidak serasi dengan saya, pernah amalkan tetapi mungkin juga sebab longan ini agak panas, saya mengalami demam yang tinggi lepas mengambilnya. Mungkin tengok pada kesesuaian orang, ada ibu yang serasi bolehlah mengambilnya.
Halba\Fenugreek
Halba ini kalau perasan yang selalu ada dalam nasi dagang tu. Nasi dagang makanan orang timur. Atau biasa boleh didapati dari kedai mamak atau pasaraya-pasaraya. Ianya dikatakan boleh menambahkan susu badan juga. Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum. Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya.
Lobak Putih
Biasanya dalam pantang selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan. Saya dulu semasa dalam tempoh berpantang, ada amalkan sup lobak putih, ringkas dan berkhasiat. Resepi ini adalah dari orang tua yang katanya boleh menambahkan susu badan.
Jantung Pisang
Satu lagi resepi tradisional. Boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak, ianya juga dikatakan memberikan kesan kepada pertambahan susu badan ibu. Sedap dimakan, susu juga bertambah:)
Pucuk Betik Muda
Rebuskan daun pucuk betik muda, dan airnya diminum. Ia dikatakan boleh melancarkan dan menambahkan susu badan ibu. Boleh diminum 2,3 kali sehari.
Kurma
Kurma memang dikenali juga sebagai salah satu "milk booster" yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam respi boleh dibuat, makan begitu sahaja paling mudah. Jika mahu buat jus pun boleh. Kebiasaannya saya buat resepi kurma bersama susu. Campurkan 5 bijik kurma yang dibuang bijinya, blend bersama-sama dengan susu segar. Sangat best!
Habbatussauda/Jintan Hitam
Dikatakan juga sebagai penggalak susu. Ianya boleh direbus dan diminum airnya. Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.
Alfalfa
Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.
Ada cara lain yang agak popular di kalangan ibu sekarang iaitu dengan pengambilan vitamin-vitamin untuk membantu penghasilan susu yang lebih baik. Antaranya adalah:
Kebaikan dari pengambilan vitamin-vitamin ini adalah:
ESP - membekalkan tenaga, menyuburkan kesihatan kulit,kuku, rambut dan otot.
Penting utk kanak2, ibu menyusu dan individu yg sedang pulih dari sakit. (boleh membantu memekatkan lagi penghasilan susu)
Osteomatrix - mengekalkan tekanan darah normal, menolong pengecutan otot dan saraf.
alfalfa - milk booster
b complex: antistress
Vitalea:utk ibu sentiasa cergas
Vitamin C:mengekalkan kecantikan kulit ibu
ESP - membekalkan tenaga, menyuburkan kesihatan kulit,kuku, rambut dan otot.
Penting utk kanak2, ibu menyusu dan individu yg sedang pulih dari sakit. (boleh membantu memekatkan lagi penghasilan susu)
Osteomatrix - mengekalkan tekanan darah normal, menolong pengecutan otot dan saraf.
alfalfa - milk booster
b complex: antistress
Vitalea:utk ibu sentiasa cergas
Vitamin C:mengekalkan kecantikan kulit ibu
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION
Rabihah Muhamad (ID 906559)
FB: Rabihah Muhamad
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet.
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya
FB: Rabihah Muhamad
No comments:
Post a Comment