Thursday, 4 September 2014

Apa Kelebihan Vitalea Iron Formula/Multivitamins?

Apa Kelebihan Vitalea Iron Formula/Multivitamins?


Multivitamins dalam Shaklee dikenali sebagai Vita-Lea... Masa mula-mula dapat vitalea ni, aku termenung jap... aduh besarnye... hahaha.... tapi aku telan jugak... ok jerk... since sihat ni apa salahnya telan vitamin2 ni kan... sok2 kalo berpenyakit (harap2 dijauhkan la..) ....huhuh.... so sebelum dtg penyakit2 tu, baiklah kita mencegahnya dulu....

Okey, jom kita lihat, apa kebaikan yang ada pada Vita-Lea Shaklee ini... Di copy dari sini




Vita-Lea® Iron Formula - Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat



Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan

Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita-Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Siapa yang perlukan Vita-Lea?

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang.  Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan.  Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*

Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*

Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

Wednesday, 3 September 2014

Tingkatkan Peluang Kehamilan

Setiap pasangan pastinya menginginkan cahaya mata zuriat penyeri rumahtangga tetapi tidak semua orang yang bernasib baik dikurniakan zuriat sejurus selepas berkahwin kan? Alhamdulillah rezeki zuriat buat saya dan suami agak awal setelah 2 bulan berkahwin saya disahkan mengandung anak yang pertama. Alkisah sebelum mengetahui diriku pregnant..Sehari sebelum mengetahui biha pregnant biha dan kakak menghantar encik suami kat KLIA untuk ke Egypt.Esoknya biha demam agak teruk dan cepat-cepat pergi klinik sebab demam teruk , tak dapat makan & muntah-muntah.Yang peliknya,sebelum hubby berangkat,tak da pula nak demam dan muntah-muntah..hihihi.Masa disahkan hamil biha di sem akhir & tahun akhir belajar kat UIA.Memang sangat-sangat teruji ketika itu kerana  berjauhan dengan suami & morning sickness yang melampau sehingga janin berusia 7 bulan.huhu..Alhamdulillah selepas habis belajar,biha melahirkan anak sulung pada jam 8.59 pagi ,27 December 2010..hihi...Alhamdulillah..rezeki buat kami suami isteri.

huhu...berbicara tentang kehamilan ni,biha ada terbaca bagaiman cara untuk meningkatkan peluang kehamilan.Dalam hal ini, kita sebagai orang awam tidak boleh sama sekali menuding jari kepada pasangan yang belum dikurniakan rezeki kerana mungkin mereka telah sedaya-upaya berikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Mungkin mereka telah berhabisan beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan zuriat.Rezeki Allah yang tetapkan,Allah pasti mendengar segala rintihan hambanya.Buat teman-teman yang belum dikurniakan rezeki anak,usah bersedih ...Alllah telah merencanakan sesuatu yang terbaik untuk anda berdua.Semangat,usaha,doa & tawakkal amat diperlukan.Jangan pula merasa rendah diri jika belum dikurniakan zuriat.

Biha pernah terbaca satu artikel mengenai Peluang untuk hamil,tapi dah lupa artikel tu biha baca kat mana,linknya lupa nk save..Yang biha simpannya potongan artikel tu je..Korang boleh baca kat bawah ni ye:

Menurut pembacaan dari kajian yang dijalankan, manusia adalah antara makhluk tuhan yang paling kurang subur jika dibuat perbandingan dengan mana-mana spesis di muka bumi ini. Kehamilan adalah satu proses yang terhasil daripada gabungan kompleks daripada pelbagai faktor-faktor yang perlu diambilkira.

Mengikut statistiknya, apabila satu pasangan suami dan isteri membuat percubaan untuk memperolehi zuriat, apabila berlakunya persetubuhan intim antara suami dan isteri tersebut tanpa sebarang perlindungan yang boleh menghindarkan kehamilan seperti kondom, hakikatnya hanya 20 peratus sahaja peluang untuk sang isteri mengandung. Manakala, bagi wanita yang berusia dalam linkungan 40-an, peratusan peluang untuk hamil tersebut berkurangan daripada 20 peratus kepada 5 peratus sahaja. 

Inilah yang kelaziman yan terjadi apabila setiap pasangan yang sudah berumahtangga mencuba dan terus mencuba dalam tempoh masa tertentu tapi masih lagi belum dikurniakan rezeki untuk memperolehi cahayamata. Mula terdetik kebimbangan dalam diri masing-masing apakah diri sendiri atau pasangan mempunyai masalah kesuburan?
KESUBURAN Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.

Meningkatkan peluang anda untuk kehamilan

Berikut adalah beberapa cadangan untuk memaksimumkan peluang anda untuk hamil :
  • Mengubah gaya hidup dengan mengkaji kecergasan dan diet anda.
  • Merancang masa terbaik untuk hamil.
  • Menyemak sejarah perubatan anda untuk memastikan ia tidak menjadi halangan.
Bagi sesetengah pasangan yang sudah menimang anak, kehamilan bukanlah sesuatu yang sukar kerana mereka dipermudahkan oleh Allah SWT untuk senang mendapat zuriat. Namun, bagi pasangan yang lain, mereka mungkin memerlukan satu tempoh tertentu dan juga beberapa langkah-langkah tambahan untuk mencapai matlamat akhir mereka iaitu mendapatkan zuriat. Jika anda masih tidak mengandung selepas 12 bulan mencuba segala tips yang dipraktikkan atau enam bulan mencuba jika anda usia anda 35 tahun atau lebih, disarankan agar cuba mendapatkan bantuan pakar kesuburan.

Walaupun begitu, mustahak bagi pasangan untuk terus optimis dan cuba untuk tidak berasa bimbang. Ramai yang tidak tahu bahawa kesukaran untuk mengandung sebenarnya adalah satu perkara biasa. Mengikut sumber, kira-kira satu dalam sepuluh pasangan akan mengalami kesukaran untuk hamil. Lazimnya, kebanyakan mereka yang berusaha dan mengikut saranan yang diberikan, inshaAllah akan hamil. Terdapat pelbagai rawatan yang berbeza. Ada yang mudah. Ada lebih kompleks. Setiap usaha yang dilakukan adalah untuk mendekatkan anda dengan matlamat dan meningkatkan peluang anda untuk berjaya hamil.

Penggunaan Suplemen Bagi Tingkatkan Kesuburan Untuk Hamil


Anda juga boleh mengambil suplemen tertentu bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri:
1) Zinc Complex
Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 
Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex
Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 
Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex
Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex
Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

Apa yang penting adalah bahawa anda dan pasangan sentiasa optimis. Jika ada sebarang masalah, anda perlu berbincang bersama-sama untuk mencari penyelesaian. Berterus-terang dan berbincang akan mengurangkan sebarang stress yang tidak diperlukan dalam situasi ini.

Ingat! Sentiasa berikhtiar. Panjatkanlah doa kepada Allah SWT tanpa putus asa. Jangan putus harapan!


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION


Hubungi saya sekarang,
Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
--------------------------------------------------------------------------------------------

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

CUTI-CUTI WAHM

Penat jugak ye travel situ,travel sini..tapi kepenatan itu terbayar melihat keseronokan anak-anak yang membesar di depan mata kita sendiri. Saya yakin setiap ibu yang bekerja mempunyai impian untuk menjadi 'surirumah' yang menjana income 3,4,5 atau 6 angka hanya dari rumah kan? Seronok sangat bila mempunyai masa yang flexible tidak seperti di alam pekerjaan dulu..Masa kerja dulu kalau hendak pergi bercuti mesti kena apply borang cuti,tak pun pergi je mana-mana klinik yang jual MC..hi hi..jangan marah ,jangan terasa ye mana-mana doctor yang ada buka klinik swasta..Nak tahu kenapa saya cakap macam tu? Sebab dari pengalaman saya semasa bekerja dulu pergi hospital government sangat susah nak dapatkan mc walaupun masa tu tubuh dah lemah-longlai..huhu..tak pe,yang lepas jangan dikenang..

Semalam kitorang bertolak dari rumah pukul 11.30 malam tapi di saat ni pun belum sampai sebabnya tadi banyak kali berhenti hubby ku ngantuk.Nak bergilir drive pastinya hubby tak bagi sebab dia tahu wifenya ni bukannya cekap bawa kereta tambah-tambah waktu malam silau biha agak teruk. Tu yang hubby ku perli,cakap promote je Shaklee kat orang tapi diri sendiri tak ambil pun... He he he... "Eh bang,yang lain-lain saya consume la,cumanya carotomax untuk mata tu je belum lagi"...hehee...Insyaaallah memang biha nak cuba pun sebab tengok feedback customer dan kawan-kawan yang ambil semua bagi respon positif.. Alhamdulillah kan dengan izinnya.

Rayyan Rasyad syok je tido atas 'tilam & katil' kereta..sorang pun tak terjaga waktu malam. So,ummi pun berpeluang nak update blog... Hi hi..bersama kami juga kakak ipar yang akan ke syarikat penerbitan buku OCTOBER di Kajang..jangan tak tahu kakak ipar saya seorang guru & juga seorang penulis novel bernama 'azieana Ismail'..insyaallah novel terbarunya akan berada di pasaran pertangahan tahun ni. Ingatnya hendak bawa anak-anak ke Zoo Negara sebab anakku suka sangat tengok animals.heheheh.

Ingin biha kongsikan kelebihan wahm yang mempunyai waktu yang agak flexible.Masa dengan suami & anak-anak tidak akan ku sia-siakan. Insyaallah. Kepada mereka-mereka yang berminat untuk join Shaklee,memang korang sangat-sangat dialukan untuk menyertai kami sebabnya kami mempunyai support group yang sangat prihatin.Segala tunjuk ajar mengenai Shaklee & Cara marketingnya akan dikongsika apabila menyertai kami. Nak tahu bagaimana Biha menjana pendapatan 4 angka tiap-tiap bulan dengan hanya buat business Shaklee secara online.


Bagi mereka yang benar- benar many merubah kehidupan ,boleh hubungi saya 


Boleh hubungi Biha (pm/SMS/whatsapp) 0129495513

Tuesday, 2 September 2014

COLLAGEN POWDER SHAKLEE YANG SUPER BEST

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberikan kita sesuatu yang kita semua kehendaki..Bersyukurlah tanda kits beriman dengannya..Alhamdulillah harini baru 2 september 2014 iaitu merupakan hari kedua promo special Shaklee Collagen Powder (SCP) buy 6 free 1..

Ewah,semua pakat nak cun.. Hihihi...memang bertepatanlah Shaklee buat promo SCP ni. Dalam kekalutan packing-packing order & packing pakaian untuk ke KL,order masuk sepertimana yang kita semua impikan.Nak tahu kenapa?sebabnya semua nak rempat SCP yang super best tu.


Jom kita pakat-pakat awet muda.Mesti Encik Hubby makin sayang kan?Sebabnya,SCP ni buatkan isterinya
√ makin cun
√ makin cerah
√ makin bergetah
√ makin licin kulit mukanya
√ makin anjal part-part rahsia...hi hi


Hebat kan SCP ni?hehhe...
Mesti korang tak caya kan? Meh tengok testimoni ...









okeyhhh....tu antara testimoni SCP..Insyaallah nanti bila lapang biha share lagi ye..hihi...seronok tengok semua orang pakat-pakat nak cantik menawan..hihih...tapi Biha lagi seronok sebab dapat bantu orang sihat.

HUKUM MENYUSUKAN ANAK ANGKAT

Pagi tadi berbicara dengan seorang teman sewaktu menuntut di UIAM 3 tahun lepas.Kawan saya tu sudahpun mempunyai 2 orang anak kandung & telah mengambil seorang anak angkat. Biha bertanya kepadanya kenapa ambil anak angkat tu? Dijawabnya kerana dia memjumpai bayi tersebut di tepi masjid seketika kawan saya dan suaminya ke masjid untuk menunaikan solat subuh..Allahuakbar, Maha suci Allah yang membuka pintu hati sahabat saya untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat..
Banyak lagi yang kami bicarakan,tetapi panjang sangatla nak ceritakan di sini cumanya yang nak ditekankan bila Allah membuka hati hambanya untuk mengasihani orang lain. Semoga kita semua diberi kebaikan hati sedemikian. Dalam entry ni biha nak share SYARAT & HUKUM MENYUSUKAN ANAK ANGKAT


Menyusukan Anak Angkat - Syarat dan Hukum
Masalah infertility ataupun ketidaksuburan merupakan salah satu penyebab seseorang itu mengambil anak angkat


Pada zaman sekarang, ramai pasangan yang mengambil anak angkat malah trend mengambil anak angkat juga berlaku pada mereka yang masih bujang tak kira lah lelaki atau perempuan. Kat Malaysia, pengambilan anak angkat berjantina lelaki dan perempuan hanya dibolehkan kepada wanita bujang manakala bagi lelaki bujang hanya anak angkat lelaki sahaja dibenarkan.

Bila mengambil anak angkat ni timbul masalah iaitu hubungan antara anak dan ibu bapa angkatnya. Hanya ada satu jalan supaya hubungan antara anak dan ibu bapa angkatnya boleh menjadi mahram. Iaitu dengan cara menyusui anak tersebut dengan susu badan. Syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak ialah:

Bilangan penyusuan hendaklah dengan lima kali penyusuanSusu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayiUmur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut pengiraan bulan qamariahUntuk syarat pertama, penyusuan hendaklah lima kali penyusuan yang berasingan. Setiap kali penyusuan mestilah mengenyangkan bayi (maksud untuk syarat kedua iaitu susu yang dihisap sampai ke perut bayi). Cara nak tahu bayi tersebut kenyang biasanya apabila bayi itu kelihatan puas dengan penyusuan atau berhenti dengan sendiri akibat kekenyangan. Biasanya apabila bayi sendawa dan tertidur menandakan dia kekenyangan. Tetapi jika bayi berhenti menyusu untuk sendawa mengeluarkan angin kemudian menyambung semula penyusuan itu tidak dikira sebagai dua kali penyusuan kenyang. Sama juga jika menukar payudara ketika penyusuan, ini juga dikira sebagai sekali penyusuan.


Tiada Susu Ibu Untuk Menyusukan Bayi
Pada masa kini ibu bapa angkat sudah ramai yang sedar akan kepentingan menyusukan bayi angkat mereka dengan susu ibu supaya bayi menjadi mahram mereka. Namun timbul masalah apabila si ibu angkat tidak mempunyai susu ibu untuk menyusui bayi.

Firman Allah “Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”- al-Baqarah:233
“…kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” ( At-Thalaaq : 6 )


 Ibubapa angkat boleh melakukan inisiatif seperti di bawah jika timbul permasalahan ini:
>>Jika bayi itu adalah lelaki, si isteri boleh mengupah adik beradik perempuannya menyusukan bayi tersebut. Maka bayi itu akan menjadi anak susuan kepada adik perempuan atau kakak si isteri. Semua anak kepada adik beradik si isteri adalah mahramnya. Tetapi tidak menjadi mahram kepada suami dan adik beradiknya. Penjagaan hanya kepada batasan aurat lelaki(bayi itu) dengan lelaki(suaminya) sahaja.Jika bayi itu adalah perempuan, si isteri boleh mengupah adik beradik perempuan suaminya menyusukan bayi tersebut. Maka bayi tersebut akan menjadi anak susuan kepada adik perempuan suami atau kakak si suami. Semua anak kepada adik beradik si suami adalah mahramnya. Tetapi tidak menjadi mahram kepada si isteri. Penjagaan hanya kepada batasan aurat perempuan(bayi itu) dengan perempuan(si isteri) sahaja.Oleh yang demikian untuk memudahkan menjaga hubungan kekeluargaan(mahram) ialah dengan bayi lelaki atau perempuan itu disusukan oleh salah seorang dari adik beradik perempuan si isteri dan juga disusukan oleh salah seorang adik beradik perempuan si suami. Maka bayi itu boleh menjadi mahram kepada si isteri dan juga kepada si suami serta adik beradik mereka berdua.

Tujuan Menyusui Anak Angkat

Apabila bayi disusui oleh seorang wanita maka wanita itu akan menjadi mahram bayi tersebut. Hubungan anak itu dengan keluarga ibu susuan adalah sebagaimana hadith Nabi saw; 

“Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana nasab” – HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a


Ini bermakna anak itu menjadi mahram kepada ahli keluaga si ibu. Suami si ibu adalah bapanya, Ibu suami adalah neneknya, kakak/abang suami si ibu adalah ibu saudaranya/bapa saudaranya. Anak perempuan/anak lelaki suami si ibu adalah saudara perempuannya/saudara lelakinya. Yakni mahram kerana penyusuanHarus dia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

Namun tidaklah ia boleh mewarisi harta dari mereka kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
 
>>Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.Suami dan anak kandung ibu susuan tidak boleh manjadi wali kepada anak susuan kerana ia tidak termasuk dalam golongan wali nasab. Anak susuan itu juga tidak boleh dibinkan dengan bapa susuannya.



Hukum Menggunakan Ubat Atau Suntikan Untuk Mengeluarkan Susu Badan

Islam membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat Wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya Ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Namun, keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina. 


Oleh itu kepada ibubapa angkat atau pun mereka yang bakal mengambil anak angkat, jangan risau mengenai hubungan antara anak angkat dengan keluarga kita. Asalkan semua syarat di atas dipatuhi, maka si anak akan menjadi mahram kepada ibu dan bapa angkatnya. 

Monday, 1 September 2014

TWIN PROMO OGOS 2014 : MEALSHAKE & COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Setiap kali masuk bulan baru,pastinya semua tertunggu-tunggu promo apakah pada bulam tersebut kan?Hah,ambik ko..tak pernah lagi semenjak menjadi ahli shaklee bermula April 2013 ada double promo macam ni.

"RM0.00 Shaklee: Sept'14 Buy 6 Free 1 Promotion - Collagen Powder(00P210), 444UV. Place your order now! TQ"
RM0.00 Shaklee: Meal Shakes - Buy 3 Free 1(00P217), 93UV promotion from Sept till Oct'14. Place your order now! TQ"

"

Sangat bertuah,bulan september ni..sempena bulan kelahiran biha juga..hihi..



Meh biha story sikit kelebihan Mealshake & Shaklee Collagen Powder ni..

MEALSHAKE --------> MULTIVITAMIN
COLLAGEN POWDER--------> SUMBER KECANTIKAN


MEALSHAKE merupakan salah satu multivitamin lengkap yang mengandungi 24 jenis vitamin & mineral .

Mealshake pencetus selera anak-anak kita.

untuk keterangan lanjut tentang MEALSHAKE ni, boleh klik pada link ni ye : MEALSHAKE


Kembar kepada promo mealshake ialah  SHAKLEE COLLAGEN POWDER..
SCP ni memang terkenal untuk kecantikan..kenapa semua pakat nak ambil SCP ni??

sebabnya:
SEMUA NAK AWET MUDA
SEMUA NAK CANTIK...
Nak orang kata 'sweet seventeen' la ye..hihi...

banyak sebenarnya kelebihan-kelebihan SCP ni.InsyaallAh next entry biha akan citer lagi ye..Apepun korang boleh baca kt link ni dulu ye : SCP

CLICK HERE TO BUY

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'




KENAPA SUSU IBU CEPAT KERING

Alhamdulillah bulan September setiap tahun merupakan bulan istimewa buat Biha, sebabnya bulan ni adalah bulan yang menyebabkan mak terpaksa berpantang selama 40 hari selepas melahirkan anaknya yang ketiga ni. Terima kasih MakAyah atas bimbingan,tunjuk ajar ,pengorbanan & kesabaran dalam mendidik anakmu ini.Insyaallah akan ku balas jasa-jasa kalian.

Ok,berbalik kepada topik asal nak ceritakan pasal Susu Ibu (SI). Untuk pengetahuan,kami 8 beradik fully breastfed (fully bf) yang sangat mencabar sebabnya dalam 8 beradik ni,mak cerita hanya 2 orang sahaja yang minum EBM dalam botol. Bayangkan,tugas mak sebagai seorang guru dengan anak-anak yang kecil masa tu memang sangat memenatkan.Tambahan pula jarak antara kami semua hanyalah 2-3 tahun je. Borak-borak dengan mak bagaimana dia menguruskan masa untuk kerja sekolah,kerja umah & anak-anak sangat mencabar,tp Alhamdulillah kami memiliki ayahanda yang penyayang dan selalu menolong mak dikala mak kesibukan. Memang mak dah niat untuk fully bf anak-anaknya & Alhamdulillah Allah makbulkan.Mak dah terbiasa dengan mengepam susu untuk buat stok & sudah lali dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusu.

Biha tanya mak,bagaimana mak handle anak-anak mak yang refuse ebm dalam botol sewaktu mak pergi kerja? Dia cakap,setiap kali ada gap antara satu kelas dengan kelas yang lain,dia akan rushing untuk ke rumah pengasuh yang kebetulan semuanya dekat dengan sekolah mak untuk menyusu anak-anaknya.Nasib baik pengetua sekolahnya memahami situasi mak.hi hi..kesian mak kami. Bila Biha mengadu yang susu macam kurang,mesti mak cakap ,alah itu perkara biasa je sebab dia dah selalu alaminya. Kagum dengan mak. Tugas seorang guru yang agak sibuk tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyusukan anak-anaknya yang masih kecil.

Sudah imun dengan keadaan kekurangan susu adakalanya  membuatkan dia risau.Bukan mak saya je risau tapi saya pun risau bila kurang susu untuk menyusukan hero kecil saya ni. Tapi Alhamdulillah masih diberi rezeki yang melimpah untuk hero kedua biha yang diberi nama Rasyad yang akan memasuki umur 1 tahun setengah pada 9/9/2014 ni.. Another 6 months to complete my journey. Heheh..semoga dipermudahkan.
Muqaddimah yang agak panjang ni harapnya tidak memboringkan ye. Biha nak share something yang menjadi kerisauan ibu-ibu yang menyusu.Nak tahu ke APA? Semestinya perkara yang dibimbangi ialah apabila susu berkurang. Agak stress bila berlaku keadaan sedemikian, tapi biha buat-buat rilek je, kalau diikutkan stress tu kang langsung susu tak keluar,lagila tension kan?

Biha ada terbaca dalam blog perkongsian Dr.Zubaidi & beberapa lagi blog yang berkaitan penyusuan susu ibu. Susu kering /merudum adalah perkara normal bagi ibu-ibu yang baru lepas melahirkan. Its take a few days untuk memenuhi breast ibu. Jangan risau,lama-lama insyaallah susu akan beransur ada cumanya,ibu-ibu perlu pastikan anak-anak kecil disusukan.Untuk pengetahuan,bayi akan menyusu lebih kerap,dalam masa sehari,bayi perlu menyusu antara 10-12 kali .Bagi mengelakkan susu badan cepat kering,pastikan ibu-ibu mengamalkan konsep supply & demand..More demand,more milk to be supplied kan.. So,dari situ bila ada demand yang tinggi,automatik sel otak berhubung dan merangsang otak untuk mengeluarkan susu badan dengan banyak.Banyak penyebab yang menyebabkan susu Ibu menjadi kering.Antaranya ada disebut di atas tadi. Kekurangan /kekeringan susu ibu berkait rapat juga dengan pengambilan makanan dan minuman harian kita.Kekurangan air masak dalam badan akan menyebabkan susu badan akan cepat kering.

Banyakkan pengambilan air masak dalam diet harian,kalau boleh pastikan kita mengambil air masak 2-3liter dalam sehari.Kerapkan menyusukan bayi untuk menggalakkan pengeluaran susu yang meriah. Elakkan pengambilan kaffien yang banyak kerana ia juga akan memberi kesan kepada pengeluaran susu Ibu. Sebenarnya banyak lagi pantang-larang dalam penyusuan tapi ia tidak sedikitpun mematahkan semangat ibu-ibu yang menyusukan kerana khasiatnya berganda-ganda melebihi susu formula.

Itu semua antara penyebab kepada kekurangan susu Ibu.Insyaallah, biha akan kongsikan lagi info-info berkaitan dengan penyusuan untuk sama-sama kita pelajari..stay tuned!!!