Alhamdulillah bulan September setiap tahun merupakan bulan istimewa buat Biha, sebabnya bulan ni adalah bulan yang menyebabkan mak terpaksa berpantang selama 40 hari selepas melahirkan anaknya yang ketiga ni. Terima kasih MakAyah atas bimbingan,tunjuk ajar ,pengorbanan & kesabaran dalam mendidik anakmu ini.Insyaallah akan ku balas jasa-jasa kalian.
Ok,berbalik kepada topik asal nak ceritakan pasal Susu Ibu (SI). Untuk pengetahuan,kami 8 beradik fully breastfed (fully bf) yang sangat mencabar sebabnya dalam 8 beradik ni,mak cerita hanya 2 orang sahaja yang minum EBM dalam botol. Bayangkan,tugas mak sebagai seorang guru dengan anak-anak yang kecil masa tu memang sangat memenatkan.Tambahan pula jarak antara kami semua hanyalah 2-3 tahun je. Borak-borak dengan mak bagaimana dia menguruskan masa untuk kerja sekolah,kerja umah & anak-anak sangat mencabar,tp Alhamdulillah kami memiliki ayahanda yang penyayang dan selalu menolong mak dikala mak kesibukan. Memang mak dah niat untuk fully bf anak-anaknya & Alhamdulillah Allah makbulkan.Mak dah terbiasa dengan mengepam susu untuk buat stok & sudah lali dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu yang menyusu.
Biha tanya mak,bagaimana mak handle anak-anak mak yang refuse ebm dalam botol sewaktu mak pergi kerja? Dia cakap,setiap kali ada gap antara satu kelas dengan kelas yang lain,dia akan rushing untuk ke rumah pengasuh yang kebetulan semuanya dekat dengan sekolah mak untuk menyusu anak-anaknya.Nasib baik pengetua sekolahnya memahami situasi mak.hi hi..kesian mak kami. Bila Biha mengadu yang susu macam kurang,mesti mak cakap ,alah itu perkara biasa je sebab dia dah selalu alaminya. Kagum dengan mak. Tugas seorang guru yang agak sibuk tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyusukan anak-anaknya yang masih kecil.
Sudah imun dengan keadaan kekurangan susu adakalanya membuatkan dia risau.Bukan mak saya je risau tapi saya pun risau bila kurang susu untuk menyusukan hero kecil saya ni. Tapi Alhamdulillah masih diberi rezeki yang melimpah untuk hero kedua biha yang diberi nama Rasyad yang akan memasuki umur 1 tahun setengah pada 9/9/2014 ni.. Another 6 months to complete my journey. Heheh..semoga dipermudahkan.
Muqaddimah yang agak panjang ni harapnya tidak memboringkan ye. Biha nak share something yang menjadi kerisauan ibu-ibu yang menyusu.Nak tahu ke APA? Semestinya perkara yang dibimbangi ialah apabila susu berkurang. Agak stress bila berlaku keadaan sedemikian, tapi biha buat-buat rilek je, kalau diikutkan stress tu kang langsung susu tak keluar,lagila tension kan?
Biha ada terbaca dalam blog perkongsian Dr.Zubaidi & beberapa lagi blog yang berkaitan penyusuan susu ibu. Susu kering /merudum adalah perkara normal bagi ibu-ibu yang baru lepas melahirkan. Its take a few days untuk memenuhi breast ibu. Jangan risau,lama-lama insyaallah susu akan beransur ada cumanya,ibu-ibu perlu pastikan anak-anak kecil disusukan.Untuk pengetahuan,bayi akan menyusu lebih kerap,dalam masa sehari,bayi perlu menyusu antara 10-12 kali .Bagi mengelakkan susu badan cepat kering,pastikan ibu-ibu mengamalkan konsep supply & demand..More demand,more milk to be supplied kan.. So,dari situ bila ada demand yang tinggi,automatik sel otak berhubung dan merangsang otak untuk mengeluarkan susu badan dengan banyak.Banyak penyebab yang menyebabkan susu Ibu menjadi kering.Antaranya ada disebut di atas tadi. Kekurangan /kekeringan susu ibu berkait rapat juga dengan pengambilan makanan dan minuman harian kita.Kekurangan air masak dalam badan akan menyebabkan susu badan akan cepat kering.
Banyakkan pengambilan air masak dalam diet harian,kalau boleh pastikan kita mengambil air masak 2-3liter dalam sehari.Kerapkan menyusukan bayi untuk menggalakkan pengeluaran susu yang meriah. Elakkan pengambilan kaffien yang banyak kerana ia juga akan memberi kesan kepada pengeluaran susu Ibu. Sebenarnya banyak lagi pantang-larang dalam penyusuan tapi ia tidak sedikitpun mematahkan semangat ibu-ibu yang menyusukan kerana khasiatnya berganda-ganda melebihi susu formula.
No comments:
Post a Comment