Tuesday, 2 September 2014

HUKUM MENYUSUKAN ANAK ANGKAT

Pagi tadi berbicara dengan seorang teman sewaktu menuntut di UIAM 3 tahun lepas.Kawan saya tu sudahpun mempunyai 2 orang anak kandung & telah mengambil seorang anak angkat. Biha bertanya kepadanya kenapa ambil anak angkat tu? Dijawabnya kerana dia memjumpai bayi tersebut di tepi masjid seketika kawan saya dan suaminya ke masjid untuk menunaikan solat subuh..Allahuakbar, Maha suci Allah yang membuka pintu hati sahabat saya untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat..
Banyak lagi yang kami bicarakan,tetapi panjang sangatla nak ceritakan di sini cumanya yang nak ditekankan bila Allah membuka hati hambanya untuk mengasihani orang lain. Semoga kita semua diberi kebaikan hati sedemikian. Dalam entry ni biha nak share SYARAT & HUKUM MENYUSUKAN ANAK ANGKAT


Menyusukan Anak Angkat - Syarat dan Hukum
Masalah infertility ataupun ketidaksuburan merupakan salah satu penyebab seseorang itu mengambil anak angkat


Pada zaman sekarang, ramai pasangan yang mengambil anak angkat malah trend mengambil anak angkat juga berlaku pada mereka yang masih bujang tak kira lah lelaki atau perempuan. Kat Malaysia, pengambilan anak angkat berjantina lelaki dan perempuan hanya dibolehkan kepada wanita bujang manakala bagi lelaki bujang hanya anak angkat lelaki sahaja dibenarkan.

Bila mengambil anak angkat ni timbul masalah iaitu hubungan antara anak dan ibu bapa angkatnya. Hanya ada satu jalan supaya hubungan antara anak dan ibu bapa angkatnya boleh menjadi mahram. Iaitu dengan cara menyusui anak tersebut dengan susu badan. Syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak ialah:

Bilangan penyusuan hendaklah dengan lima kali penyusuanSusu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayiUmur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut pengiraan bulan qamariahUntuk syarat pertama, penyusuan hendaklah lima kali penyusuan yang berasingan. Setiap kali penyusuan mestilah mengenyangkan bayi (maksud untuk syarat kedua iaitu susu yang dihisap sampai ke perut bayi). Cara nak tahu bayi tersebut kenyang biasanya apabila bayi itu kelihatan puas dengan penyusuan atau berhenti dengan sendiri akibat kekenyangan. Biasanya apabila bayi sendawa dan tertidur menandakan dia kekenyangan. Tetapi jika bayi berhenti menyusu untuk sendawa mengeluarkan angin kemudian menyambung semula penyusuan itu tidak dikira sebagai dua kali penyusuan kenyang. Sama juga jika menukar payudara ketika penyusuan, ini juga dikira sebagai sekali penyusuan.


Tiada Susu Ibu Untuk Menyusukan Bayi
Pada masa kini ibu bapa angkat sudah ramai yang sedar akan kepentingan menyusukan bayi angkat mereka dengan susu ibu supaya bayi menjadi mahram mereka. Namun timbul masalah apabila si ibu angkat tidak mempunyai susu ibu untuk menyusui bayi.

Firman Allah “Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”- al-Baqarah:233
“…kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” ( At-Thalaaq : 6 )


 Ibubapa angkat boleh melakukan inisiatif seperti di bawah jika timbul permasalahan ini:
>>Jika bayi itu adalah lelaki, si isteri boleh mengupah adik beradik perempuannya menyusukan bayi tersebut. Maka bayi itu akan menjadi anak susuan kepada adik perempuan atau kakak si isteri. Semua anak kepada adik beradik si isteri adalah mahramnya. Tetapi tidak menjadi mahram kepada suami dan adik beradiknya. Penjagaan hanya kepada batasan aurat lelaki(bayi itu) dengan lelaki(suaminya) sahaja.Jika bayi itu adalah perempuan, si isteri boleh mengupah adik beradik perempuan suaminya menyusukan bayi tersebut. Maka bayi tersebut akan menjadi anak susuan kepada adik perempuan suami atau kakak si suami. Semua anak kepada adik beradik si suami adalah mahramnya. Tetapi tidak menjadi mahram kepada si isteri. Penjagaan hanya kepada batasan aurat perempuan(bayi itu) dengan perempuan(si isteri) sahaja.Oleh yang demikian untuk memudahkan menjaga hubungan kekeluargaan(mahram) ialah dengan bayi lelaki atau perempuan itu disusukan oleh salah seorang dari adik beradik perempuan si isteri dan juga disusukan oleh salah seorang adik beradik perempuan si suami. Maka bayi itu boleh menjadi mahram kepada si isteri dan juga kepada si suami serta adik beradik mereka berdua.

Tujuan Menyusui Anak Angkat

Apabila bayi disusui oleh seorang wanita maka wanita itu akan menjadi mahram bayi tersebut. Hubungan anak itu dengan keluarga ibu susuan adalah sebagaimana hadith Nabi saw; 

“Diharamkan kerana penyusuan sama seperti orang-orang yang diharamkan kerana nasab” – HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a


Ini bermakna anak itu menjadi mahram kepada ahli keluaga si ibu. Suami si ibu adalah bapanya, Ibu suami adalah neneknya, kakak/abang suami si ibu adalah ibu saudaranya/bapa saudaranya. Anak perempuan/anak lelaki suami si ibu adalah saudara perempuannya/saudara lelakinya. Yakni mahram kerana penyusuanHarus dia berduaan dengan mereka jika aman fitnah dan haram ke atasnya mengahwini mereka. Aurat mereka di hadapannya sama seperti aurat mereka di hadapan mahram-mahram yang lain.

Namun tidaklah ia boleh mewarisi harta dari mereka kerana hak perwarisan dalam Islam hanya sabit dengan tiga faktor sahaja iaitu;
 
>>Kerana nasab; iaitu hubungan keturunan dan kekeluargaan.Kerana perkahwinan; iaitu hubungan antara suami dan isteri.Kerana wala'; iaitu hubungan antara hamba dan bekas tuannya.Suami dan anak kandung ibu susuan tidak boleh manjadi wali kepada anak susuan kerana ia tidak termasuk dalam golongan wali nasab. Anak susuan itu juga tidak boleh dibinkan dengan bapa susuannya.



Hukum Menggunakan Ubat Atau Suntikan Untuk Mengeluarkan Susu Badan

Islam membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat Wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya Ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Namun, keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina. 


Oleh itu kepada ibubapa angkat atau pun mereka yang bakal mengambil anak angkat, jangan risau mengenai hubungan antara anak angkat dengan keluarga kita. Asalkan semua syarat di atas dipatuhi, maka si anak akan menjadi mahram kepada ibu dan bapa angkatnya. 

No comments:

Post a Comment