Wednesday, 18 March 2015

Jadi lelaki "LEMBUT" akibat minum soya

Banyak je timbul isu bila pihak SHAKLEE mengumumkan promo bulanan.Ada je yang tak kena kan?Pelik la manusia ni,sengaja nak cari kesalahan orang lain tanpa sebarang bukti yang kukuh.Jangan main-main untuk sebarkan sesuatu yang tidak betul ye nantikan disaman oleh pihak shaklee baru korang tau.hehe..

Ok,berbalik pada promo bulanan tadi, as all knows kan bulan ni seluruh rakyat Malaysia boleh mandi-manda dengan ESP.Tahu ke ESP tu short form untuk apa? Mai Biha habaq kat korang,ESP tu short form untuk Energizing Soy Protein yang memang menjadi hot selling item shaklee.Sebab itula Shaklee offer promo ESP sebabnya nak semua orang rasai kehebatan ESP tu sendiri.Tak nak cakap banyak, dengan Promo offer ni memang bertuah betul customer sebab harga jauh lebih rendah dari asal (Harga asal :RM150), of course lah time offer ni harga bukan RM150 kan..The answer is below RM150.Kalau nak tahu,cepat-cepat hubungi Biha.

Bila dah tahu je promo bulanan shaklee ESP (untuk bulan Mac ni),tersangat ramailah "keyboard" worriors yang menjadi saintis dengan mengatakan soya itu bahaya,soya itu boleh menukarkan sesorang yang maskulin kepada lelaki lembut (pondan).Itu semua tuduhan tanpa fakta yang jelas.Buat ibu-ibu diluar sana yang berniat untuk bagi anak anda minum ESP,jangan risau ESP shaklee ni selamat .Anak korang tak akan bertukar "jantina" pun.See....


Rata-rata ada para ibu yang confuse atau curious betul atau tidak soy foods ni bole effect pada anak/bayi mereka. Ada jugak yang kata soy protin (or any soy foods) ni boleh ubah hormon anak especially anak lelaki.. takut jadik lembut lak.. so yang ni saya extract dari website Shaklee yang proven with CLINICALLY STUDIES.

Childhood Development
Asian women have been consuming soyfoods for centuries without any apparent adverse effects in the offspring.  In pregnant women who consume soy, isoflavones are transferred to the fetus.

However, levels of the hormone estrogen are incredibly high compared to the small amounts of isoflavones in the womb or amniotic fluid. As a result, IT'S NOT LIKELY THAT ISOFLAVONES WOULD HAVE ANY TYPE OF ESTROGENICE EFFECT ON THE GROWING FETUS. Very little soy research has involved children or young people although several studies have found that adding soyfoods to the diet allows for normal growth and development.  

Two studies, one in teenage boys and another in children 5 to 12 years of age, found that isoflavones DID NOT EXERT ESTROGEN-LIKE EFFECTS OR PRODUCE ANY ABNORMALITIES. Also, according to the American Academy of Pediatrics, soy infant formula leads to normal growth and development; furthermore, their position is that there is negligible (the safest possible rating) concern about thesafety of soy infant formula.  

Finally, one advantage of consuming soy early in life may be protection against breast cancer. Epidemiologic studies show that consuming approximately one serving of soy per day during childhood and/or adolescence REDUCES BREAST RISK CANCER later in life by as much as 50 PERCENT.

Mark Messina, PhD
----------------------------

Rabihah Muhamad
Shaklee ID [ No : 906559]
Contact No : 012-9495513
Email : kamikamuvitamin@gmail.com
Like my Fanpage: 
https://www.facebook.com/ourhealthsolutions

Tuesday, 17 March 2015

Tempat wajib dituju bagi setiap orang WAHM

WAHM? Work at Home Mom....yeayyy....saya rasa setiap wanita yang bekerjaya mesti teringan nak jadi wahm kan? Tapi tak semua orang terpilih untuk menjadi seorang wahm..

Setiap hari saya akan me sini untuk pos kan order-order dari customers..

Inilah antara kegiatan wahm tiap2 hari kat rumah selain dari melayan kerenah anak-anak dan Mr.Hubby yang tersayang kan? Bangun pagi bersama anak-anak..indahnya dapat besarkan anak depan mata sendiri..

Time management bagi seorang wahm yang juga seorang student macam saya ni sangatlah padat. Tapi Alhamdulillah Allah dah tetapkan dan kurniakan hubby yang cukup memahami..So,hargailah suami anda...dan keluarga anda.Keluarga sangat2 memainkan peranan dalam menentukan kejayaan seseorang..

Berbalik pada cerita wahm td...Jangan pandang rendah pada suri rumah ye. Suri rumah pun mampu menggemgam 3,4,5 angka sebulan..tapi semuanya terpulang kepada diri sendiri..Saya memang berimpian untuk mendapat income 5 angka hanya dari rumah..Insyaallah semoga saya berjaya seperti mereka-mereka yang cekal itu.Aminnnn....Doakan saya sentiasa dimurahkan rezeki..

Bila kita tolong orang,Insyaallah Allah akan tolong kita kembali..

Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut ,bagaimana nak jana income 3,4&5 angka hanya dari rumah...boleh whatsapp Biha (012-9495513). Kita sembang-sembang ilmu...

Sunday, 1 March 2015

PROMO MAC 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca blog Biha.Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah masuk bulan ketiga bagi tahun 2015 ni.Cepat sangat masa berlalu,alangkah indah jika berlalunya masa,berlalunya usia tetapi ilmu yang ada di dalam dada kita kian bertambah..tp apakan daya kekangan masa untuk menuntut ilmu membataskan keadaan kita.

Sudah lama rasanya tidak 'mengupdate' apa-apa kt blog ni.Dek kesibukan seorang WAHM ditambah lagi dengan kesibukan menjadi seorang palajar,apabila terlalu banyak komitmen yang kita ada, time management tersangatlah penting supaya kehidupan kita tidak berkucar-kacir..

Untuk entry kali ni,Biha just nak share PROMO best yang telah ditetapkan oleh pihak shaklee & sememangnya promo kali ini sangat bermakna bagi pencinta 'soya'...( ..kan dah ada hint tu...hihi), TRIPLE PROMO kali ini mendatangkan 3 produk yang berlainan & salah satunya ialah BEST SELLER product shaklee.Kalau tak percaya,cuba tanya kengkawan/sedara-mara yang pernah consume produk shaklee.sememangnya ESP kegilaan & menjadi pujaan ramai tersenyum lebar apabila ESP termasuk dalam 3 produk yang dipromokan pada bulan ini.

Yezzzaa....
Ini dia PROMO MAC'15 

ESP Buy 6 Free 1
ESP Twin Pack
Zinc Buy 3 Free 1
Vitalea For Kids Buy 3 Free 1


Haaa,tu dia promo best bulan ni...Kalau ada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk shaklee,boleh terus hubungi Biha di 012-3435513..Penghantaran ke seluruh Malaysia

Saturday, 31 January 2015

Keperluan atau kehendak?

Setiap ibu bercita-cita untuk menyusukan bayi mereka. Kalau boleh, kalau dapat sehingga si kecil berusia dua tahun. Malah ada yang bercita-cia untuk menyusukan si kecil selama mana yang si kecil mahu. Tahniah ibu-ibu! Saya berbangga kalian telah membuat keputusan itu. Membuat keputusan untuk menyusukan si kecil adalah langkah pertama yang diambil oleh setiap ibu. Bagaimana untuk menjayakannya merekupakan langkah seterusnya.

Gambar dari arkib Cik Yut!

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan langkah pertama si ibu berjaya diteruskan atau tidak. Disebabkan kebanyakan ibu sekarang adalah ibu-ibu yang bekerjaya, masalah utama mereka ialah mampukah mereka meneruskan penyusuan apabila mereka  kembali bekerja. Rata-rata ibu memilih penggunaan pam. Sama ada pam manual atau pun pam automatik.

Gambar contoh - diambil dari PakCik Google

Adakah penggunaan pam ini wajib? Adakah ia sesuatu yang sangat diperlukan atau sesuatu yang mengikut kehendak semasa? Adakah ibu-ibu memahami mengapa perlunya pam? Atau ikutan dari teman-teman sekeliling?

Pam ibarat alat bantuan sokongan. Ia bukanlah barang wajib/mesti ada untuk setiap ibu. Sebelum mendapatkan pam, ibu-ibu perlu tahu mengapa mahu menggunakan pam. Acapkali saya berpesan kepada ibu-ibu untuk benar-benar mengosongkan payudara.

Dan ibu-ibu pula akan bertanya, "Bagaimana hendak mengosongkan payudara? Perlukah saya membeli pam?".

Jawapan saya kepada ibu-ibu, " Ibu tidak perlu membeli pam. Memadai dengan menggunakan tangan sahaja!".


Pastinya ramai ibu yang memilih tidak mahu menggunakan tangan atas pelbagai alasan. Ya, saya hormati keputusan ibu. Ibu lebih tahu bagaimana rutin seharian. Sibukkah, sempatkah, hanya ibu yang tahu. Tidak saya. Ada ibu yang mampu untuk melakukan perahan menggunakan tangan, ada ibu yang kurang yakin, merasakan mereka kurang mampu untuk melakukannya. Apabila terdapat ibu yang kurang yakin, saya tidak mahu memaksa, tetapi saya akan ajar sekiranya ibu mahu tahu mengenainya. 

Sekiranya ibu lebih yakin dengan menggunakan pam, sudah faham keperluan penggunaannya, saya hormati pendirian ibu. Saya tidak mahu memaksa sehingga boleh membantutkan usaha penyusuan kepada si kecil. Apa yang penting bagi saya ialah si ibu dan si kecil masing-masing gembira. Tiada apa yang lebih menggembirakan saya apabila melihat si ibu berjaya menyusukan si kecil!

Baik, adakah ibu-ibu sudah nampak sama ada pam itu perlu atau kehendak nafsu? :) Kejayaan penyusuan tidak datang dari pam yang canggih, atau pam yang mahal. Tetapi datang dari usaha dan kerajinan ibu-ibu. Sekalipun ibu hanya memerah menggunakan tangan, jika ibu rajin InsyaAllah ia tetap berjaya. Begitu juga sekiranya telah menggunakan pam paling mahal atau berjenama, sekiranya ibu kurang rajin dan berusaha, keputusannya pasti mengecewakan. 

Selamat meneruskan penyusuan bersama si kecil!


Apa? Mahukan kelas Marmet?? Oh... saya akan fikirkan tarikhnya. Boleh cadangkan kepada saya ya! 

Friday, 30 January 2015

Kenapa perlu memerah susu?

Seringkali ibu-ibu bertanya kepada saya, 

"Berapa kerap perlu saya perah susu di pejabat?"
"Boleh tak saya nak perah dua kali sahaja?"

Kadang-kala, ada pertanyaan yang membuatkan saya mengusik kepala atau mengerutkan dahi. Ada juga kadangkala membuatkan saya tergelak sendirian sehingga menampakkan barisan gigi saya yang cantik.

Persoalan utama ialah, adakah ibu-ibu tadi faham mengapa, kenapa mereka perlu memerah kilang membuat susu untuk si kecil mereka? Adakah mereka terikut-ikut dengan situasi semasa, atau faktor sekeliling? 

"Oh, teman sekerja saya memerah untuk bayinya, jadi saya juga mahu ikut memerah!"

Saya sebenarnya bukan jenis yang kompleks. Saya sendiri akan bermasalah untuk memahami perkara yang kompleks melainkan ia dapat diterangkan secara ringkas tapi dapat difahami. 


Baiklah, teruskan pembacaan kalian.


Situasi di rumah :
Bayi bersama anda. Hanya menyusu secara terus dengan anda. Anda bersama bayi selama 24 jam. Berapa kali si kecil menyusu dengan anda?

Sekiranya anda telah memahami rutin si kecil, ini sememangnya memudahkan kerja. Kita andaikan si kecil menyusu setiap 2 jam sepanjang hari. Oleh itu, si kecil telah menyusu sebanyak 12 kali apabila ibunya berada di rumah sepanjang hari.


Situasi di tempat kerja :
Anda kebiasaanya akan mengambil masa sehingga 10-12 jam untuk masa berkerjanya (ini sudah termasuk kiraan perjalanan pergi dan balik dari rumah ke tempat kerja) Mungkin ada ibu yang bekerja lebih dari tempoh ini. Kalau mengikut rutin si kecil, berapa kali patut si kecil menyusu dalam tempoh ini? Ya, lebih kurang 5-6 kali, atau lebih (bergantung dengan tempoh anda bekerja)


Jadi, sudah nampak mengapa anda perlu memerah susu? Tidak lain tidak bukan, untuk memastikan proses penghasilan dan pengeluaran masih mengikut jadual aturan kilang (payudara)!

Sudah rutinnya produksi kilang untuk menghasilkan susu mengikut rentak si kecil. Sekiranya rutin itu diganggu, penghasilan dan pengeluaran akan turut terganggu!


Sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh diajukan melalui email di kamikamuvitamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp/Telegram ke 012-9495513.

Thursday, 29 January 2015

Saiz payudara dan penyusuan

Saiz payudara dan penyusuan, adakah ia faktor utama dalam menjayakan penyusuan? Adakah saiz besar mempunyai susu yang banyak dan saiz yang kecil tidak mempunyai susu?


Tidak, saiz payudara bukan faktor utama dalam kejayaan penyusuan. Ya, seringkali kita dimomokkan dengan ayat berikut "Oh, tetek kau kecil, sebab itu tak banyak susu!" atau dengan ayat ini "Patutla susu kau banyak, tetek kau besar!". Secara fisiologi, saiz payudara yang besar disebabkan oleh lemak yang banyak yang mengelilingi duktus dan kilang susu. Payudara yang kecil ialah disebabkan lemak yang sedikit.

Jadi, apakah faktor yang kejayaan penyusuan?

1. Keinginan dan kesungguhan
Tanpa ada rasa ingin, ia pasti tidak akan berlaku. Tanpa ada rasa sungguh, pastinya kecundung di tengah jalan. Sekalipun kita sudah nekad mahu menyusukan si kecil selama 2 tahun, namun pelbagai rintangan dan cabaran akan dihadapi. Sekiranya si ibu tidak sabar, maka impian itu akan terkubur.

2. Belajar teknik penyusuan yang betul
Ada yang kata, menyusukan si kecil ini senang. Ya, senang apabila kita sudah mengetahui tekniknya. Disebabkan tidak mahu tahu bagaimana cara menyusu yang betul, ramai ibu mengalami kesakitan semasa menyusukan. 

3. Sentiasa POSITIF
Ya, si ibu perlu sentiasa positif. Buat-buat positif pun takpe. Yang penting tiada getaran negatif dalam diri si ibu. 

4. Support dari sekeliling
Si ibu tadi perlu mendapatkan bantuan dari orang sekeliling. Terutamanya suami. Kalau dapat bantuan dari jiran tetangga pun lebih baik. Jangan segan untuk mendapatkan bantuan sekiranya anda mengalami masalah. 

5. Sentiasa berdoa
Mohon dari Pencipta supaya dipermudahkan proses penyusuan ini. Supaya dapat si ibu menyusukan si kecil selama mana yang si ibu dan bayi mahukan.


Setiap kali pergi melakukan home visit, saya selalu berkata kepada si ibu, hanya satu perkara yang saya susah nak pastikan ada atau tidak, banyak atau sedikit, iaitu Kilang susu! Ya la kan... Mana ada alat nak X-ray dan-dan kat payudara kan.. So, kalau saya picit, ada terbit susu, maka adalah susunya itu. Kemudian kita akan terangkan konsep 'demand & suppley' kepada ibu tadi.

Wednesday, 28 January 2015

Memahami kepentingan untuk mengepam

Alhamdulillah. Syukur. Semakin ramai ibu-ibu sudah menyedari kepentingan penyusuan. Ya, ramai yang sudah mengetahui khasiat dan kebaikannya penyusan ibu terhadap ibu, terhadap si anak dan juga terhadap keluarga. Namun disebalik ramai ibu yang sudah menyusukan, berapa ramai pula ibu yang benar-benar mahu menyusukan kerana memahami kepentingan ini? Berapa ramai pula yang menyusukan kerana terikut-ikut dek kerana ramai rakan di tempat kerja mereka menyusukan anak mereka dan mereka takut dikatakan ibu yang jahat?

Disebabkan itu, ramai juga ibu yang tidak memahami sepenuhnya mengapa perlu untuk memerah susu di tempat kerja atau pun apabila mereka berada jauh dari si kecil. Walaupun saya sering menekankan untuk menyusukan secara terus untuk mengekalkan ikatan (bonding) di antara si ibu dan si anak, namun apabila si ibu berjauhan dari si kecil, proses penghasilan dan pengeluaran susu harus tetap berlaku bagi memastikan ia tidak terhenti dan seterusnya menyebabkan gangguan terhadap penghasilan dan pengeluaran susu.


Kenapa perlu memerah?
Bayangkan anda berada 24jam dengan si kecil dan si kecil menyusu setiap 2 jam. Jadi berapa kali penyusuan berlaku dalam sehari? Ya,ia berlaku sebanyak 12 kali. Dan proses ini telah berlaku selama 1 bulan. Dan otak manusia yang pintar itu telah merakam keadaan ini dan menjalankan proses secara automatik. Setiap 2 jam susu telah tersedia untuk diminum oleh si kecil.


Dan kemudian, si ibu kembali bekerja. Dari jam 7 hingga 6 petang, waktu si ibu bergerak keluar dan kembali semula ke rumah. Berapa jam sudah berlalu? Hampir 12 jam. Dan si kecil sudah kehilangan 6 kali waktu menyusunya. Proses yang berlaku sebelum ini terganggu. Dan si ibu pula hanya memerah sebanyak 3 kali sepanjang tempoh itu. Dan apa yang berlaku selepas itu?! Si ibu mula mengalami enggorgement. Dan apabila keadaan ini berulang ulang sepanjang minggu, FIL. Berlaku dan menyebabkan penghasilan susu tidak lagi berlaku setiap 2 jam. Ia akan mengikut tempoh baru yang dibuat oleh si ibu tadi.

Langsung, apa yang akan berlaku lagi? Ya, si ibu mendapati penghasilan susunya terganggu dan ia semakin berkurangan. Ia sebenarnya kurang disebabkan otak mendapat signal bahawa si kecil tidak lagi menyusu setiap 2 jam, tetapi si kecil hanya menyusu setiap 4 jam. Jadi perubahan ini yang menyebabkan penghasilan tidak sekerapa sebelum ini.

Ya, tidak semua ibu mampu untuk memerah setiap 2 jam. Namun, sekiranya si ibu berkesempatan untuk melakukan sekerapnya, lakukanlah. Proses memerah itu ibarat waktu si kecil menyusu, dan bayangkan juga si kecil ada bersama anda ketika sesi memerah itu supaya si ibu lebih tenang dan ia dapat membantu melancarkan pengeluaran susu.

Sampai di sini dahulu! Salam sayang buat semua ibu!