Alangkah sedihnya hati si ibu kalau anaknya taknak minum susu perahannya (EBM ialah Expressed Breast Milk - susu bdan yg diperah / dipam).
Ibu nak kongsikan antara email yang ibu terima.... buat Biha, terima kasih kerana sudi menghantar email dan meminta pendapat akak walaupun akak bukan yang ada title C namun akak cuba membantu sedaya yang mungkin.
Biha merupakan seorang ibu yang mempunyai masalah apabila anaknya refuse untuk minum susuibu atau susu perahan. Memang ramai yang berkata, oh jangan sedih atau susah hati, teruskan berdoa. InsyaALLAH nanti anak nak minum susuibu atau ebm semula.
Memang mudah untuk kita berkata-kata namun perasaan si ibu pastinya gundah gulana. Bayangkan bila si ibu meletakkan usaha untuk memerah di pejabat namun sayangkan si anak tidak mahu minum dan hanya mahu susu formula. Apabila ini terjadi pasti ada ibu yang tertanya-tanya adakah susu formula lebih sedap dari susuibu?
Hakikatnya si anak tadi sudah terbiasa dengan susu formula. Macam kita juga, kalau dah biasa minum Milo pekat tetiba dapat Milo cair....adakah kita akan minum sama seperti kita minum Milo pekat? Sudah pasti kita hanya minum sedikit atau mungkin akan habiskan jika dah terlalu dahaga.
Apa yang si ibu boleh lakukan agar si anak kembali mahu minum susu perahan si ibu?
Petua lama yang saya belajar ialah dengan menghadiahkan si anak tadi bacaan Al fatihah. Ini boleh dipraktikkan oleh muslim sahaja.
Bagi ibu yang mempunyai masalah anak menolak susuibu....boleh cuba amalkan membaca surah Al Fatihah setiap kali sesudah solat waktu. Niatlah bahawa Fatihah ini untuk anak ................ (nama penuh anak),
berdoalah :
Bismillah hir rahman nir rahim. Ya ALLAH dengan rahmatMu berkat surah Al Fatihah ini Ya ALLAH, Engkau bukakanlah selera minum anakku supaya dia mahu dan seronok untuk minum susu ku yang telah kuperah untuknya YA ALLAH.
InsyaALLAH segala usaha yang dicurahkan akan membuahkan hasil jika kita sabar dan istiqamah.
Sesungguhnya ujian itu datang dari ALLAH, maka kepada ALLAH jua ia kembali.
Hubungi saya di 012-9495513 untuk dapatkan set trial pack shaklee untuk 30 hari hanya dengan tawaran harga serendah RM80 sahaja.
Salam kasih sayang :)
No comments:
Post a Comment