Sunday, 10 November 2013

Adakah Shaklee Sejenis MLM Yang Mematuhi Syariah (Syariah-Compliant) ?

*Entri kali ini adalah purely copy paste dari perkongsian seorang sahabat di blognya (Credit to Farihah Abu Kasim). Semoga bermanfaat

"Dulu-dulu... saya amat skeptikal dengan MLM. Dulu-dulu... sekarang? Hehe.. Saya pulak jadi leader MLM. Pelik kan? MLM di Malaysia sebenarnya disalah ertikan seolah-olah semuanya skim piramid yang menganiaya downline. Itu jugalah pemahaman saya dulu. Kalau jadi upline, sentiasa kaya, kalau jadi downline, sampai bila-bila akan menyumbang kepada upline.

Menyertai Shaklee, sebab saya suka produknya. Bila kaji sistem, alhamdulillah.. MLM yang sangat adil. Walaupun upline, tapi kalau malas buat sales, memang tak kemana. Untuk Shaklee, bisnes ini berdasarkan sales. Ada 100 downlines pun kalau sales 0, memang tak dapat apa-apa. Berbeza dengan sesetengah MLM, kalau register orang, dapat imbuhan,kan? pernah tak tahu? Sebab tu kita kena tahu apa yang kita buat. Jangan masuk sebab tengok orang berbondong-bondong masuk. Jangan! itu salah!"

Ok, cerita panjang-panjang ni, jom semak kriteria MLM patuh syariah yang digariskan oleh Ustaz Zaharuddin. Artikel penuh boleh baca di sini :


1. Harga tinggi dari biasa
Produk Shaklee ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Contoh paling asas. Multivitamin Shaklee ditawarkan dengan harga RM81 untuk 120biji iaitu RM0.70 sebiji. Malah, harga ahli adalah lebih rendah.



2. Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.
Tiada barangan haram dalam Shaklee. Semuanya mendapat pengiktirafan halal. Tiada paksaan pembelian atau penggunaan. 



3. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). 
Produk Shaklee dikenali lebih 60tahun sangat berkualiti berasaskan penyelidikan. Sains Shaklee menjamin produknya SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. Baca selanjutnya di sini



4. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. 
Tiada penjualan emas dan perak dalam Shaklee.



5. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
Ya. Ini berlaku secara adil dalam Shaklee. Tanpa usaha, anda tidak mendapat hasil. Jangan harapkan kuantiti anak, tetapi juga perlu menitikberatkan kualiti :)



6. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
Tiada apa komisen atau bonus yang diberikan sekiranya ahli yang ditaja tidak membuat pembelian. Dia hanya bergelar ahli / downline kita sahaja, tanpa apa-apa hasil yang didapati selagi tiada belian dibuat.



7. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?
Dalam Shaklee, leadership bonus hanya layak sehingga ke level 6, tidak lebih dari itu. Coaching, motivasi, pengisian atau apa-apa bentuk bimbingan bagi kumpulan kami adalah 24/7 melalui FB group. Mudah & praktikal.


9. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
"Siapa kerja lebih, dia dapat lebih" Ini adalah sistem dalam Shaklee. Ianya terbukti apabila terdapat downline yang naik pangkat lebih cepat dari upline dan ada juga downline yang menjana pendapatan lebih besar dari upline. Menjadi upline TIDAK menjamin seseorang itu sentiasa kaya, sentiasa untung.


10. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Buku manual pemasaran & etika perniagaan dibekalkan bersama starter kit. Setiap yang tertakluk adalah tetap. Jika terdapat tawaran baru yang ditawarkan untuk tempoh tertentu (6 bulan contohnya), pamplet dan surat pekeliling akan dikeluarkan & majlis penjelasan mengenai insentif berkenaan akan diadakan oleh pihak Shaklee.
  

11. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi
Ya. Nisbah perkongsian dan keuntungan dijelaskan dalam manual perniagaan secara jelas.



Semoga entri ini dapat memberi pencerahan kepada mereka yg masih ragu-ragu dengan 'status' bisnes Shaklee ;)


Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel: 012-9495513
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui pos. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

No comments:

Post a Comment