Assalamualaikum & Selamat Pagi.
Semoga sihat-sihat semua :)
Hujan renyai-renyai,mungkin gelombang kedua banjir di sini.. Bestnya kalau boleh sambung tido,tp banyak benda yg perlu disiapkan. Time anak-anak tido ni,rasa x menang tangan nak mengemas,nk lipat kain baju & lain-lain..tak tau nk tulis apa pagi ni,nape ye idea dan mood hanyut ntah ke mana..hiihi..
X pe,just wanna share something yang biasa orang hadapi..u know what??? Ofkos la gastrik, teringat mak saya,dia selalu gak sakit gastrik, bila lambat makan atau perut terlalu kosong..Bila perut kosong,perut masuk angin then dalam tu la ada gelombang tsunami :) hihihi... Alhamdulillah,saya suggestkan mak saya ambil ESP, sekarang dengan izin Allah dah ok..banyak la kalau nk kongsikan testimoni dari makayah saya :)
Tapi harini,hanya nak kongsikan pasal GASTRIK dulu ye..sebelum tu,meh kita kenal-kenal dulu apa itu Gastrik?Bahaya ke gastrik jika x dibendung?
Apa itu gastrik
Apa Punca Gastrik ni??
Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.
Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.
Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang.
Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.
Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut.
Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.
Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan.
Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.
Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.
Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.
Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.
Gejala Gastrik

- Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
- Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.
- Mual.
- Muntah.
- Hilang selera dan terasa sebu.
- Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit.
- Hilang berat badan.
- Pedih ulu hati.
Bahaya Gastrik
jika keradangan ini dibiarkan tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh menyebabkan ulser.
Pengalaman pesakit gastrik |
Petikan di atas merupakan pengalaman pesakit gastrik yang lambat menerima rawatan sehingga pundi hempedunya terpaksa dibuang.
Cara Mengawal/Menangani Gastrik
Lazimnya, gastrik dirawat dengan pil yang membantu mengurangkan simptom angin dalam badan dan pengambilan prebiotik yang mengandungi beberapa jenis bakteria baik yang melawan Helicobacter pylori tadi.
BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik, iaitu:
- Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.
- Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
- Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
- Elakkan tidur sebaik selepas makan. Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2 kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,
- Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.
- Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
- Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
- Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.
- Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
- Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
- Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit
Bagaimana Shaklee boleh membantu?
B Complex dan Ostematrix untuk Gastrik |
Testimoni pengguna Set 3 Gems semasa puasa |
Jika anda sering mengalami masalah perut berangin yang menyumbang kepada masalah gastrik, kita syorkan B Complex,Ostematrik dan ESP untuk membantu mengurangkan gejala ini. ESP merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukosa secara perlahan. maka asid perut sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelak kepada masalah kembung dan gastrik. B Complex dan Ostematrix pula disarankan kerana kandungan supplemen ini menyamai ubat gastrik yang dibekalkan doktor namun, ianya lebih semulajadi, tanpa pengawet, pewarna atau perasa tiruan. Peppermint Ginger juga disarankan jika anda mengalami masalah angin yang teruk dan tidak terkawal.
okehhhh,da habis baca semua?itu je yg nak saya kongsikan untuk entry kali ni...Rasa cam nak sambung zzzzz, tp boleh kan akus siapkan semua keje dalam masa setengah jam ni?hihihi..apepun,bagi sapa2 yang nk cuba produk shaklee yang tip-top ni..jangan segan-segan...ASK ME HOW???hhihihi..
Jika anda berminat mengawal gastrik dengan cara semulajadi, sihat dan tanpa ubat-ubatan yang boleh membawa kesan jangka panjang, sila hubungi saya:
No comments:
Post a Comment