Wednesday, 25 December 2013

Sambutan Hari Natal?Salahkah untuk wish pada mereka yang berkenaan???

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Arini cuti umum sambutan hari natal, nak wish pon serba salah..sebabnya apa???Pagi tadi saya just update status kt Fb saya Rabihah Muhamad "Bangun tido, tengok kiri, tengok kanan..aikkk mana gift untuk aku? Oowwh..Ooopsss...sebelum tido malam td lupa nk letak stokin bawah bantal...hihihi
.patutla xda hadiah dari en.santa...hahahaha"  then saya dapat feedback dari salah seorang hamba Allah by saying "u'r shirk!!!!!" so,i'm asking, why why???? dia xda reply apa2 pada saya...i think, dia bagitau camtu pada saya disebabkan dia ada baca jga status orang lain dalam fb dia...ok, well....saya x marah pon..hihihi...nabi nk tegur ummatnya pon dengan cara berhikmah kan? Maui'zotunHasanah...for me ,if nak bg reminder pada sumone pun just giving "SOFT REMINDER" ye..hihihih...

disebabkan yang ni mungkin dia cakap saya syirik...hehehe...let it gone!!!!

Ni saya nk kopi & tempek kat sini pendapat UAI dulu ye,if ada lagi pendapat orang lain,i'll update ye...
===============================================================
Assalammualaikum…kat sini ada soal jawab pasal isu UCAP MERRY CHRISTMASkepada non muslim yg telah dijawab oleh Ustaz Azhar. Yang ni jawapan2 yg telah dikumpulkan untuk dibuat satu status lengkap supaya semua dapat baca terus…semoga bermanfaat.

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh2 tanya pasal Christmas ni? seolah2 Kristian yg ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la…tak sibuk nak ucap yg Nabi saw suruh ucap…doa dan zikir byk lg yg tak reti..
Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! ..Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap “Merry Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tp jenis melayu ni degil..
Soalan 3 : apa hukum kalau pergi ke rumah org yg buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jgn buat amalan2 berkait agama mereka..
Soalan 4 : Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan2 yg menyambutnya? 2) Sekiranya, rakan2 (drpd sabah sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja..jgn ucap merry atau selamat.. 2. bolih jika rakan kerja atau jiran sebelah..jgn ucap atau buat2 apa2 yg berkait dgn agama..sekadar hadir menjamah jamuan yg halal sahaja…
Soalan 5 : mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..org non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya…jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya… zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bkn dgn saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dgn ditegakkan hukum dan perintah agama dimana saja kita berada..
Soalan 6 : Perayaan2 etnik trbesar diMalaysia spt krismas, deepavali, raya cino dll….Setakat mnow umat Islam dpt merayaknnya?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pd hari2 raya mereka dgn tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka…
Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain mcm contoh Krismas or Tahun Baru Cina?
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..
Soalan 8 : rumah terbuka sempena christmas..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil..Kitab Bahrulmmazi.
~ BOLEH SHARE ATAU COPY UNTUK MANFAAT BERSAMA ~
====================================================================
Keputusan Fatwa Kebangsaan
Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam

KeputusanEnglish Version
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.


================================================================

Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

   
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Keputusan :
Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;
1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya;
i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.
2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.
3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.
4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.
Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.

Credit to: E-Fatwa


***Untuk pencerahan,Jom kita kongsi lagi-lagi pendapat yang roojih..insyaallah,gali2 ilmu untuk kefahaman & kebaikan bersama:)

No comments:

Post a Comment