Wednesday, 30 April 2014

Kepentingan Protein

Protein merupakan makanan sel yang paling penting selepas air. Protein dapat membantu proses pertumbuhan tubuh kita. Antara kepentingan protein terhadap tubuh kita adalah :

  • sebagai enzim.Protein merupakan satu ikatan yang memiliki peranan yang besar terhadap reaksi biologi tubuh kita.
  • Protein berfunsi sebagai 'Alat Penyimpan dan Alat Pengangkut', Protein ber,peranan sebagai pengangkut oksigen yang berada pada eritrosit. Manakala,protein yang terdapat pada microglobin pula berfunsi untuk mengangkut oksigen dalam otot.
  • Berperanan sebagai imunisasi tubuh. Secara tak langsung,protein juga bertindak sebagai antibodi.
  • Sebagai asas utama kepada pertumbuhan badan.
Kenapa Protein diperlukan oleh badan kita?

Struktur asas badan kita adalah sel..Dari sel akan membentuk organ,manakala organ pula akan membentuk sistem. Protein merupakan makanan sel. Apabila sel mendapat makanan yang cukup (protein yang berkualiti),sel-sel baru lebih mudah terbentuk bagi menggantikan sel-sel lama.

Kebanyakan penyakit yang dihidapi pada zaman moden ini berpunca daripada pengumpulan sel-sel yang lemah dan kurang sihat. Mendapatkan protein yang mencukupi adalah kunci utama kepada kesihatan yang optimum. Protein diperlukan bagi menghasilkan Hoemones,enzim,antibodi dan neurotransmitter.

25% daripada badan kita terhasil daripada protein- kuku,rambut,kulit,otot-otot merupakan protein. Malah Dr.Bruce Miller dalam bukunya juga mengatakan kita adalah protein.

credit sumber [MamaFaiz.com]



JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Tuesday, 29 April 2014

KESAN KEKURANGAN PROTEIN

Protein sangat sangat penting untuk tubuh badan kita..Apa yang akan terjadi Jika kita tidak mengambil protein (berkualiti) yang mencukupi..Terdapat risiko yang mungkin akan menyerang tubuh kita :

Kesan Kekurangan Protein
  1. Anemia ( kurang daran / kurang oksigen dalam darah)
  2. Penyakit buah pinggang
  3. Penyakit hati
  4. Kolestrol Tinggi
  5. Tekanan darah rendah
  6. Kandungan gula darah rendah
  7. Fungsi saraf tidak stabil
  8. Ulser perut + usus
  9. Luka lambat sembuh
  10. Pengaliran darah tidak lancar
  11. Penglihatan yang kurang baik
  12. Badan menggeletar
  13. Letih Lesu
  14.  Lemah
  15. Tinggi kandungan air dalam tisu badan
  16. Terencat akal
  17. Ketahan badan rendah terhadap jangkitan
Protein yang membentuk tubuh kita tidak diperolehi secara langsung dari diet. Protein makanan dipecahkan kepada asid amino yang diperlukan badan,kemudian digunakan untuk membina protein tertentu yang diperlukan.
credit to [MamaFaiz.com]

Kenali apa itu PROTEIN?

Apa Itu Protein??

Protein merupakan satu ikatan organik yang mempunyai ikatan peptida dan berasal dari monomer asam amino. Protein berasal dari bahasa Yunani 'protos' yang memberri maksud 'yang paling utama'.


 credit gambar [kevinzahri.com]


Protein "Yang Paling Utama"

Semua sel makhluk hidup memerlukan protein. Manfaat yang didapati dari protein ini diperlukan bagi menjadi pertumbuhan kesihatan sel. Bagaimana ini terjadi?? Ini kerana Protein mengandungi Karbon,Sulfur,Nitrogen, Hidrogen dan Oksigen,malah,didalam protein juga terdapat Fosfor.

Apakah Makanan Sumber Protein

Makanan yang menyediakan sumber utama protein seperti kekacang,daging,telur,ikan,kentang serta bijian


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 

Saturday, 26 April 2014

Kesan Kekurangan Air Putih Terhadap Tubuh Badan


Tahukah anda kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel otak? Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap sistem kerja darah dan ginjal adalah sangat besar. 

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, efek secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah. 

Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.






Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi sebagai filter atau alat untuk menyaring racun dari darah. Ginjal memiliki saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menyaring darah yang kental maka ginjal harus bekerja lebih ekstra keras. 

Kemungkinan besar ginjal akan rosak dan juga berkemungkinan besar kelak akan mengalami “cuci darah” atau dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis. 





Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah. 

Sehingga fungsi sel-sel otak tidak mampu berjalan dengan optimal dan bahkan sel-sel otak akan cepat mati. Kondisi tersebut akan semakin memicu timbulnya masalah strok. Kerana itu jangan sampai kekurangan air!!! 





Kesan Kekurangan Air Dalam Badan


Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan :
1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek). 
2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. 
4. Tekanan darah menurun. 
5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk. 
6. Lesu pada waktu siang. 
7. Sakit belakang. 
8. Dehidrasi. 
9. Sakit kepala.
10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.
12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 
13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 
14. Meningkatkan keinginan untuk makan. 
15. Darah menjadi lebih pekat 
16. Mudah keliru. 
17. Degupan jantung semakin meningkat. 
18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.


19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan enurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.


20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.

21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing. 

22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian. 

23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain. 

24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
  

JAdi apakah alasan anda untuk tidak menggantikan air manis dengan air putih? Ramai yang tahu bahawa air putih begitu berharga tetapi tak ramai yang memanfaatkannya. Malas untuk sering ke tandas barangkali. Ayuh kita didik anak-anak untuk memanfaatkan sepenuhnya keajaibannya.

Wednesday, 23 April 2014

MENGAPA BADAN MANUSIA MEMERLUKAN MAKANAN TAMBAHAN?

Salamualaik..kaifahaluka/kaifahluki???

Semoga semua berada dalam limpah rahmat yang Maha ESA..Alhamdulillah hari ni dah 23/4/2014 means berbaki 7 hari bagi ‘orang-orang’ Shaklee perlu pulun untuk buat sales..Maksud  ‘berbaki 7 hari untuk pulun’ tu, sebabnya dalam bisnes Shaklee, perkiraan bonus ikut bulan..so,bonus kitorang di bayar untuk bulan semasa. Tak leh nak forward dan tak leh nak backwardkan point (uv) semasa..haa, contohnya bulan ni di akhir 30/4/2014 ni total UV yang kita dapat 5889uv tapi kita target untuk bulan tu 6000uv.. Mesti tak puas hati kan tak dapat capai 6000uv?? Maka dengan itu,uv tidak boleh di forwardkan pada bulan Mei...hihihi...nampak tak kat situ? Indahnya bershaklee ni sebab apa?? Mestilah banyak sebab. Antaranya :

~Berapa banyak UV/bonus yang bakal kita dapat,semuanya diri sendiri yang tentukan.Buatlah apa-apa cara untuk dapat bonus yang diingini.Cumanya Shaklee dah tetapkan untuk melayakkan diri dapat bonus walau seciput atau seluas lautan, at least dapat 150uv above.Sebenarnya mudah je nak capai 150uv tu.hehehe...kacang parang je!!!!

~Boleh target audience!!!bisnes Shaklee ni bukanlah fixed untuk orang-orang yang sakit je..Mostly,persepsi orang ramai bila jual supplement mesti kena jual pada orang yang sakit...hello hello hello ,supplement adalah makanan tambahan untuk melengkapi nutrisi-nutrisi dalam badan yang mungkin tidak cukup. So,semua golongan boleh ambil supplement dan setiap produk tu dah dikhaskan untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak..Let say, dalam Shaklee dah dibahagikan produk tuk dewasa dan kanak-kanak.Semua dah sedia maklum kan?????Bagi mereka yang mengenali Shaklee..sebagai contoh, Vitamin C..Vita-c ni ada 2 jenis, satu untuk dewasa iaitu SUSTAINED RELEASE 500MG VITA-C & untuk kanak-kanak VITA-C CHEWABLE.

--------

Ok dah dah,nak cerita kenapa tubuh badan kita perlukan supplement???
·        
  • Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi daripada makanan. Contohnya, Vitamin-C & Vitamin-E yang diperolehi daripada makanan shaja tidak mencukupi untuk member kesan pencegahan dan anti-penuaan.
  • ·         Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah & sayur yang ditanam di atas tanah yangsubur. Racun perosak serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  • ·         Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan,penyimpanan dan penyediaan. Contohnya,Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkanoleh haba semasa memasak.
  • ·         Pengambilan pil penahan sakit,laksatif,ubat-ubatan,alcohol dan antibiotic boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalam diet yang tinggi kafien,lemak,gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
  • ·         Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut pyramid makanan yang dicadangkan.
  • ·         Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk,jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan kimia.

  • ·         Bagi yang bekerja,makanan tengahri selalunya di luar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin,maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.


Haa,tu semua 7 sebab mengapa badan kita perlukan suplemen. So,usah ragu-ragu untuk memiliki set kesihatan untuk anda dan keluarga..Kita berikhtiar,Insyaallah  ALLAH tunjukkan jalan...Produk kesihatan Shaklee ni bukan untuk orang sakit je..tua,muda,miskin,kaya,sakit,sihat,kanak-kanak & dewasa semuanya boleh consume.

Bukan setakat tubuh badan sihat,tapi dapat bonus lain lagi kalau kita serius buat bisnes ni..tp bagi yang berbisnes Shaklee secara part-time pon income masyukkkk k..sebabnya diri sendiri yang tentukan !!! the more u give,INSYAALLAH da more u get!!! Kita bantu orang, Allah bantu kita.

**Jumpa lagi di next entry..STAY TUNED!!!!

^SMALL STEPS RIGHT DIRECTION^

Tuesday, 22 April 2014

TAZKIRAH: Alkisah nelayan dengan penoreh getah


Satu hari si penoreh getah mengikut si nelayan ke laut untuk menangkap ikan. Si penoreh duduk di belakang kapal manakala nelayan di depan.

Laut yang agak bergelora menyebabkan si penoreh agak terumbang-ambing. Melihat si nelayan asyik berjaya mengail ikan tapi tidak dia, si penoreh meminta untuk menukar posisi memancing dengan si nelayan.


Si nelayan pun menukar posisi, namun situasinya sama, si penoreh masih tidak dapat mengail seekor ikan. Ikan-ikan semua seolah-olah lari mengikut si nelayan.

Mungkin ini adalah masalah joran. Maka si penoreh pun meminta menukar joran dengan si nelayan. Situasi tetap sama – hanya si nelayan mendapat ikan. Laut makin bergelora, si penoreh mengalami mabuk laut dan muntah-muntah.

Sesudah tiba di darat, si penoreh berkata: “Susah nak cari makan di laut. Elok buat kerja aku, lagi mudah.”

Pada satu hari, si nelayan mengikuti si penoreh ke ladangnya dan mencuba menoreh getah.

Ada 1,000 pokok yang perlu ditoreh bermula sebelum subuh. Si nelayan mengeluh susah. Masa menoreh, si nelayan cuai, tangan terkena sabit. Ketika ingin berehat, si nelayan terlanggar bekas menadah getah dan semua tertuang di atas kepalanya.

Si penoreh menoreh pokok getah dengan cukup senang tanpa sebarang gangguan.

“Susah betul kerja toreh getah. Tangkap ikan lagi mudah,” kata si nelayan.

Wahai anakku,
Rezeki kamu sudah ditentukan. Asalkan kamu berusaha, kamu akan mendapatnya. Jangan dengki dengan rezeki orang lain. Bersyukur pada rezeki yang Allah kurniakan pada kamu. Usah iri hati pada rezeki orang lain. Ada orang yang memang rezekinya di darat menoreh getah, dan ada yang di laut menangkap ikan.

Setiap bidang ada cabarannya sendiri, namun asalkan hati kamu sentiasa dekat dengan Allah, kamu akan melihat segalanya dalam bentuk kesyukuran dan medan latihan untuk mempertingkatkan diri sebelum misi seterusnya.

Senyum

CUACA PANAS?? SEJUKKAN BADAN DENGAN AIR KELAPA MUDA

Sungguh panas cuaca di Kelantan sekarang ni..Alhamdulillah semalam dah start hujan tp masih tidak cukup untuk menyejukkan bumi Kota Bharu ni dan seluruh Kelantan. Kesian anak-anak,tido malam mesti terjaga dek panas n berpeluh.Anak-anakku ni pemanas orangnya,walaupun kipas  sememangnya di hala untuk mereka berdua..ehehe...Agak-agak kena beli kipas satu lagi ke camni???hehehehe..

Bercerita tentang kepanasan melampau di sini sekarang ( eh panas melampau ke?hihihi) ,pagi tadi ketika pulang dari JPJ Panji,Kota Bharu singgah beli 2 bungkus air kelapa tuk Abi & Ummi dan isi buah kelapa tu sememangnya dah ada penunggu iaitu Rayyan,ntah kenapa Rayyan sangat sangat sangat suka makan isi kelapa muda..hehehe...nak tau kenapa? sebab masa mengandungkan Rayyan, Biha mengidam nak buah kelapa, taknak yang dah di belah dan letak dalam plastik o what..Nak yang dalam bentuk asal n letak straw je kt atas..itula kot Rayyan pon Rayyan 'hantu' kelapa..hihi..bahaya jugak ye bila mengidam macam2 ni.Tapi kira ok la sebab mengidam benda yang senang nak cari..Lagi satu,masa pregnant kt Rayyan,hari-hari daku makan eskrem solero,so skarang dah jadi fav Rayyan.huuhu...rupanya kuat ye penangan orang mengidam ni.So,ibu-ibu yang tengah pregnant jangan mengidam pelik-pelik ye,nanti kesian kt anak dan paling kesian kt hubby la kan sebab kena ikut je semua ibu mengandung nak..hehehehe..

Rasanya arini dah bergelas-gelas minum air kelapa tu,best sangat dapat sejukkan badanku yang selalu kepanasan. Asyik dok reply sms dan whaatsapp customers curi-curi godek ape yang bestnya air kelapa muda ni?Banyak rupanya kelebihan minum air kelapa muda ni :)

kelapa muda..maunya habis setandan kalau aku reti nak belah :)

syoknya air kepala dan isinyayang masih muda


meh sini ,Biha nak share sikit pasal kelebihan minum & makan kelapa muda

1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu di dalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambah lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi . Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4) Apabila seseorang bersenam , badan mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air di dalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada di dalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet . Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman di dalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah di dalam tubuh seseorang.

Monday, 21 April 2014

TAZKIRAH: Falsafah buah-buahan

1. Jadilah bua h jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.

2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.

3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.

4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.

5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.

6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santanya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna

7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya: kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.

Sunday, 20 April 2014

Makanan Tambah Susu Badan?

Jika diikutkan petua orang tua-tua dahulu, pelbagai cara boleh dibuat untuk menambahkan susu badan. Ini khas untuk ibu menyusu ye. Bila susu badan mula merudum, siapa yang tidak risau kan? Hanya ibu-ibu yang mengalaminya sahaja akan memahami.

Ok kita selidiki apa yang orang-orang tua dulu amalkan. Kita tengok tips-tips yang mungkin boleh diikuti:

Kacang Tanah

Kacang tanah ini kaya dengan protein dan lebih lagi dari daging dan telur. Kebiasaannya dimakan bersama dengan susu kambing untuk menambahkan susu badan. Ada juga bayi yang alah pada kekacang, jadi ibu-ibu kena berhati-hati memilih ye.
menambah susu badan

Longan

Longan ini agak popular juga semasa saya dalam pantang anak kedua. Sebelum ini saya memang tidak kenal langsung "milkbooster" apa yang boleh diambil. Biasanya longan ini boleh didapati dari kedai ubat cina atau singseh kata orang. Ianya dalam bentuk kering dan bolehlah direbus dengan gula batu sedikit untuk memberikan rasa manis. Tapi longan ini tidak serasi dengan saya, pernah amalkan tetapi mungkin juga sebab longan ini agak panas, saya mengalami demam yang tinggi lepas mengambilnya. Mungkin tengok pada kesesuaian orang, ada ibu yang serasi bolehlah mengambilnya.
penggalak susu

Halba\Fenugreek

Halba ini kalau perasan yang selalu ada dalam nasi dagang tu. Nasi dagang makanan orang timur. Atau biasa boleh didapati dari kedai mamak atau pasaraya-pasaraya. Ianya dikatakan boleh menambahkan susu badan juga. Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum. Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya.
penggalak susu badan

Lobak Putih

Biasanya dalam pantang selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan. Saya dulu semasa dalam tempoh berpantang, ada amalkan sup lobak putih, ringkas dan berkhasiat. Resepi ini adalah dari orang tua yang katanya boleh menambahkan susu badan.
milk booster

Jantung Pisang

Satu lagi resepi tradisional. Boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak, ianya juga dikatakan memberikan kesan kepada pertambahan susu badan ibu. Sedap dimakan, susu juga bertambah:)
milk booster

Pucuk Betik Muda

Rebuskan daun pucuk betik muda, dan airnya diminum. Ia dikatakan boleh melancarkan dan menambahkan susu badan ibu. Boleh diminum 2,3 kali sehari.
meningkatkan susu badan

Kurma

Kurma memang dikenali juga sebagai salah satu "milk booster" yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam respi boleh dibuat, makan begitu sahaja paling mudah. Jika mahu buat jus pun boleh. Kebiasaannya saya buat resepi kurma bersama susu. Campurkan 5 bijik kurma yang dibuang bijinya, blend bersama-sama dengan susu segar. Sangat best!
meningkatkan penghasilan susu badan

Habbatussauda/Jintan Hitam

Dikatakan juga sebagai penggalak susu. Ianya boleh direbus dan diminum airnya. Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.
tambah susu ibu

Alfalfa

Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.
milk booster


Ada cara lain yang agak popular di kalangan ibu sekarang iaitu dengan pengambilan vitamin-vitamin untuk membantu penghasilan susu yang lebih baik. Antaranya adalah:



Kebaikan dari pengambilan vitamin-vitamin ini adalah:

ESP - membekalkan tenaga, menyuburkan kesihatan kulit,kuku, rambut dan otot.
Penting utk kanak2, ibu menyusu dan individu yg sedang pulih dari sakit. (boleh membantu memekatkan lagi penghasilan susu)
Osteomatrix - mengekalkan tekanan darah normal, menolong pengecutan otot dan saraf.

alfalfa - milk booster
b complex: antistress
Vitalea:utk ibu sentiasa cergas
Vitamin C:mengekalkan kecantikan kulit ibu

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION

Rabihah Muhamad (ID 906559)
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 


Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'