Kesihatan diri bukan soal kesempurnaan. Yang penting adalah keseimbangan dan masing-masing mempunyai keseimbangan yang tersendiri. Tapi apa sekalipun, cubalah elak 8 kesalahan kesihatan yang berikut:
1. Tak cukup atau terlebih Tidur!
Dengan kesibukan kerjaya zaman sekarang, terutama dengan kos kehidupan yang makin meningkat di Malaysia, ramai yang tidak dapat cukup tidur. Bukankah itu bagus untuk tingkatkan pembakaran kalori? Memang tak. Walaupun anda terjaga lebih lama, badan tidak bertenaga. Dari situ anda sendiri tidak bermaya dan kurangkan aktiviti. Malah nafsu makan akan meningkat kerana badan akan perlukan boost kalori untuk teruskan aktiviti. Inilah punca penambahan berat badan bagi mereka yang tidak cukup tidur 8jam.
Selain peningkatkan berat badan, amalan tak cukup tidur boleh akitbatkan sakit jantung, kecerderaan (kerana kecuaian mental), depression, stes dan lain-lain.
Tidak kira kesibukkan kerjaya dan lain-lain, cuba yang terbaik untuk mengatur masa supaya dan cukup rehat. Kalau tidak, yang menjadi mangsa adalah diri anda sendiri bukan kerjaya. Keseimbangan work-life itu memang penting.
2. Elak Sarapan.
Saya memang tidak faham logik amalan elak memakan sarapan. Terlalu sibuk? Tiada masa? Nak kurangkan kalori? Jangan tak makan sarapan. Yang rugi nanti anda. Makanan sarapan penting untuk break-fast dan bekalkan nutrisi dan tenaga untuk aktiviti anda. Jangan tunggu sampai di pejabat baru nak makan. Cuba makan secepat mungkin untuk bantu 1) bekalkan tenaga badan 2) tingkat kecergasan mental dan 3) penting dalam mengawal nafsu makan. Kalau tunggu sampai di pejabat baru nak makan, sudah tentu nafsu makan sudah bergelora. Jangan. Makan sarapan secepat mungkin.
Skip breakfast bantu kurangkan berat? Dalam ramai-ramai yang berjaya kurangkan berat badan, tidak ada seorang pun yang elak sarapan pagi.
3. Abaikan Senaman Weight Training
Malangnya di Malaysia, kalau sebut tentang senaman pemberat, orang ramai sering kaitkannya dengan sukan bina-badan atau hanya untuk lelaki yang ingin nampak gagah-perkasa. Itu salah. Senaman pemberat sesuai untuk semua, termasuk:
- Meraka yang ingin kurangkan berat badan. Kenapa? Kerana 1) bila kurangnya berat badan, anda juga akan kehilangan otot. Maka weight training penting untuk kurangkan jumlah otot yang hilang. 2) Otot bantu tingkatkan metabolisma badan.
- Wanita yang ingin kelihatan fit dan firm.
- Warga emas untuk kekalkan otot-otot yang ada, kuatkan sendi-sendi dan elak daripada tulang rapuh.
- Sakit pinggang? Satu-satu cara untuk atasi masalah sakit bahagian belakang bawah adalah dengan senaman pemberat yang bantu kuatkan otot berkenaan.
- Kanak-kanak pun amalkan senaman pemberat tapi bukan di gym. Senaman di taman permainain umpama senaman pemberat tapi di gunakan berat kanak-kanak itu sendiri. Ia penting untuk mengalakkan tumbesaran.
- Dan lain-lain.
4. Too Much Protein!
Walaupun ia tren masa kini, lagi-lagi dengan pelbagai suplemen dan makanan tambahan berprotein. Elak daripada pemambilan protein terlalu banyak. Ia boleh berikan beban yang tinggi kepada buah pinggang, gout dan lain-lain.
… Jangan ikut mana-mana tren masa-kini, tanpa dapatkan informasi lengkap terlebih dahulu …
Jadi berapa banyak protein yang sesuai untuk anda? Bagi saya dalam 35% daripada jumlah pengambilan kalori seharian anda. Jadi katakan target pengambilan anda 2000kcal, maka pengambilan sehari anda boleh ambil 700kcal atau 175g (1g = 4kcal).
… Jangan ikut mana-mana tren masa-kini, tanpa dapatkan informasi lengkap terlebih dahulu …
5. Bergantung kepada orang lain.
Zaman sekarang, memang penuh dengan pelbagai produk dan perkhitaman kesihatan. Dari suplemen, makanan tambahan, pusat pelangsingan, doktor, jurulathi peribadi dan kevinzahri.com (hehe), memang macam-macam ada untuk penggunaan anda.
Tapi ramai yang bergantung semata-mata kepada pihak ketiga untuk mengawal kesihatan diri sendiri. Padahal, tanggungjawap kesihatan dan kecergasan sepatutnya tanggungjawap diri, bukan orang lain. Dan di sinilah ramai yang dipergunakan oleh pihak-pihak komersial tapi tetap tiada pandai mengawal kesihatan diri.
That is why, fokus eBook, seminar dan blog saya adalah untuk memberikan kawalan kepada anda. Bagaimana? Dengan ilmu. Akhirnya, jangan bergantung dan dipergunakan orang lain. Bergantunglah kepada diri sendiri dan mempergunakan produk-produk komersial.
6. Merokok.
Dalam seminar-seminar saya, saya jarang menyentuh bab merokok. Kenapa? Kerana semua dah tahu tentang keburukkannya bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk keluarga terdekat (2nd hand smoke).
Walaupun ia hak individu, amalan merokok sememang tabiat kesihatan yang buruk untuk sesiapa.
7. Elak Pemeriksaan Kesihatan Tahunan
Yang ini memang penting tapi ramai yang anggap ia remeh-temeh atau takut hapadi realiti kesihatan diri. Ini bukan soal BMI, kolesterol atau glukos darah semata-mata. Pemeriksaan ini amat penting untuk diagnosis penyakit-penyakit di luar kawalan seperti barah/kanser dan pelbagai masalah yang tidak diingini.
Kalau anda boleh laburkan ratusan atau ribuan Ringgit untuk suplemen kesihatan, apatah lagi untuk pemeriksaan kesihatan untuk kesihatan diri.
…Dont be in denial. Lebih baik mengenal-pasti masalah anda hari ini sebelum terlambat…
…Dont be in denial. Lebih baik mengenal-pasti masalah anda hari ini sebelum terlambat…
8. Bersenam Hari-Hari
Mungkin anda terkejut dengan kesalahan ini tetapi antara kesalahan kesihatan yang besar adalah amalan bersenam hari-hari. Kenapa pulak? Kerana senaman memberikan beban kepada fizikal dan mental badan. Kalau beban atau stres ini diteruskan setiap hari, katakan 7x seminggu, badan tiada peluang untuk membaiki diri. Dalam keadaan begini, kebarangkalian anda cedera memang tinggi.
…Pastikan dalam seminggu paling kurang ada 1x hari rehat dan 2x setahun rehat berpanjangan (dalam 1-2 minggu) …
Pastikan dalam seminggu paling kurang ada 1x hari rehat dan 2x setahun rehat berpanjangan (dalam 1-2 minggu) untuk membenarkan badan membaiki segala wear-n-tear. Atlit-atlit dunia seperti pemain bola sepak pun ada off season.
Baiklah, harapan saya bahawa tip-tip di atas memberi manfaat kepada anda semua. Semoga kesihatan anda sentiasa di bawah kawalan diri anda sendiri.
…Pastikan dalam seminggu paling kurang ada 1x hari rehat dan 2x setahun rehat berpanjangan (dalam 1-2 minggu) …
No comments:
Post a Comment