Tuesday 9 July 2013

Doa amalan bagi ibu yang menyusukan anak

Alhamdulillah, saya masih lagi fully breastfeed utk anak ke 2, dan dgn harapan akan menyusu sampai dia 2 tahun. antara supplement ana amik ialah alfalfa shaklee.. mmg beza kalo kita makan alfalfa dgn x makan, penambahan susu sangat ketara. antara lainnye, boleh kita amalkan doa2 ni. 
"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

AMALAN IBU IMAM SHAFIE KETIKA MENYUSUKAN BELIAU
************************************************
1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'
2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan
3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri
4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa
Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun

Credit : Ummu Ziyad

No comments:

Post a Comment