Friday, 5 July 2013

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAYI BAWAH 6 BULAN

[♥] Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan [♥]

Wahai ibu-ibu sekalian, janganlah anda beri air masak kepada bayi bawah 6 bulan yang fully breastfeed ye. Kalau orang-orang tua anda suruh beri air masak, anda boleh kongsikan pos ini kepada mereka ye.

1. Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil jadi apabila perut bayi telah di penuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat di berikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat.

2. Merencatkan Akal

Menurut Pakar Laktasi dari Kanada Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang di serang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan 'Kernicterus' iaitu terencat akal. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tak bermaya.

3. Mengancam Nyawa

Risiko jangkitan kuman jika air yang diberikan adalah tidak bersih. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak di titikberatkan. Pencemaran boleh berlaku dari sumber yang tak selamat atau bekas air yang tak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang di hasilkan oleh susu ibu dan akan menyebabkan bayi kepada jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik

Bagi bayi yang berumur dibawah 5 minggu, pemberian air kosong yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, seterusnya mengakibatkan suhu badan bayi menjadi rendah dan terjadinya sawan tarik. Sindrom ini di panggil 'oral water intoxication'.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu di tambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air.

Seperti yang sering dinasihatkan oleh doktor dan pakar kanak-kanak, makanan terbaik untuk bayi berumur dibawah 6 bulan adalah susu ibu. Makanan dan minuman selain dari susu ibu hanya digalakkan untuk diperkenalkan kepada bayi apabila bayi telah melepasi usia 6 bulan.

No comments:

Post a Comment