Friday, 12 July 2013

Vitamin Untuk Kulit Cantik, Berseri dan Elastik

Mendapat kulit muka yang cantik, bersih dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita. Eh, siapa tak nak kulit cantik, sila angkat bahu? Saya pasti, tak ada sesiapa pun yang hendak angkat bahu. Saya pun, saya nak kulit yang bersih tanpa sebarang cela. Huhu..Boleh dapat ke? Orang cakap nak kulit cantik jangan makan benda berminyak, kena cukup tidur, jangan berpanas-panas, selalu cuci muka dan sebagainya. Benar. Saya tak nafikan. Tapi tahukah anda, pemakanan anda juga mempengaruhi kecantikan kulit anda. Perlu untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat bagi memastikan kulit kita cantik dan sihat. Mengikut kajian, protien, Vitamin A, B, C dan E sangat penting untuk diambil untuk melindung dan mencantikkan kulit.

Vitamin A  (Vitamin A Shaklee dinamakan sebagai Carotomax)
Vitamin A membantu kulit wajah menjadi lebih anjal. Vitamin A juga menjaga kulit dari mengalami proses penuaan. Selain itu, ia membantu memelihara kulit dari dijangkiti beberapa jenis penyakit kulit. Vitamin A juga berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapus radikal bebas.


Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan kulit cepat mengecut dan kering. Selain itu, ia memudahkan kulit muka ditumbuhi jerawat dan terjadilah "whiteheads" dan "blackheads" jika liang roma tersumbat. Selain itu, kulit dibahagian siku, lutut dan punggung akan menjadi kasar, kering dan berwarna lebih kehitaman.


Vitamin B Complex 
Vitamin B berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Ia juga dapat menjaga kulit dari kekeringan sekaligus dapat mengurangkan kedutan pada kulit. Pengambilan Vitamin B mampu menghilangkan garis-garis halus pada kulit dan menolong menetapkan "kelenjar thyroid" dengan melicinkan/meratakan serat menegangkan kulit. Ia juga perlu untuk menghilangkan 'stress'. 'Stress' boleh menyebabkan kulit berkedut dan nampak cepat tua.


Vitamin C
Vitamin C amat masyhur untuk kecantikan. Pengambilan Vitamin C secara konsisten mampu untuk membuang toksin dalam badan. Vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan  radikal bebas. Pengurangkan radikal bebas didalam badan kita, memmudahkan Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen. Kolagen amat penting untuk mengukuhkan sel kulit. Kekurangan kolagen akan menyebabkan kerosakan kulit (kering, lembik dan mudah lebam).


Vitamin E 
Vitamin E berupaya memberi perlindungan kepada kulit. Ia juga boleh memperlahankan pembentukan tanda penuaan dan degenerasi sel kulit. Ia juga dikenali sebagai bahan yang dapat mempercepat penyembuhan dan pembentukan saluran darah.


Jom dapatkan kulit yang cantik!!! jom kita.;)


Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Sebarang pertanyaan dan tempahan produk, boleh hubungi kami di: kamikamuvitamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 011-31512608/012-9495513. Dengan pembelian dari Blog KamiKamu&Vitamin anda berhak mendapat konsultasi PERCUMA. Kami juga menyediakan set trial selama sebulan

No comments:

Post a Comment