Monday, 15 July 2013

Prevention Is Better Then Cure (Mudahkan Tugas Anda Sebagai Ibu dan Suri Rumah)

Nutriferon, Omega Guard, Basic H, Dish Wash Concentrate dan Multipurpose Herbal Blend Cream wajib ada di rumah terutama rumah-rumah yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Kenapa saya senaraikan 'item-item' ini?. Ianya umpama poket doraemon yang membantu tugas ibu-ibu di rumah, kerana para ibu ini umpama pelakon, sekejap kita menjadi ibu yang membelai anak-anak, sekejap kita menjadi guru yang mendidik anak, sekejap kita menjadi jururawat dan doktor yang memeriksa tahap kesihatan anak, dan sekejap kita menjadi suri rumah untuk membereskan segala kerja rumah agar rumah menjadi bersih dan 'bling bling'.

'item-item' asas ini dapat membantu memudahkan tugas anda, terutamanya dalam memastikan anak-anak sentiasa sihat dan jarang sakit. Sebenarnya anda sedang meningkatkan tahap imun anak-anak anda untuk melawan jangkitan penyakit dan mengurangkan peratusan kekerapan untuk menghidapi penyakit-penyakit seperti batuk, selesema dan demam. Tambahan, kanak-kanak yang sedang membesar sedang membina keimunan tubuh dan sering terdedah dengan pelbagai jangkitan virus. Sebab itu saya cakap 'prevention is better than cure'.

Jadi, untuk meningkatkan tahap kesihatan atau keimunan tubuh anak-anak, mulakan dengan mengamalkan Omega Guard bagi anak-anak yang lebih 1 tahun dan kurang dari 4 tahun, sebiji kapsul omega selepas makan makanan berat seminggu sekali. Ya, beri Omega Guard kepada anak-anak anda untuk meningkatkan sistem keimunan mereka kerana selain untuk mempertingkatkan kekuatan memori, Omega Guard juga berperanan meningkatkan sistem imun tubuh anak-anak anda. Omega Guard juga dapat memperbaiki alahan kulit, psoriasis, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis dan SLE (lupus erythematosus).

Ianya, cukup mudah dan menjimatkan wang anda dan juga menjimatkan masa. Kerana sebotol Omega Guard shaklee mengandungi 90 biji kapsul dan kita hanya memperuntukkan 1 biji kapsul seminggu sekali kepada anak-anak kita. Tambahan, memberi Omega Guard kepada anak-anak di usia ini sangat mudah dan anak-anak akan menggemarinya berbanding jika kita memberi anak-anak ubat-ubatan yang disediakan oleh doktor. Cubalah sendiri anda pasti jatuh cinta dengan Omega Guard ini. Bagi anak-anak yang berumur 4 hingga 12 tahun, ibu bapa boleh memilih menyediakan Chewable Vita-C, Mealshake, Vita-Lea for Children (Chewable) dan Omega Guard. Keempat-empat supplemen ini mempunyai lebih dari satu khasiat dan berperanan meningkatkan tahap keimunan tubuh anak-anak anda.

Tahukah anda, demam hanyalah simptom kepada penyakit yang dihidapi seperti batuk dan selesema. Demam terjadi kerana badan sedang bertindak balas terhadap jangkitan virus selesema dan batuk yang menyerang di dalam badan. Sebenarnya, ubat-ubatan yang diberi oleh doktor tidak menyembuhkan batuk dan selesema anak-anak tetapi hanya melegakan gejala-gejala yang tidak menyelesakan seperti hidung berair, tersumbat atau demam.
Namun sebagai ibu bapa yang prihatin, kita tidak tega untuk membiarkan anak-anak kita beransur sihat begitu sahaja. Kita boleh membantu merawat demam, selesema, dan batuk dengan bahan 100% semulajadi serta bebas bahan kimia iaitu NUTRIFERON. Bagi saya, nutriferon wajib ada di setiap rumah terutama yang mempunyai anak kecil, ibarat kita menyediakan peti kecemasan di rumah. Apabila anak-anak kecil di bawah setahun demam, hanya berikan dia jilat sedikit serbuk Nutriferon. Nutriferon dapat membantu meningkatkan imun tubuh untuk melawan jangkitan virus selesema dan batuk. Tambahan Nutriferon selamat digunakan oleh setiap lapisan individu, terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan. Nutriferon hanya mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower. 

Apabila anak-anak anda demam, batuk dan selesema, pastikan air masak yang telah ditambah secubit Performance Drink kerap diminum oleh anak-anak yang berumur lebih 6 bulan. Kelebihan Performance Drink adalah membantu mengurangkan kehilangan bendalir dalam badan. Tambahan apabila demam, batuk dan selesema, badan memerlukan lebih banyak air kerana ketika ini cecair dan elektrolit banyak digunakan oleh sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk melawan jangkitan dan menyembuhkan penyakit.Performance Drink terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air dan mengadungi lebih banyak elektrolit berbanding dan menyalurkan lebih banyak tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Performance Drink sesuai untuk semua peringkat usia kerana tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Selain itu, Basic H juga amat berguna dalam membantu membersihkan rumah. Merupakan agen pencuci serbaguna yang mesra alam, tidak mengandungi bahan kimia dan selamat kepada bayi dan anak kecil anda. Sekiranya anak-anak mengalami eczema dan gatal, anda boleh menggunakan Basic H sebagai mandian untuk mengurangkan kegatalan seterusnya sapukan badannya dengan Multipurpose Herbal Blend Cream. Saya paling suka 2 jenis produk ini, terutamanya Herbal Blend Cream kerana membantu mengurangkan kesan merah akibat gigitan nyamuk pada anak saya. Sangat cepat kesannya!!, Bila terkena mata anak, saya tidak terlalu risau kerana herbal blend cream tidak mengandungi bahan kimia tambahan dan tidak memedihkan mata. Banyak kegunaan herbal blend cream sesuai dengan namanya Multipurpose Herbal Blend Cream, antaranya untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk, luka-luka kecil, gatal-gatal, kesan kulit merekah, kesan melecur, kembung perut dan lain-lain lagi.

Basic H sebenarnya mempunyai 1001 kegunaan yang memudahkan tugas anda di rumah dan juga menjimatkan wang anda. Antara lain-lain kegunaan Basic H adalah, juga boleh digunakan untuk membersihkan lantai, perkakas dapur, bilik mandi dan lain-lain tanpa menjejaskan kesihatan anak-anak kecil anda kerana tidak Basic H diperbuat dari 100% sumber semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang memudaratkan anak-anak kesanyan anda. Jadi, anda boleh membiarkan anak-anak bermain di lantai dan juga disekeliling rumah anda tanpa risau akan kesihatan mereka. 

Bagi ibu-ibu yang menyediakan susu ibu dalam botol susu mesti susah hendak hilangkan kesan lemak dan minyak susu badan dalam botol. Anda boleh gunakan Dish Wash Concentrate Shaklee. Cepat hilangkan kesan lemak dan minyak tanpa perlu tambah air suam dalam sabun pencuci basuhan botol susu. Juga mesra alam, tidak mengandungi bahan kimia. Dish Wash Concentrate juga menjimatkan perbelanjaan bahan pencuci bulanan anda dan kerana boleh digunakan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk sekali gus boleh mencuci botol susu hanya dengan beberapa titik Dish Wash Concentrate. Rumusannya yang tidak bertoksik, hipoalergenik, tanpa klorin, lembut pada tangan, pH seimbang dan tanpa bahan kimia berbahaya sangat sesuai untuk kegunaan mencuci peralatan menyusu, peralatan makanan bayi dan juga timbunan pinggan mangkuk di rumah. 

Nutriferon, Omega Guard, Performance Drink, Basic H dan Dish Wash Concentrate amat berguna di rumah dan sangat memudahkan dan melancarkan tugas-tugas ibu-ibu di rumah. Hati pun senang, Anak-anak pun sihat kerana menggunakan produk yang tidak mempunyai bahan kimia, tidak mengandungi bahan-bahan sintetik, 100% semulajadi, bio-degradable, berkesan dan selamta kepada semua peringkat usia.

No comments:

Post a Comment