Sunday, 11 February 2018

10 TAHUN AKAN DATANG, APA YANG ANDA KECAPI & MAHU MILIKI?

CUKUP SEKADAR ITU JE.. PASRAH !!

Ada orang dah rasa apa yang dia dah ada sekarang dah cukup,  ada orang masih struggle untuk kehidupan yang lebih baik, ada orang tak cukup-cukup dengan apa yang dia dah ada melimpah-limpah tu.Kufur nikmat lak jadinya. Allah tak suka kita pasrah tanpa berusaha.

Kita yang masih struggle ni, semoga dikurniakan rezeki melimpah ruah bukan sahaja dari segi kewangan, malah dari segi kesihatan & ketenangan hidup. Yang paling penting sebelum nak capai apa-apa kebahagian ialah MEMILIKI KESIHATAN YANG BAIK. Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, Insyaallah kesihatan kita bertambah baik.

Lagi yang nak dicapai dalam hidup?
Apa yang Biha & semestinya everyone nak FINANCIAL FREEDOM kan? Kenapa cakap macam tu? Aritu dah bagitau kenapa kenapa kan? I bukan mata duitan okay!! Hehe.. 10 tahun akan datang,  nak rileks kat rumah je sesambil kira duit berjuta2.hahhahaa..

Takda lah macam tu sekali 😅
Biha nak tengok anak-anak membesar dengan jayanya, dengan didikan agama yang menyeluruh. Anak-anak yang mampu menggegarkan dunia (mimpi,insyaallah menjadi kenyataan). Pendidikan anak-anak terjaga. 

Apa lagi? Kalau kaki jalan macam Biha ni ofkos la nak jenjalan ke mana saja bila dah cukup lengkap, bila dah tak perlu fikir soal kewangan (eh macam mata duitan lagi ni...) , Nak merasai ketenangan dengan menuntut ilmu agama (maksud di sini bukan masa muda tak boleh nak tuntut ilmu agama).

Ada lagi,tapi setakat ni jela dulu. Insyaallah bakal bersampung IMPIAN 10 TAHUN AKAN DATANG.. 😀

#FamilyFirst #bangkitG17 #tsunamishaklee #tsunami2018

No comments:

Post a Comment