K.A.G.U.M
R.E.S.P.E.C.T
W.O.W
Word biasa, tapi akan jadi luar biasa bila lihat orang-orang biasa pada awalnya bertukar menjadi luar biasa, bukan kerana sihir, jampi, bomoh tapi dengan usahanya sendiri. Bak kata pepatah, Bersusah-susah dahulu bersenang kemudian!! Ye, betul pepatah tu. Kita akan lebih menghargai kejayaan selepas kegagalan, betul tak? Dan kita akan lebih menghargai KESENANGAN yang dikecapi hasil titik peluh sendiri, bukan dengan mendapat kesenangan dengan magic .
Walaupun masih banyak perlu diperbaiki, tapi sedaya-upaya Biha akan cuba lakukan yang terbaik, tambah ilmu & berharap sentiasa keluar dari kepompong COMFORT ZONE. Sebab itu bahaya, nanti kita tiasa rasa nak berusaha ke arah kebaikan.
Apa yang Biha lakukan harini dan seterusnya, untuk memberi inspirasi kepada anak-anak terutamanya. Mahukan mereka menjadikan kita sebagai sumber inspirasi untuk berusaha gigih untuk mencapai sesuatu. Selalu Biha nasihatkan anak-anak, bila kita dah dapat semua yang kita nak jangan pula kita sombong. Rezeki dari Allag, bila-bila masa sahaja DIA boleh tarik.
Sambung part RESPECT di atas, tengok ibubapa yang gigih cari side income buat keluarga, hati ini selalu bertanya. Masih tak cukup ke gaji yang diorang dapat tu? Kan dah ada itu,dah ada ini... (persoalan yang tak pernah habis), kesimpulannya, mereka mahu yang terbaik buat family.
Begitula seharian kita, setiap orang ada sebab tersendiri, kenapa lakukan itu dan kenapa lakukan ini. Bagi Biha, nak cuba jadi luar biasa pada family dan orang sekeliling. May Allah Ease 😍
No comments:
Post a Comment