Biasanya kalau hujung minggu apa yang korang buat?
Kami kat kelantan hari ni dah mula kerja, anak-anak Biha pun dah kat sekolah, tinggal yang paling kecik tolong Biha kat rumah😅 Bila ada penolong kecik tu faham-faham jela kan.hehe.
Saja nak share dengan kawan-kawan, seperti biasa dan seperti orang lain biasanya hujung minggu bersama keluarga. Ya, sama la macam Biha! Tapi, kalau orang berbisnes online rasanya tak ada cuti khas. Cuti sekolah pun dia tetap kerja tapi waktunya sahaja yang flexible. Lagi-lagi yang buat bisnes online, tempat kerja of course la flexible. Kat dapur pun boleh close sale.😁hehe. Best kan?
Hujung minggu juga hari untuk settlekan keje-keje hakiki kat rumah. Faham-faham la apa dia kan? Bila anak makin bertambah, komitmen makin banyak. Time kepenatan jadi hulk itu biasa ,tambahan semuanya hero. Tapi i like 😍
Selain setelkan keje-keje hakiki tu, ada la seketika minta husband layan anak-anak & Biha boleh ber"me time" ,tapi mostly ber'me time' untuk fikirkan tentang bisnes yang masih merangkak ni. Nak sales gempak, otak pun kena ligat. Apa Biha buat? Banyakkan membaca untuk tambah ilmu pengetahuan. Setiap minggu, Biha akan repeat baca tentang produk-produk yang Biha ambil terutamanya produk shaklee. Apa yang Biha baca? Tentunya ingredient, kelebihan & apa yang akan membantu kita untuk lebih sihat. Weekend jugala, waktu untuk plan /rangka draft untuk next-next entry. Bila dah dapat info, boleh la mengarang dengan tenang 😊 Kalau korang ada masa lebih, boleh lah ke blog biha ni www.kamikamuvitamin.blogspot.com , boleh juga LIKE & SHARE pages biha.
Apa lagi yang Biha akan lakukan pada hujung minggu? Lagi sekali, sebagai online seller Biha akan update atau sort stock pada hujung minggu juga. Kenapa macam tu? Tak ada orang lain nak handle ke? Bukan tak ada, tapi buat masa sekarang Biha yang akan uruskan dulu atas sebab-sebab tertentu.
Eh dah panjang lebar, Ok la.. Insyaallah ada masa nanti Biha share lagi ye. Nak berperang kat dapur kejap. Korang yang masih berhujung minggu, enjoy your Weekend 🤗
#tsunamishaklee #tsunami2018 #bangkitG17
No comments:
Post a Comment