Sunday, 28 September 2014

Bagaimana Untuk Memulakan Penyusuan

Alhamdulillah, sekarang dah ramai ibu2 mempunyai kesedaran betapa pentingnya Penyusuan Susu Ibu kepada bayi….sesungguhnya Susu Ibu adalah yang terbaik untuk bayi comel ibu2….
Susu Ibu juga susu yang paling ekslusif…tidak boleh dibeli…dan ia adalah anugerah yang teragung….
Tapi masih ramai ibu2 tidak tahu bagaimana untuk memulakan Penyusuan Susu Ibu kali pertama sejurus bayi dilahirkan….sebab itu juga ramai ibu yang hentikan penyusuan bayi disebabkan nipple luka…
images
Jom ibu2 kita belajar Cara Menyusu Bayi dengan betul…
 1. Pastikan mulut bayi anda terbuka luas
2. Dagu bayi mesti menyentuh payudara
3. Bibir bayi melekup ke luar
4. Pipi bayi pula mengelembung cantik….so cute….hik3
5. Payudara ibu2 pula nampak penuh dan bulat….
6. Ibu2 dapat dengar nada hisapan bayi
Nota : untuk buatkan mulut bayi terbuka luas…sentuh nipple di atas bibir bayi…bila mulut bayi dah terbuka terus jatuhkan payudara tanpa mengangkat ke dalam mulut bayi….
latch_thumb
Cara pelekapan yang salah akan membuatkan payudara sakit bila bayi mula menyusu dan akan menyebabkan nipple luka…
Pengalaman sya dulu, masa anak pertama…payudara luka teruk juga…maklumla kan tidak ada pengalaman…apa yang sya buat adalah buka mulut bayi dengan tangan…tak pun minta tolong adik…sementara sya ampu breast….kelakar pun ada bila ingat balik kenangan lalu….satu pengalaman yang indah walaupun terpaksa menahan kesakitan…. Winking smile


Happy Breastfeeding….

Saturday, 27 September 2014

Kaji Selidik Kenapa Susu Ibu Kurang

Kebiasaannya bila jumpa ibu2 yg tidak menyusu bayi dengan susu ibu..saya akan bertanya kenapa bagi susu formula…..rata2 yang bagi jawapan adalah sebab tidak ada susu…susu makin kurang….bila tanya apa usaha untuk banyakkan susu ibu……hanya menggunakan 2/3 cara dari 10 cara yg boleh dicuba….
Ada kes ibu bapa yg risau kenapa anak dia sembelit…walhal baru berumur 50 hari…bila ditanya rupanya dh bagi susu formula…sedangkan ibu bayi tersebut banyak susu…siap basah baju…tapi sebabkan ilmu penyusuan hanya 10% sahaja…jadi bayi dah diberi susu formula…tak sempat nak buat stok katanya…
Ibu2 hanya perlu rajin mencari ilmu yg berlambak dalam internet…tak perlu tunggu disuakan ilmu satu persatu….

INVERTED NIPPLE BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MENYUSU BAYI…SEBAB BAYI MENYUSU DIBAHAGIAN AROLA…BUKAN NIPPLE

Jom kita kaji kenapa Susu Ibu Makin Kurang

susu makin kurang
1. Adakah ibu cuba berdiet?
  • Menjadi idaman ibu2 untuk kembali langsing selepas melahirkan bayi kan…apapun ibu2 tidak perlu amalkan diet yang melampau sehingga mengganggu corak pemakanan ibu2 yang akan membekalkan pelbagai nutrisi untuk ibu dan bayi
  • Penyusuan Susu Ibu sepenuhnya adalah salah satu cara diet yang paling berkesan
  • Badan membakar hampir 20 kalori untuk membuat hanya satu auns susu ibu..jadi jika bayi ibu2 minum 19-30 auns sehari, ibu2 telah dapat membakar secara purata 380-600 kalori sehari….
diet

2. Pam secara berjadual?

  • Adakah ibu2 pernah skip pam sebab terlampau sibuk? Jika ya…ini adalah salah satu faktor pengeluaran susu makin kurang kerana otak mendapat signal yang ibu2 tidak perlu pengeluaran susu yang banyak…
  • Jangan skip jadual mengepam…kalau skip sesekali tu boleh dimaafkan…apapun hendaklah diganti dengan membuat power pumping di malam hari…

3. Minum air secukupnya?

  • Bab minum air ni ramai juga ibu2 yang gagal menyempurnakan misi minum air 3 liter sehari minimum
  • Alasan…sibuk sangat sampai tidak ada masa minum air…jika minum air kurang, macam mana susu nak banyak…susu kan air…jadi air dalam badan ibu2 dah tak mencukupi, secara automatik susu yang terhasil pun kurang la juga kan…
  • Walaupun ibu2 dah makan pelbagai suplemen penggalak susu yang banyak dipasaran terutama Set Menyusu Shaklee…tapi ia tidak berkesan kalau ibu2 gagal minum air secukupnya
63154_557621920930575_786151682_n

4. Stress dengan kerja?

  • Stress juga satu masalah yang boleh membuatkan susu ibu2 merundum dan seterusnya misi untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu terbantut…
  • Jadi apa yg perlu ibu2 lakukan adalah sentiasa berfikiran positif setiap masa….kerja bertimbun2? nak kena siapkan dalam tempoh tertentu? buat setakat yang termampu….fikir yang bayi comel menunggu dirumah untuk ibu2 bawa pulang bekalan susu utk hari2 berikutnya…
  • Set masa mengepam…bila tiba waktu mengepam…pam seperti biasa dan tampal gambar2 bayi comel di meja atau simpan dalam komputer
  • Saya walaupun sibuk dengan auditor, tapi sempat mengepam sambil melayan karenah auditor yang bermacam2, sentiasa berfikiran positif dan gembira sehinggakan tidak sedar susu dah membasahi baju…bukan tumpah…tapi dah penuh 2 botol…. ;-)
stress-resources

5. Haid?



  • Masalah ini adalah normal sebab masa ni perubahan hormon berlaku….jangan risau…pam seperti biasa walaupun hasil susu kurang…bersyukur apa yang diperolehi pada hari tersebut…Insya Allah pengeluaran susu akan kembali normal selepas tempoh haid berakhir….

Friday, 26 September 2014

Cabaran ‘Breastfeeding Mom’

Rupanya ramai lagi makcik2 yang tak tahu kelebihan susu ibu….masih mengagungkan susu formula…sebab bagi mereka kalau bagi susu ibu anak tak montel..kecik molek je…bagi susu formula baru anak montel, cantik dan gebu…
Lagi satu pemahaman mereka bagi susu formula untuk memastikan simanja mendapat zat2 yang diperlukan…mereka tak dapat informasi bahawa susu ibu merangkumi keseluruhan nutrien yang diperlukan oleh simanja….
Sepanjang tempoh penyusuan 6 bulan, simanja hanya memerlukan susu ibu sahaja untuk membesar dengan sihat, selepas itu baru simanja akan diperkenalkan dengan makanan tambahan perlahan2….
Makcik2 diluar sana yang masih cetek dalam ilmu penyusuan ni…montel tak semestinya sihat, slim tu tak semestinya tak cukup zat…
Inilah realiti sekarang….ada juga datang rumah, kemudian masing2 pelik sebab peti ada diruang tamu…nak letak kat dapur dah tak de tempat…jadi terpaksa letak kat ruang tamu…hehehe…jadi untuk tahu apa ada di dalam tu, masing2 buka peti yang dalam tu banyak stok susu dalam plastik…bila saya cakap itu la susu ibu, cepat2 tutup peti…kononnya geli la tu….heehehehe….alahai makcik…susu je pun…
Bagi susu formula hanya sebagai langkah terakhir sahaja…dan bagi ibu2 yang ada masalah dalam penyusuan….
Cara nak menguruskan susu ibu (fresh, chilled dan frozen ebm) tak de la cerewet sangat…yang penting kita dah berusaha untuk bagi yang terbaik untuk anak…
Walaupun kita beli susu formula yang paling mahal sekalipun, tapi ia tidak setanding dengan khasiat yang ada dalam susu ibu….
Sebab itu setiap susu formula akan ada tertulis ” susu ibu adalah yang terbaik untuk simanja ”    ^_^
Tapi sekarang ini ada juga doktor yang tak sokong susu ibu sepenuhnya, masih menganggap susu formula adalah yang terbaik untuk simanja…Ni dia maksud/term yang diguna pakai bagi ibu-ibu yang concern tentang ilmu penyusuan ye.
Fresh EBM : susu ibu yang baru dipam…belum disejukkan dalam fridge
Chilled EBM : susu ibu yang telah disimpan dalam chiller (rak yang paling dekat dengan freezer dan ada penutup…biasa ada gambar ikan & daging)….tahan 3-5 hari dan selepas tamat tempoh kena pindahkan ke bahagian beku untuk buat stok
Frozen EBM : susu ibu yang telah disejuk beku…tahan 3 bulan guna peti 2 pintu, 6 bulan deep freezer, 2 minggu peti 1 pintu

Thursday, 25 September 2014

Peranan Suami Dalam Penyusuan Susu Ibu

Salah satu langkah untuk memastikan penyusuan susu ibu dapat disempurnakan sepenuhnya adalah penglibatan secara langsung daripada suami…
woman-nursing-husband-325
 10 langkah praktikal bagaimana suami boleh menyokong isteri untuk menyusukan bayi:
1. Suami boleh membawakan segelas air untuk isteri ketika beliau menyusukan bayi.
2. Suami boleh membawakan bayi kepada isteri untuk disusui.
3. Suami boleh sendawakan bayi dan menukar lampin.
4. Suami boleh mengurut belakang isteri sebelum/selepas menyusukan bayi.
5. Suami boleh menukar pakaian, memandikan dan bermain-main dengan bayi.
6. Suami boleh menjaga bayi untuk memberi peluang isteri berehat sebentar.
7. Suami boleh sentiasa menyokong isteri untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun.
8. Suami boleh menunjukkan rasa kasih-sayang, mengambil berat dan bertolak ansur dalam hubungan intim ketika tempohpenyusuan bayi.
9. Suami boleh sentiasa meyakini bahawa susu ibu adalah yang terbaik, menjimatkan, bersih, segera sedia, percuma dan khusus untuk bayi anda.
10. Suami boleh membawa isteri dan bayi ke mana-mana kerana bayi boleh sentiasa disusukan pada bila-bila masa tanpa risau tentang masa dan keadaan, tanpa perlu membawa banyak peralatan yang perlu sentiasa dibersihkan dan bebas kuman.
Sumber: buku Sentuhan Kasih.
Like & Share
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

Wednesday, 24 September 2014

10 Teknik Terbaik Untuk Penyusuan Ibu

10 Teknik Terbaik Untuk Penyusuan Ibu
1. Sebelum menyusu bayi, tenangkan fikiran…kalau ada masalah….simpan dulu masalah dalam laci/almari….hehehhe
2. Dapatkan posisi yang selesa…kiranya anda dan bayi selesa dalam posisi tersebut
3. Peluk bayi rapat dan pastikan seluruh perut bayi bertemu dengan perut anda
4. Step yang paling penting….sentuh puting anda ke bibir atas mulut bayi…cara ini untuk memastikan bayi anda membuka luas seperti menguap…kemudian baru masukkan areola ke mulut bayi
5. Pastikan dagu bayi menyentuh payudara….
6. Bibir bawah bayi bergulung keluar…
7. Hidung bayi menyentuh payudara dan bayi boleh bernafas dengan selesa
8. Bayi menghisap dengan laju dipermulaan…kemudian hisapan bayi berubah perlahan dan dalam
9. Kedengaran bayi menelan susu…
10. Menyusu bayi sekurang2nya 15 minit – 20 minit untuk memastikan bayi mendapat khasiat Hindmilk dan Foremilk….

properbreastfeeding


Tuesday, 23 September 2014

Tips Untuk Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu

Tak semua ibu2 berjaya dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Kenapa?
Salah satu sebab adalah kerana mindset tak betul2 fokus. Kebiasannya ibu2 rasa risau bila bayi sentiasa menangis dan mula berfikir yang bayi mereka tidak kenyang. Ramai ibu2 memperkenalkan susu formula seawal umur bayi seminggu, jadi penyusuan susu ibu secara exclusive dah pun gagal.
breastfeeding-baby
Jom kita sama2 imbas kembali kenapa Mindset itu penting dalam menjayakan Penyusuan Secara Exclusive Susu Ibu.
MINDSET
————-
Sekadar Perkongsian copy paste dr sebuah blog…
Mindset I:
SUSU IBU ADA – walaupun sedikit, susu ibu ada. Merasakan susu ibu ‘tak ada’ menghantar mesej kepada otak bahawa susu ibu tiada dan perlu menyediakan alternatif lain.
Mindset II:
MENYUSU ITU PERLU – selepas bayi dilahirkan, paras prolaktin dalam tubuh ibu menurun hingga 50%. Sekiranya ibu tidak mula menyusukan dalam minggu pertama, kemungkinan besar paras prolaktin terus menurun hingga ke paras sebelum hamil dan bersalin. Sayang 1000 kali sayang sekiranya penyusuan dalam minggu pertama ini diabaikan.
Mindset III:
PENYUSUAN ADALAH SEMULAJADI – bukan disebabkan longan kering, pucuk betik mahupun urutan bidan. Penyusuan adalah prolaktin, dan prolaktin adalah hisapan bayi.
Mindset IV:
FEED THE MOTHER TO FEED THE BABY – susu ibu tetap berkualiti walaupun ibu kurang nutirisi. Itulah hikmah penyusuan ibu dan anugerah Allah buat ibu-ibu yang tidak bernasib baik.. misalnya mangsa kebuluran. Ibu tidak perlu risau tentang makanan bayi kerana ia sudah tersedia. Tapi itu bukan alasan untuk ibu-ibu yang mampu mendapatkan nutrisi terbaik. Umpama bandingan orang miskin yang tak mampu berkereta dengan orang kaya. Kenapa pula si kaya tak mahu beli kereta sebab “Si miskin tak berkereta pun boleh hidup”? Nutrisi yang baik dan lengkap bukan saja menjadikan ibu lebih sihat, malah lebih bertenaga dan lebih ceria. Bukankah itu lebih bagus? Feed the mother dengan ilmu penyusuan dan nutrisi yang tepat dan lengkap, agar penyusuan terhadap bayi dapat dilakukan dengan baik.
Akhir sekali ia tetap berbalik kepada rezeki… Namun begitu ibu2 ingatlah… Allah itu Maha Sempurna, setiap perkara yang dimulakan, akan disempurnakan. Jadi bila Allah dah beri kita ilham untuk menyusukan, sempurnakanlah.
Bila anda fikir anda tak ada susu/tak cukup susu… fikir sekali lagi.

Monday, 22 September 2014

Cabaran Ibu Menyusu

Tidak dinafikan ibu2 masa sekarang menghadapi pelbagai cabaran untuk merealisasikan impian untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Ada yang dah putus asa di awal garisan…ada yang rebah bila baru suku perjalanan…dan ada juga yang jatuh tersungkur bila dah separuh perjalanan. Sememangnya cabaran untuk ibu menyusu yang bekerja memang amat besar dan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Lagi parah apabila suasana ditempat kerja tidak menyokong penyusuan susu ibu. Dan lebih menyedihkan lagi apabila keluarga juga tidak menyokong.

cabaran ibu menyusu
Penyusuan yang berkesan adalah kombinasi antara kesabaran, teknik yang bagus dan ketekunan. Setiap masalah Insya Allah akan ada jalan penyelesaian dan hampir semuacabaran ibu menyusu dalam menjayakan penyusuan susu ibu mempunyai punca dan penyelesaian yang sama.
Antara langkah2 untuk ibu menyusu amalkan:-
1. Dapatkan nasihat cara dan posisi penyusuan yang betul
2. Elakkan pakaian ketat dan baju dalam berwayar
3. Elakkan penggunaan sabun
4. Pastikan menyusu mengikut jadual tanpa terlepas
5. Susukan bayi dengan lebih kerap dan selama mungkin
6. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara setiap kali
7. Pastikan puting susu kering selepas menyusu
8. Gunakan pad payudara tanpa plastik bagi membolehkan aliran udara dan tukar dengan kerap
9. Pakai pakaian dalam daripada kapas
10. Rehat secukupnya
11. Minum air dengan banyak – 10 gelas sehari
12. Makan makanan seimbang
13. Panaskan payudara sebelum menyusu dengan kain panas atau mandian air panas
14. Sapukan susu ibu pada puting susu untuk melembutkannya dan mengelakkan jangkitan kerana susu ibu mempunyai antibiotik. Lakukan sebelum dan selepas penyusuan.
14. Berbincang dengan bos sebelum kelahiran bayi untuk pastikan bos memahami keperluan mengepam di waktu pejabat.
15. Dapatkan alatan mengepam yang berkualiti dan heavy duty
16. Pastikan memilih ‘portable double pam’ untuk menjimatkan masa mengepam – pam yg boleh guna bateri
17. Sediakan Nursing Cover atau Shawl untuk pam di work station…mengepam sambil bekerja…
18. Dapatkan informasi sebaiknya cara2 mengendalikan susu ebm
19. Pastikan susu yang dibekalkan untuk ke rumah pengasuh senang dikendalikan…jangan bekalkan semua frozen ebm…frozen ebm hanya stok emergency
20. Sentiasa positif dalam menangani pelbagai masalah sepanjang tempoh penyusuan

Sunday, 21 September 2014

AJHT : Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan


Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan





Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

(60 Pil)

Source : Shaklee 



 BUY IT NOW!!


INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-25% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION
Hubungi saya sekarang,Your Trusted,Your Shaklee Independent Distributor
RABIHAH MUHAMAD
PM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086
--------------------------------------------------------------------------------------------
Rabihah Muhamad (ID 906559)FB: Rabihah Muhamad
No Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086
Email: kamikamuvitamin@gmail.com
COD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau Panjang
Penghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Berapakah lama darah nifas saya akan berhenti selepas bersalin?

Assalamualaikum wbt :)


Biha nak share info menarik ni berkaitan dengan darah nifas. Berapakah lama darah nifas saya akan berhenti selepas bersalin?
 
Jawapan

Selepas anda melahirkan anak, sama ada melalui pembedahan cesarean atau kelahiran normal, anda akan mengalami pendarahan melalui faraj. Pendarahan ini yang juga dipanggil nifas dan ia adalah merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan rahim di mana dinding rahim yang menebal semasa hamil menjadi gugur dan otot rahim yang membengkak menjadi kecut.

Dalam tempoh 1-3 hari pertama selepas bersalin, anda akan mengalami aliran pendarahan yang banyak dan kadang-kadang mungkin terdapat ketulan darah keluar dari faraj. Jangan risau kerana ia agak normal. Juga, jika kali pertama anda berdiri selepas melahirkan, anda mungkin perasan darah mengalir turun daripada faraj ke kaki anda. Ini juga normal kerana apabila anda duduk atau berbaring, darah bertakung dalam faraj dan keluar semasa berdiri akibat tarikan graviti.Jumlah darah nifas akan berkurangan pada hari-hari berikutnya.
 
Dalam tempoh ini anda tidak digalakkan menggunakan tampon kerana ia mungkin akan menyebabkan jangkitan kuman, terutama sekiranya anda melahirkan secara normal. Lebih elok kalau anda memakai pad bersalin yang besar atau anda boleh memilih untuk memakai diaper orang dewasa untuk beberapa hari selepas bersalin. Ini disebabkan pendarahan yang agak banyak pada tempoh tersebut.

Anda juga mungkin akan perasan bahawa berlaku aliran darah menjadi banyak semasa menyusukan bayi. Keadaan ini berlaku kerana stimulasi pada puting akan meninggikan rembesan hormon oxytocin yang akan menyebabkan rahim anda mengecut dan seterusnya mengalakan aliran darah nifas. Disebabkan ini, mereka yang menyusu lebih kerap akan mengalami tempoh aliran nifas yang lebih singkat dari mereka yang tidak menyusu badan. Ini adalah salah satu kebaikan susu ibu kerana ia mengurangkan risiko tumpah darah. 

Sekiranya anda masih dapati pergerakkan dan aktiviti harian menyebabkan berlaku peningkatan jumlah aliran nifas, ia mungkin tanda anda perlu berehat dan cuba kurangkan aktiviti aktif untuk beberapa hari lagi.
Selepas dua minggu, warna darah anda akan bertukar lebih kepada warna perang dan kemudiannya akan beralih kepada warna kekuningan untuk beberapa minggu lagi. Darah nifas selalunya akan berhenti sepenuhnya selepas 6-8 minggu.

Selepas pantang adalah normal untuk haid menjadi tidak teratur untuk tempoh beberapa bulan pertama atau tiada langsung. Sekiranya anda menyusu badan, anda mungkin tidak didatangi haid sehingga 1-2 tahun. Sekiranya haid masih tidak kembali ke keadaan asal selepas 6 bulan dan anda tidak menyusu badan secara eksklusif, eloklah berjumpa doktor untuk pastikan tiada masalah. Banyak berlaku kes di mana ibu tidak sedar mereka sebenarnya hamil pada ketika itu.

Tanda-tanda serius

Berikut adalah tanda-tanda serius yang memerlukan anda berjumpa dengan doktor dengan segera. Ia mungkin tanda jangkitan kuman atau juga tanda uri tertinggal dalam rahim.
  • Darah nifas masih berwarna merah terang walau sudah lebih dari 7 hari bersalin. 
  • Darah nifas berbau busuk
  • Demam dan menggigil 
  • Darah yang keluar membasahi pad dan perlu ditukar setiap 1 jam
  • Darah beku yang besar keluar dari faraj 
  • Sakit perut berterusan Credits

Semoga info ini berguna dan bermanfaat bagi ibu-ibu dalam pantang :)

Saturday, 20 September 2014

Get Clean® Water Pitcher



MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan. 

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat 
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain! 
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak! 
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE 
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.



 BUY IT NOW!!


INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-25% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.

JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLE
SMALL STEPS RIGHT DIRECTION
Hubungi saya sekarang,Your Trusted,Your Shaklee Independent DistributorRABIHAH MUHAMADPM/SMS/WhatsApp/Telegram: 012-9495513/017-9758086--------------------------------------------------------------------------------------------
Rabihah Muhamad (ID 906559)FB: Rabihah MuhamadPage: Kami Kamu & Vitamin & Our Health SolutionsNo Tel(sms/whatsapp): 012-9495513/017-9758086Email: kamikamuvitamin@gmail.comCOD area:Kota Bharu, Pasir Mas & Rantau PanjangPenghantaran ke seluruh malaysia adalah memalui poslaju/skynet. 
Nak jadi ahli SHAKLEE? Klik sini ya 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

Jenis-jenis post dalam FB

Bermacam-macam komen saya terima tentang entry jenis-jenis post fb sebelum ini. Terima kasih yang telah memberikan komen.

Bukan interest saya tentang FB. Saya sangat selektif memilih kawan. Cerita dalam FB adalah medan cerita peribadi, hanya kawan-kawan yang benar-benar kenal kita sahaja, tidak macam blog. Ada banyak perkara lain yang lebih penting untuk saya lakukan. Biasanya saya hanya jadi pemerhati sahaja dan tidak berminat untuk share cerita kehidupan secara terperinci. Sikit-sikit memang ada, tiada masalah, sekadar berkongsi, apa salahnya. Lagipun berkongsi cerita akan merapatkan hubungan sesama kawan dan saudara. Itu yang paling penting.

Cuma ada pihak-pihak yang menggunakan FB untuk kepentingan nafsu sendiri dan menyalahgunakan media sosial itu. Untuk term riak pula, saya tidak pernah kisah orang nak post apa barang cerita dalam FB terutama tentang keluarga. Saya akan komen dan like, serta tumpang senang hati dan tidak terfikir isu post cerita keluarga ini dikategorikan sebagai riak. Memang ada si kaki facebook yang agak keterlaluan memaparkan kisah hidup tanpa motif. Tayang itu, tayang ini. Ada yang bila tidak dapat perhatian dan like, sanggup padam balik post dan esoknya terbitkan semula agar orang lain nampak dan beri perhatian semula. Ada juga, bila yang dapat like sikit sangat, lepas beberapa hari, like sendiri gambar atau post itu, supaya keluar balik dalam wall dan ada orang lain perasan. Kelakar. Saya observant ok, tapi bukan kaki penyibuk, urusan orang adalah urusan orang. Cuma bila masuk cerita tentang benda mengarut, cerita politik bodoh, cerita yang main share saja (tidak disiasat dulu), sangat amatlah saya menyampah. Hide terus. Biarlah tidak nampak post itu. 

Dalam entry jenis-jenis post fb terdahulu pun sudah saya sebutkan. Jangan ada sedikit perasaan riak ketika membuat post di wall. Dan orang lain yang melihat pula jangan mudah rasa irihati dan dengki. Tidak ada maknanya berdengki sesama sendiri. Kadang-kadang kalau tidak ada cerita-ceriti dalam FB, tidak meriah juga. Asyik-asyik post ilmu, post motivasi, post ilmiah dan post berita, tiada post santai seperti cerita keluarga dan lain-lain akan menjadikan FB boring untuk dibuka. Lalu ia tidak mesra. FB ini untuk menjalin kemesraan. Bila si kakak post cerita tentang anaknya atau kehidupannya, emak dan adik beradik lain dikampung boleh tahu, lalu ukhwah serta kemesraan itu sentiasa berpanjangan. 

Kesimpulannya disini, apa post pun boleh, tapi jangan sampai orang dapat menangkap maksud post itu adalah untuk beriak-riakkan. Akhirnya orang naik jelek dan jemu. Orang tidak akan komen yang negatif demi untuk menjaga hati kawannya. Tapi jauh di sudut hati, mereka hanya manusia biasa yang ada perasaan meluat. Senang cerita, dalam hidup ini, baiknya kita bersederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Terlalu berlebihan boleh menimbulkan perasaan riak. Kita tidak kisah dengan orang yang riak, tidak boleh menjejaskan sistem kehidupan pun. Namun jadikanlah ini sebagai satu pengajaran untuk diri saya dan kita sendiri.

Sekian terima kasih

Friday, 19 September 2014

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah thumma Alhamdulillah....Arini tanggal 19/9/2014 hari ulang tahun kelahiran Biha yang ke-28..Alhamdulillah dikurniakan nikmat duniawi yang sangat melimpah-ruah dengan adanya MakAyah,Adik-beradik,Husband & anak-anak tercinta..

Ucapan yang memang dah biasa didengari.."SELAMAT HARI LAHIR","SANAH HELWAH","SELAMAT HARI LAHIR SAYANG" itulah antara ucapan yang diterima..

semoga diri ini sentiasa di dalam rahmat & limpah kurniaanya..

Sangat happy bila maghrib tadi hubby bawa balik kek sempena hari kelahiran biha ni..Sekarang ni pon,diorang tengah berBBQ..Nanti sat lagi Biha upload ye gambar kemeriahan sambutan hari lahir biha & adikku Mahfuz Muhammad.

Cara Menghilangkan Parut Jerawat


Anda tercari-cari bagaimana caranya untuk meghilangkan parut jerawat yang terdapat di muka? Anda berasa malu dengan pandangan orang sekeliling? Usah risau. Disini disertakan petua untuk menghilangkan masalah parut jerawat yang anda dialami.

cantikkan muka

Antara petua yang dapat dikongsikan disini ialah:
• Parut jerawat baru yang kelihatan hitam dapat diatasi dengan melakukan scrub untuk menanggalkan sel kulit mati. Lakukan scrub seminggu 2 kali atau mengikut peraturan pemakaian dan hasilnya kulit akan kelihatan sihat dan mulus.Tapi jangan lakukan scrub ketika kulit berjerawat dan meradang kerana ini akan menyebabkan radang menjadi semakin teruk.

• Selain itu, boleh menggunakan sabun yang mengandungi glikolic acid atau AHA, untuk menanggalkan sel kulit mati. Agar jerawat tidak berparut hitam atau berbekas , elakkan dari memicit jerawat kerana dapat merosakkan struktur kulit. Ini menyebabkan parut menjadi semakin gelap dan susah untuk dihilangkan.
Dapat tak? Jangan risau, ada lagi petua yang akan dikongsikan disini. Cuba tengok petua dibawah ini. Mungkin boleh membantu.

parut muka

Petua Menghilangkan Parut Jerawat:
• Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
• Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
• Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
• Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
• Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
• Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Bagaimana dengan petua-petua tersebut? Diharapkan petua yang dikongsikan disini dapat membantu anda walaupun sedikit