Thursday 25 September 2014

Peranan Suami Dalam Penyusuan Susu Ibu

Salah satu langkah untuk memastikan penyusuan susu ibu dapat disempurnakan sepenuhnya adalah penglibatan secara langsung daripada suami…
woman-nursing-husband-325
 10 langkah praktikal bagaimana suami boleh menyokong isteri untuk menyusukan bayi:
1. Suami boleh membawakan segelas air untuk isteri ketika beliau menyusukan bayi.
2. Suami boleh membawakan bayi kepada isteri untuk disusui.
3. Suami boleh sendawakan bayi dan menukar lampin.
4. Suami boleh mengurut belakang isteri sebelum/selepas menyusukan bayi.
5. Suami boleh menukar pakaian, memandikan dan bermain-main dengan bayi.
6. Suami boleh menjaga bayi untuk memberi peluang isteri berehat sebentar.
7. Suami boleh sentiasa menyokong isteri untuk menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun.
8. Suami boleh menunjukkan rasa kasih-sayang, mengambil berat dan bertolak ansur dalam hubungan intim ketika tempohpenyusuan bayi.
9. Suami boleh sentiasa meyakini bahawa susu ibu adalah yang terbaik, menjimatkan, bersih, segera sedia, percuma dan khusus untuk bayi anda.
10. Suami boleh membawa isteri dan bayi ke mana-mana kerana bayi boleh sentiasa disusukan pada bila-bila masa tanpa risau tentang masa dan keadaan, tanpa perlu membawa banyak peralatan yang perlu sentiasa dibersihkan dan bebas kuman.
Sumber: buku Sentuhan Kasih.
Like & Share
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

No comments:

Post a Comment