Alhamdulillah,genap 1 tahun setengah umur anakku yang kedua iaitu Muhammad Rasyad bin Muhammad..Genap 1 tahun setengah juga biha menyusukannya..Semoga dapat menyusukan Rasyad sehingga umur 2 tahun.Insyaallah,semoga diriku dipermudahkan untuk mencapai target Fully breastfed anak-anakku.Ini merupakan salah satu kelebihan bagi WAHM.Bukan nak cakap ibu berkerjaya tak mampu untuk menyusukan bayi mereka sehingga berumur 2 tahun tapi mungkin ibu-ibu tersebut perlu tabah untuk tujuan itu.Saya sangat respect pada ibu-ibu yang berkerjaya yang mampu menyusukan anak mereka sehingga berumur 2 tahun.Bayangkan setiap hari mereka dengan keadaan yang penat setelah pulang bekerja,melayan suami & anak-anak dan juga perlu spend sedikit masa untuk memerah/pam susu buat bayi mereka..ALhamdulillah,tabik spring pada ibu-ibu yang berjiwa kental..hihihi
Hari ni biha nak share amalan-amalan yang perlu dilakukan sewaktu menyusukan anak. (biha pun bila teringat je akan buat..hihihi)
Meh kita sama-sama amalkan amalan ibu Iman Syafie sewaktu menyusukannya
Hari ni biha nak share amalan-amalan yang perlu dilakukan sewaktu menyusukan anak. (biha pun bila teringat je akan buat..hihihi)
Meh kita sama-sama amalkan amalan ibu Iman Syafie sewaktu menyusukannya
AMALAN IBU IMAM AS-SYAFEI KETIKA MENYUSUI
1) Beliau menyusukan dalam keadaan berwudhu'
- Biha masih tidak dapat lakukan sepenuhnya lagi.
2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan
يَا بُنَيَّ إِنَّهَا إِن تَكُ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ فَتَكُن فِي صَخْرَةٍ أَوْ فِي السَّمَاوَاتِ أَوْ فِي الْأَرْضِ يَأْتِ بِهَا اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٌ
Terjemahan:
(Luqman menasihati anaknya): Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَى مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
Terjemahan:
Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.
4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Terjemahan (ayat 18):
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
Terjemahan (ayat 19):
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu, sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.
أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ
Terjemahan (ayat 20):
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak sebarang pengetahuan atau petunjuk; dan tidak berdasarkan Kitab Allah yang menerangi kebenaran.
Surah al-insyirah juga perlu diamalkan oleh ibu-ibu ketika menyusukan anak-anak mereka
Anakku yang bakal menjadi khalifah, berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun. Biha hanya berusaha, selebihnya hanya Allah yang menentukan buat usaha kita itu. Sentiasalah bersangka baik dengan Pencipta kita ya.
Satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama, ayah Imam As-Syafie pernah ditanya, apakah amalanmu sehinggakan lahirnya anak yang sehebat ini? (merujuk kepada Imam As-Syafie). Adakah dari ketika ibunya mengandung atau didikan semasa beliau kecil? Jawab ayahnya, untuk melahirkan IMAM AS-SYAFIE yang sebegini, ianya bukan bermula dari apa yang anda rasakan tadi. Ianya bermula dari pemilihan IBU itu sendiri. Jika ibu yang dipilih solehah, insyaAllah, lahirlah anak yang soleh.MashaAllah...
Alhamdulillah,tahniah buat ibu-ibu yang telah mengamalkan apa yang diamalkan oleh ibu Imam Syafie sehingga lahirlah anak yang disegani..Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya..Insyaallah..
No comments:
Post a Comment