Monday, 22 September 2014

Cabaran Ibu Menyusu

Tidak dinafikan ibu2 masa sekarang menghadapi pelbagai cabaran untuk merealisasikan impian untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya. Ada yang dah putus asa di awal garisan…ada yang rebah bila baru suku perjalanan…dan ada juga yang jatuh tersungkur bila dah separuh perjalanan. Sememangnya cabaran untuk ibu menyusu yang bekerja memang amat besar dan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Lagi parah apabila suasana ditempat kerja tidak menyokong penyusuan susu ibu. Dan lebih menyedihkan lagi apabila keluarga juga tidak menyokong.

cabaran ibu menyusu
Penyusuan yang berkesan adalah kombinasi antara kesabaran, teknik yang bagus dan ketekunan. Setiap masalah Insya Allah akan ada jalan penyelesaian dan hampir semuacabaran ibu menyusu dalam menjayakan penyusuan susu ibu mempunyai punca dan penyelesaian yang sama.
Antara langkah2 untuk ibu menyusu amalkan:-
1. Dapatkan nasihat cara dan posisi penyusuan yang betul
2. Elakkan pakaian ketat dan baju dalam berwayar
3. Elakkan penggunaan sabun
4. Pastikan menyusu mengikut jadual tanpa terlepas
5. Susukan bayi dengan lebih kerap dan selama mungkin
6. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara setiap kali
7. Pastikan puting susu kering selepas menyusu
8. Gunakan pad payudara tanpa plastik bagi membolehkan aliran udara dan tukar dengan kerap
9. Pakai pakaian dalam daripada kapas
10. Rehat secukupnya
11. Minum air dengan banyak – 10 gelas sehari
12. Makan makanan seimbang
13. Panaskan payudara sebelum menyusu dengan kain panas atau mandian air panas
14. Sapukan susu ibu pada puting susu untuk melembutkannya dan mengelakkan jangkitan kerana susu ibu mempunyai antibiotik. Lakukan sebelum dan selepas penyusuan.
14. Berbincang dengan bos sebelum kelahiran bayi untuk pastikan bos memahami keperluan mengepam di waktu pejabat.
15. Dapatkan alatan mengepam yang berkualiti dan heavy duty
16. Pastikan memilih ‘portable double pam’ untuk menjimatkan masa mengepam – pam yg boleh guna bateri
17. Sediakan Nursing Cover atau Shawl untuk pam di work station…mengepam sambil bekerja…
18. Dapatkan informasi sebaiknya cara2 mengendalikan susu ebm
19. Pastikan susu yang dibekalkan untuk ke rumah pengasuh senang dikendalikan…jangan bekalkan semua frozen ebm…frozen ebm hanya stok emergency
20. Sentiasa positif dalam menangani pelbagai masalah sepanjang tempoh penyusuan

No comments:

Post a Comment