1. Menetapkan matlamat bisnes internet anda
Perkara utama yang anda perlu berpegang teguh kepadanya adalah matlamat
perniagaan anda. Bagi sesebuah model bisnes internet yang anda ceburi, anda
haruslah fokus dalam mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh, anda
menetapkan matlamat untuk mencapai pendapatan RM20 ribu daripada bisnes melalui
eBay dalam tempoh 6 bulan. Matlamat sebegini akan mendorong anda untuk berusaha
lebih gigih untuk memastikan anda mencapai matlamat yang ditetapkan.
2. Fokus dalam menjalankan bisnes anda
Seterusnya, anda haruslah terus fokus dalam menjalankan bisnes anda sehingga
anda dapat menjana keuntungan yang anda impikan. Anda mungkin mengalami
kegagalan, namun anda tidak harus berputus asa. Dengan meneruskan bisnes anda
secara konsisten, nescaya anda akan mengecapi kejayaan pada suatu hari nanti.
3. Senarai sebanyak mungkin model, bermula dengan satu dahulu
Sesungguhnya terdapat banyak model bisnes internet di dalam dunia bisnes
internet. Perniagaan produk digital, produk fizikal, eBay, Lelong, penyediaan
perkhidmatan dan sebagainya. Adalah sebaiknya anda menyenaraikan sebanyak
mungkin model yang anda ingin jalankan dan yang anda mampu laksanakan. Daripada
senarai model tersebut, anda disarankan untuk bermula dengan satu sahaja model
terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda boleh memberikan tumpuan khusus kepada
satu bisnes ini, dan menyalurkan melaburkan kos dan masa untuk bisnes ini
sahaja. Potensi untuk berjaya adalah lebih tinggi sekiranya anda fokus kepada
satu projek dalam satu-satu masa.
4. Berpindah kepada model berikutnya apabila model pertama telah kukuh
Setelah anda melihat pencapaian memberangsangkan untuk model bisnes pertama
itu tadi, dengan kaedah promosi berkesan serta penjanaan wang yang konsisten
daripada model tersebut, bolehlah anda berpindah kepada model bisnes berikutnya
di dalam senarai anda untuk dimulakan. Dengan cara ini, anda mempelbagaikan sumber
pendapatan anda tanpa merugikan sumber pendapatan bisnes pertama anda sebentar
tadi.
5. Fokus dan kemaskini bahan serta keperluan bisnes
Anda
juga perlu bijak untuk menilai bahan, alat serta keperluan lain untuk bisnes
anda. Sebagai contoh, sesebuah bisnes internet memerlukan laman web, blog,
borang opt-in untuk membina senarai subscriber, borang maklum balas pelanggan
dan sebagainya. Dari semasa ke semasa, anda juga mungkin perlu mengemaskini
keperluan bisnes itu tadi mengikut peredaran masa dan perkembangan bisnes anda.
Sebagai contoh, sekiranya laman web anda
Credit to:En Eruwan Gerry (usahawan makan gaji)
No comments:
Post a Comment