Friday 26 September 2014

Cabaran ‘Breastfeeding Mom’

Rupanya ramai lagi makcik2 yang tak tahu kelebihan susu ibu….masih mengagungkan susu formula…sebab bagi mereka kalau bagi susu ibu anak tak montel..kecik molek je…bagi susu formula baru anak montel, cantik dan gebu…
Lagi satu pemahaman mereka bagi susu formula untuk memastikan simanja mendapat zat2 yang diperlukan…mereka tak dapat informasi bahawa susu ibu merangkumi keseluruhan nutrien yang diperlukan oleh simanja….
Sepanjang tempoh penyusuan 6 bulan, simanja hanya memerlukan susu ibu sahaja untuk membesar dengan sihat, selepas itu baru simanja akan diperkenalkan dengan makanan tambahan perlahan2….
Makcik2 diluar sana yang masih cetek dalam ilmu penyusuan ni…montel tak semestinya sihat, slim tu tak semestinya tak cukup zat…
Inilah realiti sekarang….ada juga datang rumah, kemudian masing2 pelik sebab peti ada diruang tamu…nak letak kat dapur dah tak de tempat…jadi terpaksa letak kat ruang tamu…hehehe…jadi untuk tahu apa ada di dalam tu, masing2 buka peti yang dalam tu banyak stok susu dalam plastik…bila saya cakap itu la susu ibu, cepat2 tutup peti…kononnya geli la tu….heehehehe….alahai makcik…susu je pun…
Bagi susu formula hanya sebagai langkah terakhir sahaja…dan bagi ibu2 yang ada masalah dalam penyusuan….
Cara nak menguruskan susu ibu (fresh, chilled dan frozen ebm) tak de la cerewet sangat…yang penting kita dah berusaha untuk bagi yang terbaik untuk anak…
Walaupun kita beli susu formula yang paling mahal sekalipun, tapi ia tidak setanding dengan khasiat yang ada dalam susu ibu….
Sebab itu setiap susu formula akan ada tertulis ” susu ibu adalah yang terbaik untuk simanja ”    ^_^
Tapi sekarang ini ada juga doktor yang tak sokong susu ibu sepenuhnya, masih menganggap susu formula adalah yang terbaik untuk simanja…Ni dia maksud/term yang diguna pakai bagi ibu-ibu yang concern tentang ilmu penyusuan ye.
Fresh EBM : susu ibu yang baru dipam…belum disejukkan dalam fridge
Chilled EBM : susu ibu yang telah disimpan dalam chiller (rak yang paling dekat dengan freezer dan ada penutup…biasa ada gambar ikan & daging)….tahan 3-5 hari dan selepas tamat tempoh kena pindahkan ke bahagian beku untuk buat stok
Frozen EBM : susu ibu yang telah disejuk beku…tahan 3 bulan guna peti 2 pintu, 6 bulan deep freezer, 2 minggu peti 1 pintu

No comments:

Post a Comment