Tuesday, 23 September 2014

Tips Untuk Berjaya Dalam Penyusuan Susu Ibu

Tak semua ibu2 berjaya dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Kenapa?
Salah satu sebab adalah kerana mindset tak betul2 fokus. Kebiasannya ibu2 rasa risau bila bayi sentiasa menangis dan mula berfikir yang bayi mereka tidak kenyang. Ramai ibu2 memperkenalkan susu formula seawal umur bayi seminggu, jadi penyusuan susu ibu secara exclusive dah pun gagal.
breastfeeding-baby
Jom kita sama2 imbas kembali kenapa Mindset itu penting dalam menjayakan Penyusuan Secara Exclusive Susu Ibu.
MINDSET
————-
Sekadar Perkongsian copy paste dr sebuah blog…
Mindset I:
SUSU IBU ADA – walaupun sedikit, susu ibu ada. Merasakan susu ibu ‘tak ada’ menghantar mesej kepada otak bahawa susu ibu tiada dan perlu menyediakan alternatif lain.
Mindset II:
MENYUSU ITU PERLU – selepas bayi dilahirkan, paras prolaktin dalam tubuh ibu menurun hingga 50%. Sekiranya ibu tidak mula menyusukan dalam minggu pertama, kemungkinan besar paras prolaktin terus menurun hingga ke paras sebelum hamil dan bersalin. Sayang 1000 kali sayang sekiranya penyusuan dalam minggu pertama ini diabaikan.
Mindset III:
PENYUSUAN ADALAH SEMULAJADI – bukan disebabkan longan kering, pucuk betik mahupun urutan bidan. Penyusuan adalah prolaktin, dan prolaktin adalah hisapan bayi.
Mindset IV:
FEED THE MOTHER TO FEED THE BABY – susu ibu tetap berkualiti walaupun ibu kurang nutirisi. Itulah hikmah penyusuan ibu dan anugerah Allah buat ibu-ibu yang tidak bernasib baik.. misalnya mangsa kebuluran. Ibu tidak perlu risau tentang makanan bayi kerana ia sudah tersedia. Tapi itu bukan alasan untuk ibu-ibu yang mampu mendapatkan nutrisi terbaik. Umpama bandingan orang miskin yang tak mampu berkereta dengan orang kaya. Kenapa pula si kaya tak mahu beli kereta sebab “Si miskin tak berkereta pun boleh hidup”? Nutrisi yang baik dan lengkap bukan saja menjadikan ibu lebih sihat, malah lebih bertenaga dan lebih ceria. Bukankah itu lebih bagus? Feed the mother dengan ilmu penyusuan dan nutrisi yang tepat dan lengkap, agar penyusuan terhadap bayi dapat dilakukan dengan baik.
Akhir sekali ia tetap berbalik kepada rezeki… Namun begitu ibu2 ingatlah… Allah itu Maha Sempurna, setiap perkara yang dimulakan, akan disempurnakan. Jadi bila Allah dah beri kita ilham untuk menyusukan, sempurnakanlah.
Bila anda fikir anda tak ada susu/tak cukup susu… fikir sekali lagi.

No comments:

Post a Comment