Kebiasaannya bila jumpa ibu2 yg tidak menyusu bayi dengan susu ibu..saya akan bertanya kenapa bagi susu formula…..rata2 yang bagi jawapan adalah sebab tidak ada susu…susu makin kurang….bila tanya apa usaha untuk banyakkan susu ibu……hanya menggunakan 2/3 cara dari 10 cara yg boleh dicuba….
Ada kes ibu bapa yg risau kenapa anak dia sembelit…walhal baru berumur 50 hari…bila ditanya rupanya dh bagi susu formula…sedangkan ibu bayi tersebut banyak susu…siap basah baju…tapi sebabkan ilmu penyusuan hanya 10% sahaja…jadi bayi dah diberi susu formula…tak sempat nak buat stok katanya…
Ibu2 hanya perlu rajin mencari ilmu yg berlambak dalam internet…tak perlu tunggu disuakan ilmu satu persatu….
INVERTED NIPPLE BUKAN ALASAN UNTUK TIDAK MENYUSU BAYI…SEBAB BAYI MENYUSU DIBAHAGIAN AROLA…BUKAN NIPPLE
Jom kita kaji kenapa Susu Ibu Makin Kurang
1. Adakah ibu cuba berdiet?
- Menjadi idaman ibu2 untuk kembali langsing selepas melahirkan bayi kan…apapun ibu2 tidak perlu amalkan diet yang melampau sehingga mengganggu corak pemakanan ibu2 yang akan membekalkan pelbagai nutrisi untuk ibu dan bayi
- Penyusuan Susu Ibu sepenuhnya adalah salah satu cara diet yang paling berkesan
- Badan membakar hampir 20 kalori untuk membuat hanya satu auns susu ibu..jadi jika bayi ibu2 minum 19-30 auns sehari, ibu2 telah dapat membakar secara purata 380-600 kalori sehari….
2. Pam secara berjadual?
- Adakah ibu2 pernah skip pam sebab terlampau sibuk? Jika ya…ini adalah salah satu faktor pengeluaran susu makin kurang kerana otak mendapat signal yang ibu2 tidak perlu pengeluaran susu yang banyak…
- Jangan skip jadual mengepam…kalau skip sesekali tu boleh dimaafkan…apapun hendaklah diganti dengan membuat power pumping di malam hari…
3. Minum air secukupnya?
- Bab minum air ni ramai juga ibu2 yang gagal menyempurnakan misi minum air 3 liter sehari minimum
- Alasan…sibuk sangat sampai tidak ada masa minum air…jika minum air kurang, macam mana susu nak banyak…susu kan air…jadi air dalam badan ibu2 dah tak mencukupi, secara automatik susu yang terhasil pun kurang la juga kan…
- Walaupun ibu2 dah makan pelbagai suplemen penggalak susu yang banyak dipasaran terutama Set Menyusu Shaklee…tapi ia tidak berkesan kalau ibu2 gagal minum air secukupnya
4. Stress dengan kerja?
- Stress juga satu masalah yang boleh membuatkan susu ibu2 merundum dan seterusnya misi untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu terbantut…
- Jadi apa yg perlu ibu2 lakukan adalah sentiasa berfikiran positif setiap masa….kerja bertimbun2? nak kena siapkan dalam tempoh tertentu? buat setakat yang termampu….fikir yang bayi comel menunggu dirumah untuk ibu2 bawa pulang bekalan susu utk hari2 berikutnya…
- Set masa mengepam…bila tiba waktu mengepam…pam seperti biasa dan tampal gambar2 bayi comel di meja atau simpan dalam komputer
- Saya walaupun sibuk dengan auditor, tapi sempat mengepam sambil melayan karenah auditor yang bermacam2, sentiasa berfikiran positif dan gembira sehinggakan tidak sedar susu dah membasahi baju…bukan tumpah…tapi dah penuh 2 botol….
5. Haid?
- Masalah ini adalah normal sebab masa ni perubahan hormon berlaku….jangan risau…pam seperti biasa walaupun hasil susu kurang…bersyukur apa yang diperolehi pada hari tersebut…Insya Allah pengeluaran susu akan kembali normal selepas tempoh haid berakhir….
No comments:
Post a Comment